About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, February 28, 2014

Misi Kemanusiaan di Pulau Cebu, Filipina


Alhamdulillah, genap sebulan selepas misi kemanusiaan ke Pulau Cebu, Filipina untuk membantu mangsa Taufan Haiyan. Peluang yang diberikan oleh Malaysian Relief Agency (MRA), sebuah NGO antarabangsa yang beribu pejabat di Kuala Lumpur telah membuka minda kami dengan pengalaman yang cukup bermakna. Team Kindness yang terdiri daripada dua orang, iaitu diri saya sendiri dan juga Amir Effendi ke sana bersama empat sukarelawan MRA yang terdiri daripada dua orang doktor dan dua orang jururawat.

salah satu pengkalan MRA di Pulau Bentayan


ketika dalam tugas.

nilai murni ketimuran tidak ditinggalkan

misi dari pulau ke pulau


Misi kali ini lebih fokus kepada bantuan perubatan dan team kami merupakan team yang ke sembilan. Pelbagai bekalan ubatan telah dibawa bersama dan sudah ada wakil MRA yang bertapak di Bentayan untuk koordinasi pasukan perubatan yang datang dari Kuala Lumpur. Perancangan yang teliti sebegini amat penting bagi memastikan perjalanan misi lancar. Apa yang saya sedari, pihak MRA sangat mahir dengan pemahaman budaya tempatan dan juga cara menguruskan pihak berkuasa apabila berada di lapangan. Asimilasi sebegini sangat penting kerana misi akan berjalan dengan sempurna dengan adanya sokongan dari pihak berkuasa dan juga penerimaan yang baik daripada masyarakat setempat.

Projek Vitamin C

Projek Selipar di salah sebuah masjid di Pulau Cebu

Misi berlangsung lebih seminggu dan ramai orang diberi bantuan perubatan. Berpusat di hospital, kawasan kampung dan lokasi terpilih telah membuatkan lebih ramai mangsa Taufan Haiyan dapat diberi rawatan. Saya lihat penerimaan orang ramai begitu baik, dan ada warga tempatan di Bentayan mengatakan NGO MRA ini adalah antara NGO yang mereka sangat suka. 

pengalaman yang cukup berharga

Kami di Kindness sempat juga untuk melakukan Projek Vitamin C kepada masyarakat di Pulau Bentayan dan lebih 8000 biji vitamin C diagihkan kepada mereka. Pihak Kindness ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MRA kerana memberi peluang untuk bersama bagi misi kemanusiaan kali ini. Tunjuk ajar dari abang senior MRA kepada kami yang masih baru ini cukup bermakna. Semoga hubungan Kindness dan MRA berpanjangan dan lebih banyak aktiviti dapat dijalankan bersama.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...