Projek Kurma anjuran Kindness Malaysia berlangsung di Masjid Jamek sebentar tadi dengan lebih 400 pek kurma mariami diagihkan kepada orang ramai yang kebanyakannya dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa. Tahun ini merupakan tahun ketiga projek kurma dijalankan dan tujuan aktiviti ini adalah untuk memudahkan orang ramai berbuka puasa dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Menurut Pengarah Program, Encik Zainee Othman, ramai orang yang terpaksa berbuka puasa dalam kenderaan mahupun pengangkutan awam seperti LRT. Oleh itu dengan adanya pek kurma ini akan memudahkan mereka untuk berbuka puasa ringan dahulu sebelum menikmati juadah berbuka di rumah. Turut serta selebriti seperti Nazeera Sardi," Ini kali pertama saya turut serta aktiviti Kindness Malaysia, sangat menarik akan datang saya akan turut serta lagi untuk aktiviti menyebarkan kebaikan".
Nazeera Sardi (berbaju putih) tidak kekok untuk sampaikan kurma kepada orang ramai |
pek kurma untuk semua |
pek kurma diagihkan di hadapan LRT Masjid Jamek |
antara penerima pek kurma |
penerangan tentang projek kurma juga dikongsikan dengan orang ramai |
keadaan sibuk warga metropolitan yang adakala tidak sempat berbuka puasa di rumah |
Setiap pek mengandungi tiga biji kurma mariami. Kurma jenis mariami ini dipilih kerana kurma ini tahan lama dan tidak mudah rosak. Sesuai untuk disimpan di dalam beg sebelum berbuka puasa. Projek kurma ini akan diteruskan lagi pada hari akan datang dan melibatkan beberapa lokasi lain seperti di Pulau Pinang, Alor Setar dan Johor Bahru.
Pengarah program Zainee Othman (baju merah) turut mengagihkan pek kurma kepada orang ramai |
Nazeera Sardi bersama pek kurma Kindness Malaysia |
Pihak Kindness Malaysia mengucapkan terima kasih penaja Projek Kurma ini iaitu syarikat Lameya, kepunyaan selebriti terkenal Ella dan Jojie Aminuddin kerana telah menjadi penaja utama bagi projek amal bulan Ramadan kali ini. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Kindness Malaysia, boleh layari laman facebook Kindness Malaysia.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment