About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, April 17, 2008

Program Sedeqah Perigi, Muslim Aid Asia


"Bersedekahlah, berderma atau berkorbanlah kalian dan janganlah kalian perhitungkan kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama. Janganlah kalian mengingat-ingat kebaikan kalian, kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama juga." (mafhum HR Muslim)


Bersedekah demi kebaikan diri sendiri berdasarkan apa yang Allah tunjuk dalam Al Quran dan juga Sunnah. Dengan bersedekah akan mudah untuk mencari ilmu dan memahami ilmu. Dengan bersedekah akan memudahkan untuk mendapat isteri atau suami yang beriman. InsyaAllah. Bersedekah itu satu kebajikan yang amat disenangi oleh Allah dan juga adalah sebahagian dari akhlak mulia. Allah akan memberi kelapangan kepada mereka yang gemar bersekedah.


sijil dari Muslim Aid

Muslim Aid Asia kini mengambil langkah untuk membekal air bersih dengan menggali perigi dan membina tangki air di negara-negara yang mengalami masalah kekurangan air bersih. Sumbangan boleh diberikan oleh individu, berkumpulan. Sedeqah perigi ini bolehlah diniatkan untuk diri sendiri mahupun untuk arwah kesayangan kita, seperti ibu bapa kita.

Berikut adalah kos pembinaan perigi bersama lokasinya

Perigi
1- Kemboja - RM1 000
2- Bangladesh - RM 600
Tangki Air
1- Nigeria - RM 4 500
2- Indonesia - RM 6 000

Kaedah Pembayaran

1- Tunai atau cek ( Pejabat Muslim Aid Asia, atau janji temu)
2- Deposit Langsung/intergiro ( EON Bank 0518-11-000311-5, Muslim Aid Asia)
3- Pos ( Wang Pos)

Alamat
Muslim Aid Asia
8-1-2,
Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku 59100,
Kuala Lumpur

Pada individu, kumpulan atau organisasi yang berminat, boleh hubungi Muslim Aid Asia di talian 03-2288 1996 (Ida atau Ilham atau Muhammad). Setiap perigi akan diberikan sijil penyertaan.

Selain dari bersedaqah, anda juga boleh menyumbang dengan mengiklankan sadaqah perigi ini di blog anda. Semoga anda juga mendapat hasanah di akhirat kelak, insyaAllah.





-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

3 comments:

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Impressora e Multifuncional, I hope you enjoy. The address is http://impressora-multifuncional.blogspot.com. A hug.

salam

sy tertarik dengan program sedekah perigi ni. jd sy mencadangkn program ini dipromosikan di universiti sy. universiti utara malaysia. tempat sy blaja skng. sy juga antara AJK sekretariat rakan muda di UUM. dan sekretariat boleh membantu dlm mempromosikn program ini.

sila hubungi sy jika cadangan sy ini diterima.

zainal anuar bin ruslan
019-4513061
fullmoon_green@yahoo.com

salam

bleh x emelkn pd sy html/java scrip dlm blog ni. sy nk ltak dlm blog sy utk promosi.

thanks.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...