About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label ASDAF. Show all posts
Showing posts with label ASDAF. Show all posts

Wednesday, November 16, 2016

Projek Ziarah Kampung Orang Asli Pos Kemar



Pada 11-13 November 2016, Kindness Malaysia, Asrama Darul Falah (ASDAF), Beestorm Sports bersama-sama Sham Aris Auto Service telah menjayakan satu lagi program ziarah ke perkampungan orang asli. Projek kali ini telah memilih Kampung Jarau Baru RPS Kemar, Grik, Perak. Seramai 35 orang sukarelawan telah turut serta bagi menjayakan misi kali ini. Kedudukan geografi perkampungan orang asli kali ini di kawasan pedalaman dan terletak di atas Banjaran Titiwangsa memerlukan kenderaan yang sesuai untuk sampai ke sana. Terdapat dua jalan untuk sampai ke Pos Kemar iaitu jalan tanah merah melalui Sungai Siput atau pun menaiki bot merentasi tasik Banding melalui Grik. Kami memilih untuk menaiki pacuan empat roda (4x4) yang disediakan oleh Sham Aris Auto Service bersama kumpulannya yang merupakan pemandu yang berpengalaman merentasi hutan, bukit bukau, dan sungai. 

Antara sungai yang perlu dilalui untuk sampai ke Pos Kemar

Terdapat juga kereta yang mengalami kerosakan semasa perjalanan


Kampung Jarau Baru merupakan salah sebuah kampung yang terletak di Pos Kemar, Gerik. Kira-kira lebih 50 buah keluarga yang mendiami kampung ini yang terdiri daripada orang tua, dewasa dan kanak-kanak. Kawasan kampung yang terletak di pedalaman dan agak menyukarkan mereka untuk keluar dari kawasan kampung kerana memerlukan kos yang tinggi untuk bergerak keluar. Suasana kampung yang sangat nyaman dan menenangkan menjadikan kami sukarelawan berasa selesa di kampung ini.

Suasana kampung yang sangat menenangkan jiwa

Antara kenderaan yang kami naiki untuk ke pos kemar

Semua sukarelawan berkumpul di ASDAF pada pukul 10.30 malam dan sesi taklimat telah di berikan oleh Pengarah projek kali ini merangkap pengerusi Kindness Malaysia iaitu En Noriduan. Setelah taklimat dan persiapan barang-barang, kami bergerak dari ASDAF pada pukul 11.30 malam menuju ke utara. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam untuk sampai ke Masjid Kampung Bawong, Sungai Siput. Kami berehat sebentar melelapkan mata selama sejam untuk menunggu waktu subuh. Setelah subuh, semua bersiap dan sarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Pos Kemar pada jam 8.30 pagi.

Kanak-kanak menyambut kedatangan kami

Penyediaan bahan untuk memasak



Perjalanan ke Pos Kemar dari Masjid Kampung Bawong sejauh 55 km merentasi 4 sungai dan 3 puncak bukit mengambil masa selama 3 jam setengah untuk sampai ke sana. Kami sampai di Kampung Jarau Baru pada pukul 12.00 tengah hari. Sesampainya di sana, kami terus menurunkan barang yang diperlukan sepanjang berada disana. Semua sukarelawan mengambil tugasan masing-masing. Sebahagian sukarelawan meneruskan tugas menyediakan makanan tengah hari, sebahagian lagi membuat persediaan membalut hadiah dan sebahagian lagi cuba mendekati kanak-kanak di sana untuk sesi suai kenal. Semakin ramai penduduk kampung keluar membantu dan meraikan kedatangan kami. Kanak-kanak mula datang untuk menyertai pertandingan mewarna dan belajar membuat origami. Kanak-kanak sangat gembira berkongsi cerita mengenai persekolahan dan keindahan kampung mereka. 

Penduduk kampung juga turut membantu membalut hamper


Pertandingan mewarna bersama kanak-kanak

Sukarelawan membantu kanak-kanak dalam pertandingan mewarna


Setelah selesai aktiviti mewarna, kami semua menikmati juadah tengah hari. Menu tengah hari ialah kari ayam dan sayur kubis. Penduduk kampung bermurah hati berkongsi juadah bersama kami. Mereka menyediakan masak lemah pucuk ubi dan ubi goreng. Selesainya menikmati makan tengah hari, para sukarelawan solat zuhur secara berjemaah bersama penduduk kampung. 

Sukarelawan juga turut mencuba menggunakan sumpit

Acara menyumpit untuk golongan dewasa lelaki

Seterusnya persediaan untuk aktiviti sukaneka untuk dewasa dan kanak-kanak . Antara sukaneka yang diadakan  untuk kanak-kanak ialah belon semakin jauh, semakin sayang, cari gula-gula dalam tepung. simpulan kasih sayang, dan bawa bola ping pong dengan sudu. Sukaneka untuk dewasa wanita ialah, bowling kelapa dan makan buah epal tanpa memegangnya. Bagi acara untuk dewasa lelaki ialah pertandingan menyumpit. Acara sukaneka dimulakan pada jam 4.30 petang dan suasana pertandingan sangat meriah dengan sorakan setiap ahli kumpulan. Hadiah diberikan kepada setiap pemenang sejurus selepas pertandingan di jalankan. Setiap acara mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk kampung. Selesai sahaja acara sukaneka, para sukarelawan mengambil peluang untuk turun ke sungai untuk aktiviti bebas. Sebahagian sukarelawan bersama kaum ibu menyediakan makanan untuk makan malam. 

Bersama peserta sumpit

wajah kanak-kanak yang menyertai sukaneka cari gula-gula dalam tepung

Setelah selesai solat maghrib, penduduk kampung dan para sukarelawan menikmati makan malam yg sangat sedap. Menu kali ini ialah sup tulang, ayam masak kicap dan dan sayur kubis. Setelah selesai makan malam, semua bersiap mengemas kawasan makan dan peralatan. Sebahagiannya lagi menyediakan tempat untuk tidur. 

Makan malam bersama penduduk kampung

Pada keesokan harinya, setelah selesai solat subuh, sebahagian sukarelawan turun ke kawasan dapur untuk penyediaan sarapan pagi. Terdapat juga mula mengemas barang persiapan untuk bergerak pulang. Selesai sarapan, beberapa orang sukarelawan mengambil kesempatan mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak, sebelum gotong-royong membersihkan kawasan sekitar kampung. Setelah selesai semua aktiviti, semua sukarelawan mula mengemas barang dan dimasukkan ke dalam kereta. Barang-barang sumbangan yang diberikan oleh paradermawan diserahkan kepada tok batin untuk dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung secara adil.

beramah mesra bersama kanak-kanak


antara sukarelawan yang terlibat yang menjayakan projek ini

Kami bergerak pulang tepat jam 10.30 pagi. Perjalan pulang berasa lebih pendek dan mengambil masa selama 3 jam setengah untuk sampai kembali ke Masjid Kampung Bawong. Rehat sebentar dan solat zuhur di masjid sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kami daripada Kindness Malaysia mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, Jutaan terima kasih juga kepada rakan penaja, Beestorm yang telah menaja projek ziarah kali ni. Terima kasih juga ditujukan kepada penaja utama fotografi Kreadea dan juga rakan seperjuangan yang turut menjayakan projek kali ini iaitu ASDAF. Tidak lupa juga terima kasih kepada penyumbang dan penaja yang baik hati memberi tajaan dalam bentuk barangan dan wang ringgit. Semoga usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan dan redha dari-Nya, Semoga semua sukarelawan yang terlibat dapat mengambil pengalaman yang cukup bermakna ini sebagai salah satu batu loncatan untuk terus melakukan dan menyebarkan kebaikan. Alhamdulillah.

Fatin Amira Nabila Binti Tauran 
Projek Koordinator
Kindness Malaysia


Monday, October 5, 2015

Perlawanan Persahabatan Sebagai Persediaan Futsal Piala Kindness 2016



Satu perlawanan persahabatan futsal berlangsung melibatkan sukarelawan Kindness Malaysia dengan warga penghuni Asrama Darul Falah (ASDAF) dan juga Madrasah Hashimiah. Perlawanan persahabatan ini merupakan persediaan untuk Pertandingan Futsal Piala Kindness yang bakal berlangsung pada bulan April 2016.

Enam pasukan lelaki dan tiga pasukan perempuan terlibat dengan perlawanan persahabatan kali ini. Bagi pasukan lelaki, dua pasukan dari Kindness Malaysia, dua lagi dari ASDAF dan dua dari Madrasah Hashimiah. Bagi pasukan perempuan pula, dua buah pasukan dari ASDAF dan satu paskan dari Kindness Malaysia. Sukarelawan Kindness Malaysia telah berusaha untuk dapatkan tajaan jersi, makanan dan hadiah dan alhamdulillah semua kos untuk perlaksanaan perlawanan persahabatan ini ditaja sepenuhnya oleh syarikat korporat dan individu dermawan.

Taklimat dilakukan oleh wakil dari Soljabiru

kemesraan sukarelawan bersama anak-anak ASDAF

Pasukan Madrasah Hashimiah (hijau) dan ASDAF (biru)

kehadiran warga Soljabiru yang mengaturkan permainan

pasukan futsal Kindness Malaysia

Pasukan futsal Kindness Malaysia (biru) dan ASDAF (merah jambu)

Aktiviti kali ini berlangsung di KSL, Sri Gombak bermula jam 9 pagi hingga jam 1 tengahari dan melibatkan 30 orang sukarelawan dari Kindness Malaysia dan juga Soljabiru (Kelab Penyokong Chelsea). Hadiah hamper ditaja oleh Iyres KBS, dan juga penderma individu. Syarikat Plus Malaysia juga telah menaja perlawanan persahabatan futsal ini.

Perlawanan ini bakal menjadi titik permulaan untuk mula merancang bagi Pertandingan Futsal Piala Kindness 2016. Setakat ini Soljabiru sudah bersetuju untuk menaja lokasi pertandingan dan uruskan permainan semasa hari pertandingan. Tajaan lain seperti hadiah, jersi pasukan, makanan, pengangkutan untuk rumah anak yatim, logistik juga diperlukan. Tajaan lain seperti photobooth, jurukamera, juru video, pa system, banting dan banner promosi juga diperlukan kelak. Kindness Malaysia juga mengalu-alukan penaja utama bagi pertandingan futsal yang berlangsung setiap dua tahun. Pertandingan yang bakal menyaksikan penyertaan lebih 30 buah rumah kebajikan dan pelarian dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan ini menjadi acara yang sentiasa dinantikan oleh anak-anak yatim dan miskin juga tidak ketinggalan anak-anak pelarian Rohingya, Myanmar Muslim, Somalia dan Afghanistan.

antara hadiah tajaan Iyres KBS

menggunakan tiga buah gelanggang futsal

makanan free flow untuk pemain dan penyokong

sesi penyampaian hadiah

semua yang terlibat pulang dengan hati yang gembira

Kali terakhir Futsal Piala Kindness dipertandingkan ialah pada tahun 2014. Genap dua tahun, pertandingan akan berlangsung sekali lagi dan harapan kali ini agar lebih banyak pasukan rumah anak yatim dan juga komuniti pelarian dapat turut serta. Kumpulan sukarelawan mahupun NGO juga boleh turut serta sekali dan pada yang berminat untuk kerjasama atau menjadi penaja, boleh hubungi saya terus di matt@kindness.my (email).

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Tuesday, July 7, 2015

TajaMereka Raikan Anak-anak Yatim Orang Asli di Asrama Darul Falah (ASDAF)


Setiap kali bulan Ramadan, pada hari Nuzul Quran akan berlangsungnya Projek TajaMereka bertempat di Asrama Darul Falah (ASDAF) bagi meraikan anak-anak yatim dan miskin orang asli. Seramai 60 orang anak-anak diraikan berbuka puasa, duit raya dan moreh. Menu untuk anak-anak orang asli ini mengikut selera mereka, iaitu nasi putih, ayam goreng, daging kicap, pucuk paku masak lemak serta kuih muih dan buah-buahan. Untuk moreh pula, megi goreng disediakan. Pada asalnya mahu sediakan bubur untuk warga ASDAF, tetapi disebab sudah biasa dengan pengalaman ke kampung orang asli, moreh ditukarkan dari bubur ke megi goreng.

bubur lambuk dari Kampung Baru

berbuka bersama anak-anak ASDAF

kegembiraan sukarelawan dan anak-anak ASDAF

sesi menjamu selera

pemberian duit raya dan goodies

jajan untuk semua

Projek TajaMereka kali ini mendapat tajaan daripada para individu dan juga syarikat Veritas Architect. Anak-anak ASDAF menerima beberapa sampul duit raya dan juga goodies. Pihak Kindness Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga usaha semua sentiasa diberkatiNya.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Sunday, December 14, 2014

Projek Bersih Bersama Kepimpinan Orang Asli



Tahun ini Kindness Dot My (Kindness) terlibat dengan Kem Kepimpinan untuk masyarakat Orang Asli bertempat di Asrama Darul Falah (ASDAF). 25 orang peserta terpilih dari pelbagai kampung Orang seperti Pos Betau, Kampung Harong, Nyentil, Perangkap dan juga Sungai Siput dan Gua Musang.

kelas teori dan praktikal

peserta tekun mendengar

latihan yang perlu dilakukan

sukarelawan turut bantu sama

sesi praktikal

Dua slot diamanahkan kepada team Kindness untuk laksanakan kelas kebersihan diri dan persekitaran. Kelas selama dua jam ini memberi pendedahan tentang kelebihan dan kesan kebersihan kepada mereka dan keluarga.

Peserta yang aktif dapat bawa pulang baju kurung dan tshirt yang disumbang oleh orang ramai

peserta memilih baju

Peserta-peserta ini merupakan calon yang bakal menjadi contoh dan akan membawa perubahan kepada kampung mereka. Pihak Kindness mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat dan juga penyumbang untuk projek kali ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Monday, June 9, 2014

Projek Bersih Bersama Komuniti Orang Asli


Sebuah lagi projek anjuran Kindness Dot My (Kindness) telah berlangsung dan kali ini melibatkan komuniti Orang Asli. Dua puluh peserta dari pelbagai kampung Orang Asli hadir di Asrama Darul Falah (ASDAF) untuk bengkel kebersihan diri yang diberi nama Projek Bersih. Setiap peserta telah diajar cara membersih diri dengan betul seperti kebersihan gigi, kuku dan lain-lain.

sukarelawan bersama peserta

peserta mempelajari teori dan praktikal

tok batin juga turut serta

Susulan untuk projek ini, pihak Kindness akan ke Kampung Sentoi, Pos Betau, Lipis untuk aktiviti bersama masyarakat Orang Asli di sana. Kepada orang ramai yang berminat untuk turut serta sebagai sukarelawan, atau menjadi penyumbang, boleh hubungi saya terus di matt@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Monday, January 27, 2014

Masyarakat Orang Asli, Pendidikan dan Vitamin C

Projek Vitamin C juga dijalankan untuk warga Kampung Sentoi

Baru-baru ini, 17 hingga 19 Januari 2014 satu program ziarah bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Sentoi,  Pos Betau, Pahang telah dijalankan oleh beberapa orang sukarelawan dari Asrama Darul Falah dan Kindness. Kampung Sentoi mempunyai penduduk seramai 300 orang secara keseluruhan dan hanya seramai 90 orang iaitu sebahagian kecil sahaja yang beragama Islam dan selebihnya beragama kristian. Program ziarah ini akan dijalankan setiap bulan sepanjang tahun ini yang diusahakan oleh pihak ASDAF sendiri. Program ini dianjurkan bagi mendekati masyarakat Kampung Sentoi selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. 

mari membaca

pendidikan asas kepada kemajuan masyarakat orang asli

Pada bulan pertama ini, kami berkenalan dengan penduduk kampung untuk mengetahui  mendalami cara kehidupan mereka. Kami juga melihat kumpulan sasaran yang boleh kami sampaikan perkongsian tentang ilmu pendidikan. Melalui pendekatan yang diambil ini, kami dapat menyampaikan ilmu khususnya dalam kepentingan pendidikan kepada penduduk kampung secara berterusan.

acara sukaneka

anak-anak orang asli yang gembira

aktiviti yang paling diminati ialah acara sukaneka

Selain untuk mencapai objektif kami, kami turut menjalankan beberapa aktiviti yang menglibatkan penduduk kampung. Antara aktiviti sepanjang berada di sana ialah gotong-royong memasak bersama penduduk kampung, sukaneka bersama kanak-kanak, dan kelas belajar Iqra’. Penduduk kampung Sentoi sangat peramah dan baik hati. Mereka menyambut kami dengan tangan terbuka dan berharap kami datang lagi. 

Di samping itu, terdapat kemudahan yang tidak lengkap seperti surau tidak mempunyai kemudahan PA system dan pembesar suara. Papan putih juga diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran bersama penduduk kampung. Hal ini perlu di tambah baik agar dapat melancarkan lagi program ziarah di Kampung Sentoi bagi bulan-bulan akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada penaja projek dan bagi yang berminat untuk menyumbang bagi ziarah akan datang, boleh hubungi terus saya di support@kindness.my.

Fatin Amira Nabila
Projek Koordinator Kindness
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...