About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, January 14, 2020

Impian untuk Sedekah Makan 1000 Orang Setiap Hari



Tahun 2020 ini, saya letak impian yang agak mustahil. Saya impikan untuk beri makan 1000 orang setiap hari. Idea ini saya dapat dari inspirasi dari salah seorang auliya kegemaran saya iaitu Sheikh Abu Bakar bin Salim yang lahir pada tahun 1513.

Amalannya yang sangat bermurah hati dan suka beri makan ini sangat saya kagumi. Bukan setakat itu sahaja, amalan lainnya juga seperti beribadat setiap malam dari Isya hingga Subuh menggunakan wudhu yang sama. Dan beliau telah melakukannya selama 40 tahun. Allahuakbar. 

Bukan calang-calang untuk tandingi amalan ulama besar sebegini. Tetapi boleh cuba untuk mula sedikit amalan kebaikan, amalan ibadah supaya perlahan-lahan jadi baik seperti mereka.

makam Sheikh Abu Bakar bin Salim di Yaman



Di rumah Sheikh Abu Bakar bin Salim dimana beliau buatkan roti setiap hari bersama pembantunya

Sebelum ini saya cuba untuk istiqomah beri makan setiap hari, tetapi ada sahaja hari yang saya tak berjaya lakukan. Tahun ini perlu mula balik dan alhamdulillah dengan adanya Nasi Lemak Sedap, harapannya perancangan ini dapat jadi realiti.

Saya bersyukur bila ada kawan-kawan yang turut bersama menyumbang untuk sedekahkan Nasi Lemak Sedap. Jika nak harap kepada saya seorang, tidak mampu bagi saya untuk beli 1000 pek Nasi Lemak Setiap hari.

Kos boleh menjangkau RM30,000 sebulan. Tapi insprasi dari Sheikh Abu Bakar Salim ini dapat direalisasikan jika ramai yang bersama-sama membantu untuk capai angka seribu.

Ada pengunjung yang datang menyatakan hasrat untuk sedekahkan Nasi Lemak Sedap kepada orang ramai

Nasi Lemak Sedap yang lengkap dengan ikan bilis, kacang, telur dan sambal asing berharga hanya RM1

Bukan sahaja dapat beri pendapatan kepada Rumah Perlindungan Al Haq, tetapi dapat beri orang ramai makan lagi-lagi golongan miskin bandar dan juga asnaf.

Tiga buah sekolah rendah juga telah dipilih untuk terima sarapan percuma setiap hari Jumaat untuk murid-murid RMT (yang kurang berkemampuan).

Saya boleh anggap ini misi mencabar, tetapi seminggu dua ini, alhamdulillah sekali sekala ada juga yang beri RM20 atau RM30 untuk disedekahkan kepada orang ramai. 

Dari angka kecil ini insyaAllah akan berkembang hingga ke 1000 pek Nasi Lemak Sedap. Mohon doa dari semua agar kita dapat jadikan realiti.

Jika yang tergerak hati untuk bersama-sama dalam misi ini, boleh hubungi saya di 0183800961 atau https://watsap.my/0183800961.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pendosa yang ingin #jadibaik







1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...