About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, July 6, 2011

Fund For Food 2011 sukses!


Tarikh: 3 Julai 2011
Lokasi: Pasar Tani Mega Stadium Melawati Shah Alam
Program: Fund For Food

Alhamdulillah program Fund For Food yang diilhamkan oleh Puan Habsah Marjuni yang merupakan ahli lembaga pengarah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah dijalankan dengan jayanya. Program yang melibatkan lebih 30 orang sukarelawan ini bermula pada jam 12 tengah malam pada hari Ahad dengan bantuan dari Hilux Tuners Club yang telah membantu untuk membawa peralatan memasak, barang-barang tajaan dan bahan mentah untuk persediaan bubur lambuk dan buburma. Pengurusan logistik telah diuruskan oleh cik Farihah, pejajar praktikal (latihan industri) di Muslim Aid.

Sukarelawan yang kebanyakannya mahasiswa di IPT telah diketuai oleh cik Nadhirah yang juga pelajar praktikal di Muslim Aid. Setiap kumpulan sukarelawan telah diberi tugas masing-masing. Sepuluh orang anak yatim dari Madrasah Hashimiah telah membantu untuk menyiapkan buburma, iaitu bubur yang berasal dari Burma yang menjadi hidangan istimewa berbuka puasa golongan pelarian di bulan Ramadhan. Satu lagi bubur merupakan bubur lambuk Terengganu yang telah disediakan oleh Chef Zam.


sukarelawan menyiapkan bahan

bersama team Hilux Tuners Club

anak-anak Madrasah sedangsiapkan bahan

buburma dalam proses untuk masak

pengunjung yang berminat untuk menderma


Empat kawah bubur telah "dijual" dan lebih 1500 bungkus bubur habis! Program 'menjual' bubur tersebut bermula seawal jam 7 pagi dimana para pengunjung mula membanjiri kawasan Pasar Tani dan orang ramai telah mula menyumbang. Media seperti TV alHijrah, TV1, Bernama dan Utusan Malaysia telah hadir untuk membuat liputan. Bagi media, cik Marliyana (pelajar praktikal Muslim Aid) telah bertangggungjawab untuk jemputan dan protokol.

sukarelawan yang dedikasi

Program telah selesai jam 1 tengahari dan semua bubur selesai dijual. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penajar seperti Fama, D'Tandoor, Coca Cola, Iltizam Vetures, Agromas dan Pasar Mega Shah Alam dan tidak lupa kepada sukarelawan-sukarelawan yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program amal Fund For Food ini. Moga Allah memberkati anda semua.

Muhammad bin Kamarulazizi

1 comments:

Tahniah kepada semua yang terlibat.. =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...