Tahun ini Kindness Dot My (Kindness) terlibat dengan Kem Kepimpinan untuk masyarakat Orang Asli bertempat di Asrama Darul Falah (ASDAF). 25 orang peserta terpilih dari pelbagai kampung Orang seperti Pos Betau, Kampung Harong, Nyentil, Perangkap dan juga Sungai Siput dan Gua Musang.
kelas teori dan praktikal |
peserta tekun mendengar |
latihan yang perlu dilakukan |
sukarelawan turut bantu sama |
sesi praktikal |
Dua slot diamanahkan kepada team Kindness untuk laksanakan kelas kebersihan diri dan persekitaran. Kelas selama dua jam ini memberi pendedahan tentang kelebihan dan kesan kebersihan kepada mereka dan keluarga.
Peserta yang aktif dapat bawa pulang baju kurung dan tshirt yang disumbang oleh orang ramai |
peserta memilih baju |
Peserta-peserta ini merupakan calon yang bakal menjadi contoh dan akan membawa perubahan kepada kampung mereka. Pihak Kindness mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat dan juga penyumbang untuk projek kali ini.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment