Alhamdulillah, selesai sebuah lagi projek di bawah
Kindness yang diberi nama Projek Bikin Sendiri. Projek kali ini mensasarkan anak-anak yatim dan miskin dari
Asrama Darul Falah (ASDAF). Projek yang mendapat kerjasama dari
Bom Kitchen ini mengajar warga ASDAF cara untuk menghasilkan seri kaya pelbagai perisa.
|
adik-adik ASDAF menyediakan packaging dan label yang penting jika produk ingin dikomersialkan |
|
Chef Azry menerangkan bahan-bahan yang diperlukan disediakan |
|
adik-adik ASDAF salin resepi seri kaya |
Bermula dengan bahan-bahan seperti tepung gandum, tepung jagung, telur dan gula, anak-anak ASDAF mempelajari cara untuk menghasilkan seri kaya. Seri kaya yang dihasilkan pula dalam pelbagai perisa seperti seri kaya pandan, jagung, keladi, durian, blueberry, stroberi, cappoccino dan coklat. Kelas kemahiran diri ini memberi peluang kepada anak-anak ASDAF mempelajari sendiri cara menghasilkan seri kaya sendiri. Menurut Chef Azry dari Bom Kitchen, tujuan diadakan kelas ini adalah untuk menambahkan kemahiran, dan mungkin dapat memberi manfaat kepada mereka selepas mereka tamat sekolah.
|
adik-adik ASDAF melakukan sukatan berdasarkan apa yang diajar oleh Chef Azry |
|
masing-masing gembira untuk hasilkan seri kaya |
|
bahan-bahan yang dicampur perlu digaulkan hingga pekat |
|
seri kaya yang sudah pekat |
|
antara seri kaya yang sudah dihasilkan |
|
besama pengetua ASDAF, Ustaz Zulyadain |
InsyaAllah Projek Bikin Sendiri ini dapat diperluaskan lagi ke rumah-rumah kebajikan yang lain. Bagi yang berminat untuk mempelajari kemahiran seperti menghasilkan seri kaya, atau produk makanan lain seperti sos tomato, sos tiram, mayonis dan lain-lain, boleh hubungi Chef Azry di laman
Facebook Bom Kitchen. Pada yang berminat untuk menaja projek sebegini, boleh maklumkan terus kepada saya di matt@kindness.my.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment