About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, January 17, 2014

Projek Baginda Sempena MaulidurRasul oleh Kindness


Hari Maulid disambut oleh masyarakat setiap tahun bagi memperingati Baginda Rasulullah SAW. Team Kindness juga tidak lepaskan peluang meraikan MaulidurRasul dengan pelbagai cara. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik, insan yang mempunyai akhlak terpuji dan tidak pernah lelah untuk melakukan kebaikan di mana sahaja dan tidak kira pada sesiapa pun. Kindness juga telah ditubuhkan atas sebab yang sama, ingin melakukan dan menyebarkan kebaikan kepada semua orang tidak kira latar belakang mahupun agama.


Pemberian bunga ros kepada orang ramai di Bukit Bintang

Pemberian makanan kepada orang ramai di Batu Pahat

Mahasiswa di UIA CFS juga tidak ketinggalan untuk laksanakan Projek Baginda di kampus

Sukarelawan di Johor Bahru beri sabun kambing percuma kepada orang ramai

pemberian bunga ros oleh sukarelawan Kindness di Bayan Baru, Pulau Pinang

Projek yang diberi nama Projek Baginda ini telah berlangsung di beberapa lokasi Tanah Air seperti di Pulau Pinang (Bayan Baru dan Padang Kota Lama), Alor Setar, Lumut, Batu Pahat, Johor Bahru dan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan juga di Putrajaya. Projek yang dijalankan agak mudah, para sukarelawan Kindness telah sediakan barangan seperti makanan atau bunga dan diberikan percuma kepada orang ramai beserta dengan label yang tercatatnya kata-kata Rasulullah SAW (hadis sahih) berkenaan dengan Kindness. Objektifnya ialah untuk mengingati bahawa Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam melakukan kebaikan dan banyak antara sifat-sifat Baginda yang harus kita contohi. Pendekatan Baginda terutama dalam dakwah bil hal ini cukup menarik dan dapat dijadikan rujukan kepada orang ramai yang cenderung untuk melakukan kebaikan sepanjang masa.

pemberian makanan percuma oleh sukarelawan Kindness di Lumut

mahasiswa Universiti Malaya melaksanakan Projek Baginda dengan meletakkan wang di mesin air

Projek Baginda berlangsung di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan pemberian makanan percuma kepada orang ramai

Bunga ros dan buku untuk orang ramai di Alor Setar

Pihak dari Kindness bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menaja Projek Baginda dan tidak lupa kepada sukarelawan-sukarelawan yang sentiasa bersemangat untuk melakukan dan menyebarkan kebaikan di tempat mereka. Terima kasih kepada Projek Iqra', Manja's Kitchen, Bom Kitchen, Heart Malaysia dan Heart and Sparks yang telah turut sama menjayakan aktiviti kali ini. Semoga usaha kecil ini dapat beri inspirasi kepada orang ramai untuk sentiasa positif dan tersemai dalam diri untuk lakukan dan sebarkan kebaikan.

p/s Untuk turut serta, menaja atau ketahui perancangan projek Kindness yang akan datang, boleh turut serta kumpulan sukarelawan Kindness di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness
www.facebook.com/kindness.my
018-3800961

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...