About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, January 21, 2014

Cabaran Kindness Setelah Genap Satu Tahun


"Serulah (mereka) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan peringatan yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" ~An Nahl, ayat 125
Alhamdulillah, Kindness sudah berumur satu tahun dan pelbagai aktiviti dapat dijalankan dalam misi melakukan dan menyebarkan kebaikan kepada orang ramai. Lebih 30 projek dijalankan di seluruh Malaysia malahan ada yang sudah sampai di negara-negara jiran seperti di Thailand dan Filipina.

Kindness yang merupakan sebuah organisasi yang terbuka kepada orang ramai tidak kira latar belakang, mahupun warna kulit. Sejajar dengan tema Kindness, By Everyone For Everyone (dari semua untuk semua), sasaran Kindness juga kepada semua orang, tanpa mengkhususkan kepada suatu bangsa atau agama. Namun begitu, role model yang dijadikan ialah Rasulullah SAW sendiri. Baginda yang mempunyai akhlak yang sangat tinggi menjadi contoh dan ikutan bagi warga komuniti Kindness.

Dalam menjalankan misi ini, tidak kurang juga banyak dugaan dan cabaran yang ditempuhi. Uniknya Kindness ini, sukarelawan yang terlibat sangat berlapang dada dan bersungguh-sungguh untuk lakukan dan sebarkan kebaikan. Usaha mereka bukan sahaja dari segi wang ringgit, malahan dari segi masa dan juga tenaga. Teringat kata-kata seorang kawan baik saya;
"Sebijik buah yang luarnya cantik, tetapi isinya buruk adalah tidak berguna. Biar luarnya buruk dan isinya cantik masih dapat berikan manfaat kepada manusia"
Mudah untuk lakukan kebaikan, tetapi tidak semudah itu untuk sebarkannya. Persepsi orang ramai ini berbeza. Pandangan mereka juga berbeza. Sukarelawan Kindness ini terdiri daripada pelbagai jenis latar belakang. Ada yang berpurdah atau bertudung labuh, yang sememangnya menunjukkan ciri-ciri yang siqah. Ada juga yang free hair malahan berseluar pendek (bagi perempuan). Namun begitu hal ini tidak menghalang para sukarelawan Kindness untuk bersama-sama melakukan dan sebarkan kebaikan. 

Apa yang menyedihkan, ramai yang so called mempunyai latar belakang agama ini lebih suka menghukum. Ada seorang lagi kawan baik saya pernah mengatakan dalam laman Facebooknya;
"Bismillah... Islam bkn lah agama utk menghukum. Islam agama yg mencangkupi segala urusan duniawi & ukhrawi sepanjang zaman. Kita sering kali menghukum atas sesuatu perbuatan atau kesalahan tanpa cuba mencari solusi. Adakah dgn menghukum, segala masalah dpt selesai? Pernah tak kita cuba cari solusi sesuatu permasalahan yg berulang-ulang? Adakah dgn kita menghadiri majlis2 ilmu, sambutan maulid, qasidah burdah & selawat sudah cukup utk meyakinkan yg tanggungjwb kita sbg seorang muslim telah tertunai sepenuhnya? Mana yg lebih hina antara golongan pelaku dosa yg jahil dgn ahli agamawan yg berilmu tetapi hanya mainkan peranan di masjid utk golongan tertentu shj. Sekadar nukilan nakal ptg ni semoga dpt merobek minda2 yg masih rapat tertutup..."
Ya benar kata-katanya. Bagi yang free hair, atau tudung singkat malahan yang pakai seluar pendek, siapa lagi yang nak approach mereka jika bukan kita? Ramai antara kita yang gah dengan background agama, tapi lebih gemar menghukum dan terus menghukum. Apakah peranan kita untuk saudara kita yang kadang-kala dilabelkan sebagai liberal?
"Kita nak kejar syurga. Tapi adakah syurga itu hanya untuk kita? Kita nak keluarga kita juga masuk syurga. Dan jika boleh kita nak tarik sekali kawan-kawan kita masuk syurga..."
Seorang kawan saya pernah katakan begini yang telah buatkan saya tersentak. Betul katanya. Saya mungkin tidak sealim orang lain, dan terlalu kecil usaha yang ada. Bak kata Angelwearsgucci;
"We do too litle dakwah, too litle tarbiyah and too much jahiliah. Yet we expect to enter Jannah?" ~ Inche Gabbana (Angelwearsgucci)
Alhamdulillah, ramai yang turut serta dengan Kindness, sedikit sebanyak dapat berhijrah, dari zaman gelap jahiliah dan perlahan-lahan berubah menjadi yang lebih baik. Dulu ada yang kaki perempuan, tetapi sekarang sudah tiada lagi. Ada juga yang frust menonggeng pasal boyfriend kahwin orang lain, tapi sekarang sudah sibuk nak lakukan kebaikan tidak kira masa. Ada juga yang kaki clubbing, kaki tunggang tapi sekarang hati dah mula lembut dan perlahan-lahan ditinggalkannya. Islam itu kasih dan sayang dan hidayah itu milikNya.
"Sesugguhnya orang paling saya cintai dan yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian. Sedangkan orang yang saya benci dan paling jauh denganku dari kalian kelak di akhirat adalah orang yang paling buruk akhlaknya di antara kalian. Yaitu mereka yang banyak berbicara dan suka mencemuh manusia dengan kata-katanya." ~ HR Ahmad
Biarlah apa orang nak kata. Usahlah kita bazirkan tenaga untuk puaskan persepsi orang lain. Kindness tetap dengan misinya untuk sebarkan kebaikan kepada semua. Nak ajak ramai-ramai, makcik pakcik, yang nampak macam jahat atau baik untuk lakukan kebaikan. Bila dalam diri sentiasa ada keinginan nak lakukan kebaikan, insyaAllah yang luar juga akan berubah kepada yang lebih baik. Jom pakat join Kindness, kongsi idea dan sebarkan kebaikan ke seluruh alam! 

Projek Selipar untuk mereka yang hilang selipar di masjid atau surau

Wallahua'lam.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...