About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label sedekah. Show all posts
Showing posts with label sedekah. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Taja Guru Mengajar di Madrasah Hashimiah

anak-anak Madrasah Hashimiah yang aktif

Kini sudah hampir separuh Ramadan dan orang ramai semakin ringan tangan untuk bersedekah dan menyumbang untuk kerja-kerja serta aktiviti amal. Kindness.my juga telah menyediakan beberapa projek khas untuk bulan Ramadan ini seperti Projek TajaMereka dimana orang ramai berpeluang untuk menaja anak-anak yatim dan miskin serta mereka yang kurang berkemampuan berbuka puasa.

Salah satu lokasi berbuka puasa di bawah Projek TajaMereka ini ialah Madrasah Hashimiah, Selayang yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya serta Myanmar Muslim. Saya agak rapat dengan Ustaz Hashim yang juga pengetua Madrasah tersebut. Beliau bersyukur ramai juga insan-insan prihatin serta syarikat dan NGO yang telah menaja warga penghuni Madrasah Hashimiah dan komuniti pelarian lain untk berbuka puasa di tempat mereka.

Disebalik kemeriahan Ramadan dengan kegembiraan anak-anak yatim ini berbuka puasa, Ustaz Hashim ada menyatakan keinginan dan keperluan Madrasah dimana beliau amat perlukan tajaan bagi guru-guru serta ustaz dan ustazah yang mengajar di Madrasah Hashimiah. Sekolah komuniti ini mempunyai sepuluh orang guru dan kesemuanya adalah dari komuniti pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Ustaz Hashim berhempas pulas untuk membayar gaji bagi setiap guru bagi memastikan anak-anak di Madrasah Hashimiah mendapat pendidikan asas seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Myanmar, Bahasa Inggeris, Pengajian Agama, dan al-Quran. Bilangan murid kelas Hafiz juga meningkat dari dua orang dan kini memerlukan tiga orang guru Hafiz untuk mengajar.

suasana kelas di Madrasah Hashimiah
Gaji seorang guru hanyalah antara RM600-RM800 sebulan yang dapat memberi bimbingan serta pendidikan kepada anak-anak yatim dan pelarian ini yang sehingga kini belum dapat menikmati pendidikan di sekolah harian biasa. Pihak Kindness.my mengalu-alukan tajaan bagi guru-guru ini. 

Tajaan sebulan = RM600
Tajaan 3 bulan = RM1800
Tajaan 6 bulan = RM3600
Tajaan 9 bulan = RM5400
Tajaan 1 tahun = RM7200

Bagi yang berminat untuk menaja guru-guru ini termasuk guru Hafiz, boleh lakukan tajaan terus ke akaun Maybank 514057664892 atas nama Kindness Dot My. Email butiran berikut ke matt@kindness.my

Nama: 
Tel:
Jenis Tajaan:
Jumlah Tajaan:
Masa dan Tarikh Transaksi

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” ~(Al-Baqarah: 261) 
"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain."~(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Ayuh kita bantu Ustaz Hashim untuk atasi kesulitannya dengan mendapatkan tajaan untuk guru-guru di Madrasah Hashimiah. Semoga ilmu dan manfaat yang disampaikan ini akan mengalir tidak henti sehingga ke penghujung hari. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya terus di 0123377195 atau email di matt@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My

Thursday, April 17, 2008

Program Sedeqah Perigi, Muslim Aid Asia


"Bersedekahlah, berderma atau berkorbanlah kalian dan janganlah kalian perhitungkan kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama. Janganlah kalian mengingat-ingat kebaikan kalian, kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama juga." (mafhum HR Muslim)

Bersedekah demi kebaikan diri sendiri berdasarkan apa yang Allah tunjuk dalam Al Quran dan juga Sunnah. Dengan bersedekah akan mudah untuk mencari ilmu dan memahami ilmu. Dengan bersedekah akan memudahkan untuk mendapat isteri atau suami yang beriman. InsyaAllah. Bersedekah itu satu kebajikan yang amat disenangi oleh Allah dan juga adalah sebahagian dari akhlak mulia. Allah akan memberi kelapangan kepada mereka yang gemar bersekedah.


sijil dari Muslim Aid

Muslim Aid Asia kini mengambil langkah untuk membekal air bersih dengan menggali perigi dan membina tangki air di negara-negara yang mengalami masalah kekurangan air bersih. Sumbangan boleh diberikan oleh individu, berkumpulan. Sedeqah perigi ini bolehlah diniatkan untuk diri sendiri mahupun untuk arwah kesayangan kita, seperti ibu bapa kita.

Berikut adalah kos pembinaan perigi bersama lokasinya

Perigi
1- Kemboja - RM1 000
2- Bangladesh - RM 600
Tangki Air
1- Nigeria - RM 4 500
2- Indonesia - RM 6 000

Kaedah Pembayaran

1- Tunai atau cek ( Pejabat Muslim Aid Asia, atau janji temu)
2- Deposit Langsung/intergiro ( EON Bank 0518-11-000311-5, Muslim Aid Asia)
3- Pos ( Wang Pos)

Alamat
Muslim Aid Asia
8-1-2,
Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku 59100,
Kuala Lumpur

Pada individu, kumpulan atau organisasi yang berminat, boleh hubungi Muslim Aid Asia di talian 03-2288 1996 (Ida atau Ilham atau Muhammad). Setiap perigi akan diberikan sijil penyertaan.

Selain dari bersedaqah, anda juga boleh menyumbang dengan mengiklankan sadaqah perigi ini di blog anda. Semoga anda juga mendapat hasanah di akhirat kelak, insyaAllah.





-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...