About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, January 6, 2009

Update Bantuan Kemanusiaan Gaza


Kini fasa kedua serangan ke atas Gaza sedang rakus dijalankan oleh regim Zionis, dengan serangan darat mula masuk ke Gaza sejak hari Sabtu (3 Desember 2009) yang lepas. Lebih 500 orang terkorban, lebih 2,300 cedera parah dan hampir 13,000 telah kehilangan tempat tinggal.

Serangan puak Zionis seolah-olah tiada kesudahan, dan angka kematian dilihat kian meningkat. Bantuan kemanusiaan semakin amat diperlukan di mana Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk mengalami kekurangan sumber makanan, air, elektrik dan minyak. Kumpulan perubatan terpaksa bergerak dalam keadaan bahaya di hospital dan klinik. Bantuan perubatan dari luar masih tersekat di sempadan Gaza.

Rangkaian Muslim Aid telah menghantar bantuan kemanusiaan di Palestin melaui kerjasama dengan organisasi tempatan Palestin sejak dua dekad yang lalu. Melalui kerjasama ini juga, bantuan dalam bentuk bungkusan makanan telah dihantar kepada mangsa keluarga dan ubat-ubatan ke hospital dan klinik sejak konflik bermula minggu lepas.

Organisasi Tempatan Gaza yang bekerjasama dengan Rangkaian Muslim Aid

Palestine Trauma Centre
Rangkaian Muslim Aid telah member sokongan kepada Palestine Trauma Centre (Pusat Trauma Palestin) dimana pusat ini menyediakan perkhidmatan psikologi, social dan servis kesihatan kepada mangsa-mangsa trauma kesan daripada kecederaan, dan kematian ahli keluarga, atau kemusnahan tempat tinggal dan tempat kerja.

Projek di sini akan merangkumi rawatan psikologi untuk mangsa dan juga kaunseling untuk mangsa keluarga. Pamplet pendidikan juga akan diagihkan untuk memberi tunjuk ajar serta cara-cara untuk berhadapan situasi yang sulit ini. Bungkusan makanan juga akan diagihkan kepada Pusat Trauma Palestin.

Projek ini akan dilaksanakan melalui dua unit, satu di Bandar Gaza di sebelah utara dan sebuah lagi di Hospital Al-Aqsa yang dapat menampung 200 buah keluarga.

Families Relief
Rangkaian Muslim Aid telah bekerjasama dengan Families Relief dengan mengagihkan 320 bungkusan makanan kepada mangsa keluarga di sepanjang Gaza. Setiap bungkusan makanan mempunyai minyak masak, gula, beras, teh, keju, kekacang dan manisan yang mampu digunakan selama sebulan.

Kerjasama dengan organisasi lain
- National Association for Development
- Nour El Marifa El Khairia Association
- UNRWA

Pada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996, 03-2282 1996 (Muhammad). Sumbangan tunai akan disalurkan terus ke Muslim Aid Australia, dan pihak Muslim Aid Australia akan menguruskan sumbangan tersebut dengan bantuan makanan dan ubatan bersama organisasi tempatan di Palestin. 100% sumbangan tunai akan disalurkan untuk masyarakat Palestin.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Muslim Aid Asia di
EON Bank: 0518-11-000311-5 (Muslim Aid Asia Sdn Bhd)
atau
CIMB Bank: 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
Sila pos/faks/emailkan slip pembayaran kepada pejabat Muslim Aid Asia tujuan sumbangan untuk Bantuan Kemanusiaan Gaza.

Pembayaran online di sini

Muslim Aid Asia
8-1-2 Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku,
59100 Kuala Lumpur
Faks: 032288 1966
Email: mail@muslimaidasia.com

Muhammad bin Kamarulazizi
muhammad@muslimaidasia.com
Muslim Aid Asia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...