About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, March 17, 2008

Daging Qurban di Hantar ke Bangladesh untuk Bantu Mangsa Taufan ‘Sidr’

Wan Rusli (Pengarah Muslim Aid Asia) menunjukkan daging korban yang ditinkan untuk diagihkan kepada mangsa taufan Bangladesh. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.


Oleh: Farezul Fadzal

Muslim Aid Asia (MAA) akan menghantar bantuan berupa 48,500 tin daging qurban kepada mangsa ribut taufan ‘Sidr’ yang melanda Barat Daya Bangladesh selewat-lewatnya April ini. Bencana taufan Sidr adalah taufan tahap keempat yang melanda Barat daya Bangladesh sekitar 9.45 petang waktu tempatan pada 15hb November 2007 lalu, dengan kelajuan angin 240 kph (150 mph) yang mengakibatkan banjir kilat selama lima jam di kawasan Lembah Bengal, Bangladesh.

Pengarah Muslim Aid Asia (MAA), Encik Wan Rusli Wan Muda, berkata bantuan ke Bangladesh adalah yang pertama dan tidak menolak kemungkinan menghantar bantuan qurban tambahan jika diperlukan. “Kita melihat kepada keperluan. Buat masa ini pihak MAA akan menghantar satu kontena yang membawa muatan 48,500 tin daging qurban siap untuk dimakan ke lokasi bencana,”katanya. Encik Wan Rusli berkata, pihaknya telah berurusan dengan Pertima Sdn Bhd (Pertima) sejak 2005 lagi bagi memproses daging qurban tersebut. “Kerjasama pertama dimulakan pada 2005 lalu dan sehingga kini pihak kami telah memproses enam kontena (204 tan) di Pertima,” katanya ketika ditemui Warta Hadhari di Kilang Pemprosesan Pertima, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini (13 Mac). Katanya, bagi urusan pengagihan qurban tersebut pihak MAA akan berurusan dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Bangladesh. “Buat masa ini kami masih belum membuka pejabat di kawasan bencana dan kemungkinan merancang berbuat demikian kelak,”katanya.

Taufan Sidr melanda Bangladesh meragut lebih 3,000 nyawa serta mengakibatkan 300,000 lagi hilang tempat berlindung. Kerajaan Bangladesh menganggarkan 360,000 orang kehilangan tempat tinggal mengalami kekurangan sumber air bersih, makanan dan bantuan perubatan. Serangan taufan ini juga memusnahkan mata pencarian nelayan sekitar Kepulauan Dublar Char dan para petani Lembah Benggal.

Berita ini dipetik dari : http://www.terengganu.gov.my/v5/bm/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...