About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, January 5, 2014

Kindness Sambut Tahun Baru 2014 dengan Projek 1990


Tahun baru kali ini diraikan dengan sebuah lagi projek anjuran Kindness yang diberi nama Projek 1990. Projek ini telah berlangsung serentak di dua lokasi iaitu di Taman Tasik Titiwangsa dan juga Kolej Tuanku Kurshiah Universiti Malaya pada 1 haribulan Januari 2014, jam 5 petang. Objektif projek kali ini agak mudah, iaitu mengimbau kembali zaman 90an dimana harga makanan ketika itu agak murah disamping membuatkan orang ramai yang membelinya gembira. 

orang ramai mendapatkan nasi lemak

Pek Dindang dan gula-gula kacang juga dijual dengan harga yang sangat murah

Jual dari bonet kereta di Taman Tasik Titiwangsa
Projek 1990 di Kolej Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya

Sukarelawan Kindness telah menyediakan lebih 30 bungkus nasi lemak dan air mineral dan ditawarkan kepada orang ramai dengan harga yang sama empat belas tahun yang lepas. Nasi lemak ditawarkan dengan harga tiga kupang (tiga puluh sen) dan air mineral ditawarkan dengan harga dua kupang (dua puluh sen). Di Taman Tasik Titiwangsa tidak sampai 15 minit semua makanan habis dijual manakala di Universiti Malaya pula tidak sampai 5 minit, berkemungkinan kerana pembeli juga merupakan mahasiswa dan mahasiswi di situ.

ada yang smepat borong satu kotak

pelanggan yang gembira

sukarelawan Kindness

Respon orang ramai agak terperanjat dengan harga sebungkus nasi lemak. Ada yang bertanya, masih ada lagikah nasi lemak tiga puluh sen ini? Ada yang juga yang menyangka nasi lemak yang dijual adalah nasi lemak basi. Ada yang lain berasa pelik mengapa dijual dengan harga begitu murah. Jawapan dari sukarelawan Kindness agak mudah, untuk mengimbau nostalgia tahun 90an. Kenaikan harga barang akhir-akhir ini tidak bererti dunia sudah berakhir. Biar pun keperitan itu akan terasa, namun hal ini tidak menghalang kita untuk terus melakukan dan menyebarkan kebaikan.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...