About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label projek kurma. Show all posts
Showing posts with label projek kurma. Show all posts

Friday, June 16, 2017

Projek Kurma Untuk Mereka yang Tidak Sempat Berbuka Puasa di Rumah



Setiap tahun Kindness Malaysia akan kembali dengan Projek Kurma di bulan Ramadan. Projek Kurma ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dan tidak sempat berbuka di rumah. "Ramai yang terpaksa berbuka puasa dalam kereta atau dalam pengangkutan awam, itu sebabnya kami berikan mereka kurma. Mudah untuk mereka berbuka ringan dahulu." kata Fatin Amira Nabila selaku projek koordinator Projek Kurma.

Kurma Mariami menjadi pilihan

Kurma Mariami dipilih kerana kurma ini kering, enak dan paling penting boleh tahan lama. Pemilihan jenis kurma juga penting kerana di bulan Ramadan ini, setiap perbuatan kebaikan perlulah yang terbaik. Jika ada penaja lebih, satu hari nanti kita akan gunakan kurma Medjoul atau kurma Ajwa, menurut Fatin lagi. Lebih 40 kg kurma diagihkan kepada orang ramai bermula jam 6.30 petang di sekitar Masjid Jamek. Seramai 16 orang sukarelawan dari pelbagai latar belakang turut serta untuk agihkan kurma kepada orang ramai secara percuma.

Menurut Fatin lagi, pada mulanya orang ramai agak sukar untuk menerima kurma percuma ini kerana mereka sangkakan ini hanya gimik pemasaran. Ramai yang menolak untuk tidak menerima kurma percuma. Tetapi selepas menukar strategi dengan ucapan selamat berbuka dengan senyuman, orang ramai mula mengambil kurma percuma ini. Dalam tempoh 30 minit semua kurma telah diagihkan terus kepada orang ramai.

Sambutan orang ramai menggalakkan

Projek Kurma dilakukan di sekitar Masjid Jamek

Sukarelawan dari Camaroon juga turut serta

Penjelasan dibuat agar orang ramai faham

Kurma untuk semua
Projek Kurma tahun ini tiada tajaan daripada pihak korporat, tetapi ini tidak menghalang Kindness Malaysia untuk meneruskan tradisi Projek Kurma di bulan puasa. Tajaan untuk Projek Kurma ini mendapat perhatian penderma individu yang telah menaja keseluruhan kos Projek Kurma termasuk hidangan berbuka puasa untuk semua sukarelawan. Itulah keajaiban melakukan kebaikan. Kita berikan kurma percuma kepada orang ramai, ada pula dermawan yang baik hati menaja kami semua berbuka puasa di KFC.
Semua sukarelawan yang terlibat dengan Projek Kurma

Selain Projek Kurma, Kindness Malaysia juga menjalankan aktiviti lain seperti Projek TajaMereka dan Projek Petrol. Projek TajaMereka adalah aktiviti menaja mereka yang kurang berkemampuan berbuka puasa dan pada masa yang sama berbuka puasa sekali dengan mereka. Projek Petrol edisi khas bulan Ramadan ini akan memberi minyak petrol secara percuma kepada semua penunggang motorsikal bercc rendah. Dan minyak RON97 akan menjadi pilihan.

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Kindness Malaysia, boleh layari media sosial Kindness Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter. Bagi yang ingin menaja atau jadi sukarelawan, boleh hantarkan mesej di media sosial atau email ke support@kindness.my.

Projek Kurma dalam Harian Metro 27 Jun 2017


Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Friday, July 3, 2015

Projek Kurma di LRT Masjid Jamek Mendapat Sambutan Hangat



Projek Kurma anjuran Kindness Malaysia berlangsung di Masjid Jamek sebentar tadi dengan lebih 400 pek kurma mariami diagihkan kepada orang ramai yang kebanyakannya dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa. Tahun ini merupakan tahun ketiga projek kurma dijalankan dan tujuan aktiviti ini adalah untuk memudahkan orang ramai berbuka puasa dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Menurut Pengarah Program, Encik Zainee Othman, ramai orang yang terpaksa berbuka puasa dalam kenderaan mahupun pengangkutan awam seperti LRT. Oleh itu dengan adanya pek kurma ini akan memudahkan mereka untuk berbuka puasa ringan dahulu sebelum menikmati juadah berbuka di rumah. Turut serta selebriti seperti Nazeera Sardi," Ini kali pertama saya turut serta aktiviti Kindness Malaysia, sangat menarik akan datang saya akan turut serta lagi untuk aktiviti menyebarkan kebaikan".

Nazeera Sardi (berbaju putih) tidak kekok untuk sampaikan kurma kepada orang ramai

pek kurma untuk semua

pek kurma diagihkan di hadapan LRT Masjid Jamek

antara penerima pek kurma

penerangan tentang projek kurma juga dikongsikan dengan orang ramai

keadaan sibuk warga metropolitan yang adakala tidak sempat berbuka puasa di rumah

Setiap pek mengandungi tiga biji kurma mariami. Kurma jenis mariami ini dipilih kerana kurma ini tahan lama dan tidak mudah rosak. Sesuai untuk disimpan di dalam beg sebelum berbuka puasa. Projek kurma ini akan diteruskan lagi pada hari akan datang dan melibatkan beberapa lokasi lain seperti di Pulau Pinang, Alor Setar dan Johor Bahru.

Pengarah program Zainee Othman (baju merah) turut mengagihkan pek kurma kepada orang ramai

Nazeera Sardi bersama pek kurma Kindness Malaysia

Pihak Kindness Malaysia mengucapkan terima kasih penaja Projek Kurma ini iaitu syarikat Lameya, kepunyaan selebriti terkenal Ella dan Jojie Aminuddin kerana telah menjadi penaja utama bagi projek amal bulan Ramadan kali ini. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Kindness Malaysia, boleh layari laman facebook Kindness Malaysia.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Saturday, June 13, 2015

Lameya taja Projek Kurma Kindness Malaysia



Pelancaran produk Lameya iaitu pemakanan sunnah semalam bertempat di Saloma Bistro dihadiri oleh pengasas Lameya sendiri iaitu Ella Aminuddin dan Jojie Aminuddin beserta dengan pasangan masing-masing. Lameya menggunakan ramuan sama seperti buah-buahan Sunnah Rasulullah SAW termasuk Habatus Sauda, Delima, Zaitun dan Buah Tin yang sebelum ini diamalkan mereka sendiri, kali ini Ella dan Jojie memperkenalkan produk terbaru, Lameya yang lengkap diadun bersama kolagen ikan Kod serta vitamin C.

team Kindness Malaysia

Pelancaran dilakukan di Saloma Bistro


Pihak Lameya turut mengumumkan dengan setiap pembelian produk Lameya, RM5 akan disalurkan kepada Kindness Malaysia untuk Projek Kurma yang akan dijalankan pada bulan Ramadan akan datang. Projek Kurma ini merupakan satu inisiatif Kindness Malaysia dimana kurma Mariami akan diberikan percuma kepada orang ramai yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Kesesakan lalu lintas dan kesuntukan masa membuatkan orang ramai terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan dan dengan adanya kurma ini akan memudahkan orang ramai berbuka puasa secara ringan.

Untuk tahun 2015, 5000 pek kurma akan diagihkan kepada orang ramai secara percuma di beberapa lokasi terpilih seluruh negara. Pihak Kindness Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lameya kerana bersama-sama melakukan dan menyebarkan kebaikan buat rakyat di Malaysia.

Credit gambar thephotolicious dan adryaziz

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Tuesday, May 26, 2015

Projek Kurma di Bulan Ramadhan



Seperti tahun-tahun lepas, Kindness Malaysia kembali dengan satu lagi aktiviti amal iaitu Projek Kurma. Projek Kurma yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai untuk berbuka puasa terutama sekali yang tersangkut dalam perjalanan pulang ke rumah. Projek tahunan Kindness Malaysia ini akan mensasarkan 5000 pek kurma dimana setiap pek kurma mempunyai tiga biji kurma mariami.
Kurma mariami dipilih kerana boleh tahan lama, tidak mudah rosak dan enak dimakan. Beberapa lokasi telah dikenalpasti untuk pengagihan kurma pada Ramadhan kelak. Antaranya di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Ipoh dan Johor Bahru.

reka bentuk projek kurma dengan logo tajaan

Kindness Malaysia membuka peluang kepada individu atau syarikat yang berminat untuk menaja bagi Projek Kurma ini. Setiap pek kurma akan tertera sekali logo syarikat sebagai kerjasama dalam menyebarkan kebaikan bersama Kindness Malaysia. Harga untuk tajaan adalah seperti berikut:

1000 kotak kurma ---> RM1,500 (sekotak RM1.50)
3000 kotak kurma ---> RM3,750 (sekotak RM1.25)
5000 kotak kurma ---> RM5,000 (sekotak RM1.00)
7000 kotak kurma ---> RM6,300 (sekotak RM0.90)

Bagi yang berminat untuk menaja, boleh hubungi saya terus di 0183800961 atau email di support@kindness.my. Semoga dengan usaha ini mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas 
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Friday, July 12, 2013

Projek Kurma anjuran Kindness.my dibeberapa Lokasi Seluruh Negara

Penerima Projek Kurma di Ipoh
Alhamdulillah Projek Kurma berjalan serentak di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Sarawak, Perak dan Selangor dan akan dilaksanakan juga di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Melaka dan Johor tidak lama lagi. Projek kurma ini mendapat tajaan dari Heart and Sparks dan juga individu-individu yang prihatin untuk menyebarkan kebaikan. Objektif Projek Kurma ini ialah untuk memudahkan orang ramai  berbuka puasa terutama sekali yang sentiasa yang sentiasa pulang lewat. Disamping itu Projek Kurma ini juga memberi peluang kepada sukarelawan yang terlibat untuk membiasakan diri melakukan kebaikan tidak kira tempat mahupun masa. Sejajar dengan misi Kindness.my ini adalah untuk memupuk rasa ingin lakukan kebaikan dalam setiap individu dan menjadikannya suatu budaya yang positif.

Penerima di Sri Aman, Sarawak

Sukarelawan di Sri Aman, Sarawak

Projek Kurma di Sarawak

Pengawal pangsapuri juga antara penerima Projek Kurma

abg despatch di Taman Melati Gombak antara penerima Projek Kurma

Penerima Projek Kurma di KL Sentral

Barisan sukarelawan yang agihkan kurma di KL Sentral

Seribu kotak kurma diagihkan pada bulan Ramadan ini dan setiap kotak mempunyai tiga biji kurma Maryami. Kurma Maryami yang bernilai RM40 satu kilogram ini dipilih kerana tahan lama dan memudahkan orang ramai untuk simpan dan berbuka puasa. Apa yang menarik, pemberian kurma di KL Sentral hari ini (12 Julai 2013) mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang berterima kasih malahan ada juga yang menolak kerana fikirkan sukarelawan ini adalah salesman. Namun begitu situasi begini tidak mematahkan semangat sukarelawan Kindness.my untuk terus memberi kotak kurma kepada orang ramai.

Projek Kurma ini akan diteruskan lagi sepanjang Ramadan ini dan beberapa lokasi sudah dikenalpasti. Pihak Kindness,my mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma serta Heart and Sparks yang memberi kepercayaan kepada Kindness.my untuk sebarkan kebaikan kepada ummah. Untuk mengetahui pelbagai projek dibawah Kindness.my, sila layari laman Facebook di www.facebook.com/kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...