About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, October 22, 2009

Mungkinkah Selesai Isu Rohingya di Malaysia?

Semasa ziarah ke rumah anak yatim Rohingya dua hari lepas, kami terserempak dengan sebuah keluarga iaitu seorang ibu dan tiga orang anak di dalam rumah kebajikan tersebut. Ibu tersebut telah memberitahu Ustaz Hashim (pengetua rumah anak yatim Rohingya) ini bahawa suaminya telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Walaupun dokumen lengkap dari UNHCR, tetapi masih ditahan. Dan penahanan ini tidak tahu sampai bila.

Kebetulan saya juga berada di situ hanya mampu diam. Anak yang didukungnya masih kecil mengingatkan saya kepada anak saya sendiri di rumah. Sebak rasanya andai kejadian sebegini berlaku kepada diri sendiri. Anak sulungnya yang berusia empat tahun akan ditinggalkan di rumah kebajikan Rohingya ini. Ibu mereka hanya bekerja sebagai pembantu jual sayur di Pasar Borong Selayang dan tidak mampu untuk menyara tiga orang anaknya. Seorang terpaksa dilepaskan kepada jagaan Ustaz Hashim.

Isu pelarian Rohingya di Malaysia sememangnya kurang mendapat sambutan, lagi-lagi mereka bukanlah berbangsa Melayu. Tetapi harus kita ingat bahawa mereka juga beragama Islam, malahan mereka juga adalah manusia yang sepatutnya layak menerima kemudahan-kemudahan asas seperti peluang belajar di sekolah yang telah dinikmati oleh masyarakat yang lain.

Justeru itu, sama-sama kita muhasabah diri, kiranya kita nampak mereka bersedekah di tepi jalan, janganlah terus kita letakkan tanggapan bahawa mereka adalah sindiket. Mereka tiada pilihan. Mereka tidak dibenarkan kerja, mereka tidak dibenarkan ke sekolah. Mereka cuma dibenarkan masuk ke Malaysia atas tiket pelarian sahaja. Sudah tiada pilihan lain dan ini boleh dianggap menyekat hak asasi manusia. Dalam Islam sendiri sudah mengatakan kita perlu adil kepada semua tidak kira agama atau bangsa. Dan saya percaya agama lain turut bersependapat demikian. Sama-samalah kita ikhtiarkan.

Muhammad bin Kamarulazizi

1 comments:

SALAM....
BAPAK DIA KENA ISA KOT....KERAJAAN MALAYSIA NI BUKAN LEH PERCAYA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...