About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, June 17, 2012

Perasmian Muslim Aid Charity Shop


Alhamdulillah, perasmian pembukaan Muslim Ad Charity Shop dibawah seliaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia berjalan dengan lancar dengan kehadiran para dermawan, sukarelawan, media dan rakan-rakan Muslim Aid. Kedai amal ini telah dirasmikan oleh Nora Ariffin yang juga seorang artis yang telah giat bersama dengan kerja-kerja amal.

Pembukaan ini menyaksikan ramai yang telah membeli barang-barang dari Muslim Aid Charity Shop. Barang-barang yang dijual adalah dari sumbangan orang ramai seperti pakaian dewasa dan kanak-kanak, peralatan sukan, alat elektronik buku-buku, pinggan dan mangkuk kaca, lukisan khat, alatan bayi seperti stroler serta produk hasil dari penerima bantuan Muslim Aid seperti barang perkahwinan (door gift), gelang manik, kerongsang dan sebagainya. Barangan 'merchandise' Muslim Aid seperti tag, jam dinding, button (butang pin) dan stiker kereta juga boleh didapati di sini.

Wakil dari Muslim Aid Indonesia dan Malaysian Relief Agency (MRA)
orang ramai di Muslim Aid Charity Shop


Pelanggan yang telah membeli beg golf


Setiap barang yang dijual di sini akan disalurkan ke tabung pendidikan Muslim Aid yang bakal digunakan untuk anak-anak yatim, keluarga kurang berkemampuan, komuniti pelarian dan mereka yang memerlukan. Orang ramai yang ingin menderma barangan mereka yang masih elok amatlah dialu-alukan. Pada yang berada di sekitar Bangsar, boleh datang ke Muslim Aid Charity Shop yang beralamat di 8-1-6 Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku, Kuala Lumpur. Berhadapan dengan bangunan NSTP. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau email di mail@muslimaid.org.my

Muhammmad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...