About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label sedeqah. Show all posts
Showing posts with label sedeqah. Show all posts

Monday, April 28, 2008

Therapi ketenangan

Hari ini sibuk nak sediakan slide presentation. Terjumpa satu hadis yang buatkan saya nak baca berulang kali.

"Apakah kamu ingin mendapatkan ketenangan hati dan mencukupi segala keperluan:- Sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berikanlah makanan dari makananmu, maka hati kamu akan tenang dan keperluan kamu akan dipenuhi". (HR. Thabrani dari Abu Darda’).

"Orang yang pemurah (penderma) itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga dan jauh dari neraka. Adapun orang yang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga dekat dengan neraka." (Abu Hurairah RA)

Sememangnya benar apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini. Kita terlalu asyik dengan kerja, hal berkenaan dengan duniawi, menyebabkan kita selalu stress dan tertekan. Sebenarnya ubat yang mujarab untuk menangani stress ialah dengan bersedeqah dan sentiasa mendekati mereka yang lebih kurang bernasib baik, seperti anak-anak yatim. Sama-sama kita usahakan!=)

-Muhammad bin Kamarulazizi-


Sunday, April 27, 2008

Jalan2 di Pasar Malam

Bergambar dengan anak yatim Rohingya, dipercayai menjadi pengemis jalanan di ibu kota

Hari Jumaat lepas, seperti biasa aku ke pasar malam Sentul. Biasa balik saja dari kerja, parking motor di rumah, trus ke pasar malam. Maklumlah, pasar malam cuma di depan rumah. Kali ini apa yang aku nampak, makin ramai peminta sedeqah kat pasar malam Sentul nih. Ada yang regular seperti wajah Rohingya, dan ada jugak golongan buta. Aku sedar jugak yang kali ini ada peminta sedeqah yang ada iras2 wajah orang Nepal yang menyusukan anak menggunakan botol.

Alhamdulillah, ibuku memang dah peruntukan RM50 untuk digunakan untuk sedeqah bagi mereka yang memerlukan nih. RM50 nih aku tukarkan dengan kepingan RM1, dan disimpan dalam kocek blakang seluar. Seorang peminta sedeqah, dapatlah saya berikan RM1 atau RM2, dengan niat sedeqah dari ibu saya dan keluarga. (Anda juga boleh lakukan untuk ibu bapa anda)

Biasanya peminta sedeqah ini tidak akan memandang kita. Mungkin disebabkan berasa malu, dan cuma mampu mengucapkan terima kasih. Kekadang memang akan rasa kesian pada mereka, kita jugak xbleh salahkan mereka kerana terpaksa menjadi peminta sedeqah.

Aku tertarik dengan Hadith Rasulullah yg mengatakan

Belilah semua kesulitanmu dengan sedeqah ubatilah penyakitmu dengan sedeqah .

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedeqah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedeqah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedeqah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedeqah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedeqah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita , kerana sedeqah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedeqah) ?

-Muhammad bin Kamarulazizi-

p/s dicedok sedikit dari sini

Thursday, April 17, 2008

Program Sedeqah Perigi, Muslim Aid Asia


"Bersedekahlah, berderma atau berkorbanlah kalian dan janganlah kalian perhitungkan kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama. Janganlah kalian mengingat-ingat kebaikan kalian, kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama juga." (mafhum HR Muslim)

Bersedekah demi kebaikan diri sendiri berdasarkan apa yang Allah tunjuk dalam Al Quran dan juga Sunnah. Dengan bersedekah akan mudah untuk mencari ilmu dan memahami ilmu. Dengan bersedekah akan memudahkan untuk mendapat isteri atau suami yang beriman. InsyaAllah. Bersedekah itu satu kebajikan yang amat disenangi oleh Allah dan juga adalah sebahagian dari akhlak mulia. Allah akan memberi kelapangan kepada mereka yang gemar bersekedah.


sijil dari Muslim Aid

Muslim Aid Asia kini mengambil langkah untuk membekal air bersih dengan menggali perigi dan membina tangki air di negara-negara yang mengalami masalah kekurangan air bersih. Sumbangan boleh diberikan oleh individu, berkumpulan. Sedeqah perigi ini bolehlah diniatkan untuk diri sendiri mahupun untuk arwah kesayangan kita, seperti ibu bapa kita.

Berikut adalah kos pembinaan perigi bersama lokasinya

Perigi
1- Kemboja - RM1 000
2- Bangladesh - RM 600
Tangki Air
1- Nigeria - RM 4 500
2- Indonesia - RM 6 000

Kaedah Pembayaran

1- Tunai atau cek ( Pejabat Muslim Aid Asia, atau janji temu)
2- Deposit Langsung/intergiro ( EON Bank 0518-11-000311-5, Muslim Aid Asia)
3- Pos ( Wang Pos)

Alamat
Muslim Aid Asia
8-1-2,
Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku 59100,
Kuala Lumpur

Pada individu, kumpulan atau organisasi yang berminat, boleh hubungi Muslim Aid Asia di talian 03-2288 1996 (Ida atau Ilham atau Muhammad). Setiap perigi akan diberikan sijil penyertaan.

Selain dari bersedaqah, anda juga boleh menyumbang dengan mengiklankan sadaqah perigi ini di blog anda. Semoga anda juga mendapat hasanah di akhirat kelak, insyaAllah.





-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...