About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, January 27, 2014

Masyarakat Orang Asli, Pendidikan dan Vitamin C

Projek Vitamin C juga dijalankan untuk warga Kampung Sentoi

Baru-baru ini, 17 hingga 19 Januari 2014 satu program ziarah bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Sentoi,  Pos Betau, Pahang telah dijalankan oleh beberapa orang sukarelawan dari Asrama Darul Falah dan Kindness. Kampung Sentoi mempunyai penduduk seramai 300 orang secara keseluruhan dan hanya seramai 90 orang iaitu sebahagian kecil sahaja yang beragama Islam dan selebihnya beragama kristian. Program ziarah ini akan dijalankan setiap bulan sepanjang tahun ini yang diusahakan oleh pihak ASDAF sendiri. Program ini dianjurkan bagi mendekati masyarakat Kampung Sentoi selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. 

mari membaca

pendidikan asas kepada kemajuan masyarakat orang asli

Pada bulan pertama ini, kami berkenalan dengan penduduk kampung untuk mengetahui  mendalami cara kehidupan mereka. Kami juga melihat kumpulan sasaran yang boleh kami sampaikan perkongsian tentang ilmu pendidikan. Melalui pendekatan yang diambil ini, kami dapat menyampaikan ilmu khususnya dalam kepentingan pendidikan kepada penduduk kampung secara berterusan.

acara sukaneka

anak-anak orang asli yang gembira

aktiviti yang paling diminati ialah acara sukaneka

Selain untuk mencapai objektif kami, kami turut menjalankan beberapa aktiviti yang menglibatkan penduduk kampung. Antara aktiviti sepanjang berada di sana ialah gotong-royong memasak bersama penduduk kampung, sukaneka bersama kanak-kanak, dan kelas belajar Iqra’. Penduduk kampung Sentoi sangat peramah dan baik hati. Mereka menyambut kami dengan tangan terbuka dan berharap kami datang lagi. 

Di samping itu, terdapat kemudahan yang tidak lengkap seperti surau tidak mempunyai kemudahan PA system dan pembesar suara. Papan putih juga diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran bersama penduduk kampung. Hal ini perlu di tambah baik agar dapat melancarkan lagi program ziarah di Kampung Sentoi bagi bulan-bulan akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada penaja projek dan bagi yang berminat untuk menyumbang bagi ziarah akan datang, boleh hubungi terus saya di support@kindness.my.

Fatin Amira Nabila
Projek Koordinator Kindness
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...