About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label fund for food. Show all posts
Showing posts with label fund for food. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Fund For Food 2011 sukses!


Tarikh: 3 Julai 2011
Lokasi: Pasar Tani Mega Stadium Melawati Shah Alam
Program: Fund For Food

Alhamdulillah program Fund For Food yang diilhamkan oleh Puan Habsah Marjuni yang merupakan ahli lembaga pengarah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah dijalankan dengan jayanya. Program yang melibatkan lebih 30 orang sukarelawan ini bermula pada jam 12 tengah malam pada hari Ahad dengan bantuan dari Hilux Tuners Club yang telah membantu untuk membawa peralatan memasak, barang-barang tajaan dan bahan mentah untuk persediaan bubur lambuk dan buburma. Pengurusan logistik telah diuruskan oleh cik Farihah, pejajar praktikal (latihan industri) di Muslim Aid.

Sukarelawan yang kebanyakannya mahasiswa di IPT telah diketuai oleh cik Nadhirah yang juga pelajar praktikal di Muslim Aid. Setiap kumpulan sukarelawan telah diberi tugas masing-masing. Sepuluh orang anak yatim dari Madrasah Hashimiah telah membantu untuk menyiapkan buburma, iaitu bubur yang berasal dari Burma yang menjadi hidangan istimewa berbuka puasa golongan pelarian di bulan Ramadhan. Satu lagi bubur merupakan bubur lambuk Terengganu yang telah disediakan oleh Chef Zam.


sukarelawan menyiapkan bahan

bersama team Hilux Tuners Club

anak-anak Madrasah sedangsiapkan bahan

buburma dalam proses untuk masak

pengunjung yang berminat untuk menderma


Empat kawah bubur telah "dijual" dan lebih 1500 bungkus bubur habis! Program 'menjual' bubur tersebut bermula seawal jam 7 pagi dimana para pengunjung mula membanjiri kawasan Pasar Tani dan orang ramai telah mula menyumbang. Media seperti TV alHijrah, TV1, Bernama dan Utusan Malaysia telah hadir untuk membuat liputan. Bagi media, cik Marliyana (pelajar praktikal Muslim Aid) telah bertangggungjawab untuk jemputan dan protokol.

sukarelawan yang dedikasi

Program telah selesai jam 1 tengahari dan semua bubur selesai dijual. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penajar seperti Fama, D'Tandoor, Coca Cola, Iltizam Vetures, Agromas dan Pasar Mega Shah Alam dan tidak lupa kepada sukarelawan-sukarelawan yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program amal Fund For Food ini. Moga Allah memberkati anda semua.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, June 8, 2011

Persediaan Projek Fun For Food

Menjelang bulan Ramadhan yang hanya tinggal sebulan setengah lagi, pejabat Muslim Aid kini sedang sibuk merancang program-program untuk bulan Ramadhan seperti Fast 2 Feed dan Ramadhan Appeal dan projek terbaru Fund For Food (3F). Projek baru ini adalah bagi menyambut kedatangan Ramadhan yang akan dilaksanakan di Pasar Fama Stadium Shah Alam. Projek 3F akan menampilkan rakan Muslim Aid iaitu chef selebriti iaitu Chef Zam yang akan menyediakan bubur lambuk dan bekas chef dan kini seorang Ustaz, Ustaz Hashim dari Madrasah Hashimiah yang akan menyediakan buburma (bubur Burma). Projek 3F ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi mengumpul dana bagi program-program di bulan Ramadhan dan setiap penyumbang dapat menikmati bubur lambuk Chef Zam dan buburma Ustaz Hashim.

bersama anak-anak Madrasah Hashimiah, Selayang

Program amal ini akan berlangsung di Pasar Fama Stadium Shah Alam pada 3 Julai 2011 bermula jam 7 pagi hingga ke 11.30 tengahari. Muslim Aid mengalu-alukan sukarelawan untuk turut serta serta para dermawan untuk menyumbang bagi menjayakan program 3F ini. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 (Nadhirah atau Farihah atau Marliyana) atau email di support@muslimaidasia.com

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...