About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Monday, June 30, 2008

Fundraising Dinner di Perth


berkongsi pengalaman Myanmar bersama masyarakat Perth


Lokasi: Perth, Australia
Tarikh: 28 June 2008

Anjuran: Muslim Women's Supports Centre, WA

Program: Makan Malam Amal untuk Tabung Kemanusiaan Mangsa Taufan Nargis Myanmar dan Mangsa Gempa Bumi China


bersama volunteers untuk makan malam amal

Salah seorang ahli Parlimen West Australia turut hadir

tetamu yang hadir

Sabtu lepas saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman saya semasa berada di Myanmar bersama masyarakat di Perth. Lebih kurang 400 orang telah hadir untuk majlis makan malam amal ini, anjuran Muslim Women's Support Centre, West Australia. Makan malam amal ini berjaya mengutip hampir $15,000 (Ausie Dollar) untuk tabung kemanusiaan yang akan disalurkan kepada Myanmar dan China melalui Muslim Aid.

semasa ucapan

-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Monday, June 23, 2008

Part 7 Kitchen Garden: Tertangguh

Nasuha menceritakan masalah yang biasa dihadapi semasa sesi persekolahan

Kami tiba di ASDAF jam 5 petang untuk meneruskan projek Kitchen Garden ini. Akan tetapi, kelihatan beberapa anak2 ASDAF ini berpakaian kemas serta berkasut. Apabila ditanya kepada Nasuha, rupanya hari ini, 6 orang anak ASDAF akan dihantar pulang. Kesemuanya anak2 orang asli.

sedih bila dengar kisah anak2 ASDAF ini

Kami agak tersentuh apabila mendapat tahu yang mereka akan dihantar pulang. Kebanyakannya baru berumur 8 tahun. Dan mereka inilah juga antara yang paling rajin membantu menyiapkan projek ini. Perasaan sedih ini memang terasa dalam hati. Mereka dihantar pulang disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri hidup di KL.

adik kepada Nasuha, yang juga akan dihantar pulang ke kampung

Menurut Nasuha (leader projek Kitchen Garden), mereka biasanya dibuli semasa sesi persekolahan. Kebanyakan pelajar tidak bergaul dengan anak2 ASDAF ini, lagi2 mereka merupakan anak orang asli dan ada juga yang anak yatim. Adalakalanya mereka dipow oleh murid sekelas. Disebabkan tubuh badan mereka yang agak kecil berbanding dengan pelajar2 di KL ini, mereka lebih terdedah dengan kes2 buli ini. Sebab inilah yang menjadi punca utama anak2 ASDAF ini ponteng sekolah dan ada yang menangis setiap malam.

game terakhir sebelum mereka pulang ke kampung malam ini

Saya tak dapat nak bayang, bagaimana pelajar darjah 6, atau baru sahaja berumur 12 tahun sudah pandai untuk buli atau meminta wang dari pelajar2 lain. Saya amat berharap agar anak2 lain di ASDAF dapat tabahkan diri agar dapat menimba pengetahuan dan pengalaman sementara berpeluang untuk belajar di ibu kota Kuala Lumpur.

Hari ini kami tangguhkan dahulu projek Kitchen Garden ini, dan insyaAllah akan sambung seperti biasa esok petang.

-Muhammad-
Supervisor 'Kitchen Garden'

Sunday, June 22, 2008

Part 6 Kitchen Garden: Gotong Royong

Pengarah Muslim Aid Asia, En Wan Rosli bersama anak2 ASDAF

hampir 70% siap

Tarikh: 21 June 2008
Masa: 8.30am-12pm
Lokasi: ASDAF

Gotong royong besar-besaran ini telah melibatkan hampir 15 sukarelawan dan 40 pelajar ASDAF. Pagar hampir siap dibina, batas-batas dilengkapkan lagi dengan papan lapis. Boleh dianggap, sudah 70% Kitchen Garden ini siap.




take 5!

anak2 ASDAF

volunteers bersama anak2 ASDAF


anak2 ASDAF melihat update di blog Kitchen Garden!

Am dan abg Shah bekerjasama

Amir juga turut serta

peluh keringat


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada volunteer2 yang telah datang membantu menyiapkan Kitchen Garden ini. Moga Tuhan memberkati hidup anda semua!

p/s lebih banyak gambar di sini

-Muhammad-
Supervisor 'Kitchen Garden'


Thursday, June 19, 2008

Part 5 Kitchen Garden: Sumbangan dan Advice dari Pat Lu

Eyta, Pat Lu dan Ina

Tarikh: 19 June 2008
Masa: 2.30pm-5pm
Lokasi: TTDI

Hari kami menerima sumbangan serai wangi dan nasihat amat berguna dari Pat Lu, seorang forumer dari lowyat.net. Beliau amat berbesar hati dengan projek Kitchen Garden ini. Kami dijemput dan dijamu air di rumahnya di TTDI. Harapan kami selepas ini, lebih ramai yang akan menyokong dan membantu tidak kira agama dan warna kulit!

Pat Lu merupakan team volunteer dari Pahlawan Volunteer. Beliau juga terlibat dengan charity work di sekitar KL. Beliau terlibat dengan team Kechara Soup Kitchen (KSK Community) dimana mereka memberi makan kepada homeless atau lebih dikenali sebagai peminta sedekah di kawasan KL terutamanya di Pudu. InsyaAllah Muslim Aid Asia akan menubuhkan team volunteer khas untuk berganding bahu bersama (KSK Community) dalam membantu homeless di sekitar KL ini.

p/s atas kekeliruan orang ramai, Pat Lu ini seorang perempuan.

-Muhammad-
Supervisor 'Kitchen Garden'

Wednesday, June 18, 2008

Part 4 Kitchen Garden: Menggembur dan Menanam

anak yang bersemangat walaupun belum sempat tukar baju sekolah

Tarikh: 18 June 2008
Masa: 5pm-7pm
Lokasi: ASDAF

Kali ini lebih ramai yang turut serta dalam menjayakan projek 'My Kitchen Garden' ini. 2 volunteers dari Riders Malaya Community (RMC) juga turut serta menghulurkan tenaga bersama anak2 yatim di ASDAF ini. Walaupun baru sahaja lepas hujan lebat, ia masih tidak mematahkan semangat volunteers dan anak2 yatim ASDAF untuk merealisasikan Kitchen Garden ini.


Rudy dan Udin dari RMC bersama anak2 ASDAF

Cik Ina tidak berkesempatan untuk serta kita untuk kali ini kerana beliau kurang sihat. Mungkin disebabkan kerja keras membuat batas semalam bersama Cik Eyta. Moga beliau cepat sembuh! Lebih kurang 15 orang penghuni ASDAF juga turut serta dan Cik Eyta dah reward anak2 ini dengan coklat koko jeli!

Rudy dan Udin dari RMC


masing2 tekun berusaha


rebut coklat koko jeli!


InsyaAllah esok kita akan turun lagi. Batas belum siap sepenuhnya, dan tanah masih perlu digemburkan.

-Muhammad-
Supervisor 'Kitchen Garden'

Bantuan Muslim Aid untuk mangsa Taufan Nargis, Myanmar


Bantuan Muslim Aid untuk taufan Nargis Myanmar mendapat liputan dalam akhbar Berita Harian!

Klik sini untuk berita online

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Tuesday, June 17, 2008

Part 3 Kitchen Garden: Membuat Batas

Batas yang hampir siap

anak2 yatim ASDAF

Tarikh: 17 June 2008
Masa: 5pm-6.30pm
Lokasi: ASDAF

Cangkul, kereta sorong, simen, pasir dan beberapa peralatan lain dibeli di Lucky Garden. Selepas selesai solat Asar di ASDAF, kami terus ke tapak Kitchen Garden untuk menggembur tanah dan membuat batas. Seramai 10 orang terlibat proses membuat batas ini, Eyta, Ina, seorang volunteer dari MISC, Ustaz dari ASDAF, saya dan lagi 5 orang anak2 yatim dari ASDAF itu sendiri.

mari mencangkul

bersama membanting tulang

sempat lagi bermain dengan cacing

Proses membuat tanah ini amat meletihkan, dimana tanah ini perlu dicangkul, dan digemburkan. Rumput2 pula perlu diasingkan supaya batas dapat dihasilkan.

menikmati ais krim selepas penat bekerja

Kita masih mempunyai 4 hari lagi untuk menyiapkan Kitchen Garden ini. Pada volunteer yang ingin bersama bantu menyiapkan projek ini, boleh datang terus ke ASDAF jam 5 petang, atau boleh hubungi saya ditalian 012-3377195

-Muhammad-
Supervisor 'My Kitchen Garden'

Part 2 Kitchen Garden: Lawatan Dr Amran dari UM

Dr Amran dan Prasad

Tarikh: 17 June 2008
Masa: 11am-1pm
Lokasi: Pejabat MAA dan ASDAF

Dr Amran dari UM bersama pelajarnya Prasad (student Master) berkunjung ke pejabat Muslim Aid Asia untuk bertukar pendapat dan idea tentang projek My Kitchen Garden ini. Dr Amran dari fakulti Pengurusan Sains UM memberi input2 berguna yang dapat diaplikasikan untuk projek ini.

tanah yang subur di tapak projek, ASDAF

Pada tengaharinya, Dr Amran bersama Prasad dan Eyta dan Ina telah ke ASDAF, untuk melihat keadaan dan jenis tanah untuk My Kitchen Garden ini. Menurut Dr Amran, tanah di ASDAF amat subur untuk tanaman. Cuma sebahagian kecil kawasan terdedah kepada terikan cahaya matahari.

-Muhammad-
Supervisor 'My Kitchen Garden'

Monday, June 16, 2008

Part 1 Kitchen Garden: Bersih kawasan

tapak My Kitchen Garden yang telah dibersihkan

Tarikh: 16 June 2008
Masa: 2.30pm - 6.20pm
Lokasi: Carrefour Midvalley dan ASDAF


Hari ini kami ke Midvalley untuk beli barang keperluan Kitchen Garden. Setelah disurvey beberapa tempat, Carrefour juga yang paling murah. Peralatan seperti pasu, tanah, dan peralatan lain dibeli di sini.

anak2 yatim berkerjasama membersihkan tapak kawasan

tanam benih pokok kucai

Pokok cili dan serai diambil di UM, tapi belum dapat ditanam lagi kerana peralatan masih belum cukup.

adika dan katerina

sempat lagi bermain

Jam 5 petang, kami bersama anak2 yatim ASDAF membersihkan kawasan tapak kitchen garden. Kemudian masing2 tolong Eyta dan Ina tanam benih kucai dalam pasu. Esok akan datang lagi, kali ini ramai2 akan mencangkul dan cabut rumput!

-Muhammad-
Supervisor 'My Kitchen Garden'

Tuesday, June 10, 2008

Pendapat seorang Mufti tentang saranan kerajaan supaya rakyat berjimat cermat

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Kerajaan Negeri Perlis.

dipetik dari Website Dr Asri


“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

=====================================================================

Saya respek dan sokong pendapat Dr Asri ini

-Muhammad-
Al-Mashoor 99'



Tuesday, June 3, 2008

Student Praktikal di Muslim Aid Asia

Eyta dan Ina dari UM

Kini di Muslim Aid Asia terdapat dua staff baru yang praktikal di sini. Di bawah sedikit info tentang mereka;

Nama: Rozita bt Abd Aziz (SES 040772) dan Zam Zarina Zulkifli (SES041040)

Jurusan: Policy and Management of Science and Technology


IPT: Universiti Malaya


Projek: Kitchen Garden di Asrama Darul Falah (ASDAF)

Tempoh: 28 May - 12 Julai 2008

Supervisor: Muhammad bin Kamarulazizi

Projek Kitchen Garden ini merupakan sebuah projek dimana sayur-sayuran akan ditanam di perkarangan ASDAF bersama anak-anak yatim di sana. Projek ini akan dijalankan selama lebih kurang sebulan setengah.

Pelan Kitchen Garden di ASDAF

Objektif program untuk memupuk orang ramai terutama anak-anak yatim di ASDAF tentang kelebihan Kitchen Garden. Sayur-sayuran yang segar ini dapat digunakan untuk makanan harian, disamping membantu anak-anak yatim ini untuk tumbesaran yang lebih sihat.

Bajet yang diperlukan adalah dalam lingkungan RM3617.

Kertas kerja boleh downloadkan (Save file to your PC: click here)
Download kertas kerja
dan (download salah satu link)
Download Brochure Kitchen Garden (Channel 1)
Download Brochure Kitchen Garder (Channel 2)

http://muslimaidasiakitchengarden.blogspot.com

Muslim Aid Asia memohon pada orang ramai yang ingin menyumbang dalam Projek Kitchen Garden ini, boleh hubungi terus ke pejabat Muslim Aid Asia di 03-22881996 (Eyta atau Eina)

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...