Lokasi: Bangsar Sport Complex dan Bukit Bintang
Tarikh: 18 Jan 09
Masa: 9am-4pm
Alhamdulillah hari ini selesai salah satu agenda utama COALITION OF MALAYSIAN NGOs AGAINST PERSECUTION OF PALESTINIANS (COMPLETE), yang merupakan gabungan lebih 50 NGO di seluruh Malaysia yang bersatu menentang pengeboman Zionis ke atas rakyat Palestine di Gaza.
Kempen kesedaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai, tentang konflik yang berlaku di Gaza. Apa yang berlaku di Gaza ini bukanlah hanya isu Islam dan Yahudi, tetapi tentang isu kemanusiaan, di mana pihak Zionis telah menyebabkan kematian ribuan kanak-kanak, kaum wanita dan warga tua. Disamping itu bertujuan untuk menekan kerajaan Malaysia untuk bertindak dengan lebih efektif dalam menangani isu Gaza ini.
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) juga merupakan salah satu NGO yang telah bersama-sama COMPLETE. YKMAM telah berkongsi pengalaman rangkaian Muslim Aid dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat Gaza. Antara NGO dan agensi yang terlibat ialah JIM, MSRI, MPF, PACE, RMC, dan kumpulan gereja dan pelbagai lagi.
Pada sebelah tengahari, sukarelawan dari pelbagai NGO telah menggempur KL, dan sekitar Selangor seperti KLCC, Bukit Bintang, Putrajaya dan Pasar Seni dengan menyebarkan risalah tentang situasi di Gaza. Semoga dengan usaha ini, lebih ramai akan sedar tentang kesengsaraan saudara kita di Gaza, dan bersama-sama mengambil inisiatif untuk bertindak, tidak kira sumbangan wang ringgit, atau memboikot barangan yang menaja Israel atau cara-cara yang lain.
Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Muslim Aid Asia

0 comments:
Post a Comment