Bulan November ialah hari lahir isteri saya dan sememangnya setiap tahun tiada sambutan yang dilakukan. Cuma sekadar bawa makan di luar sahaja bersama dengan anak-anak. Namun begitu bagi tahun ini, saya ingin lakukan kelainan dan alhamdulillah telah mendapat ilham dari Random Act of Kindness (RAOK) edisi birthday di Pinterest. Setiap malam sebelum tidur, menjadi rutin bagi saya untuk mendapatkan idea-idea RAOK yang amat popular di Amerika Syarikat melalui gambar-gambar yang dikongsikan di Pinterest.
Setelah meneliti beberapa blog, maka tergerak hati saya untuk laksanakan 31 kebaikan sempena hari lahir isteri saya yang ke 31. Anak sulung saya, Ali yang akan melaksanakannya, dan saya menjadi pemandu dan sediakan senarai 31 aktiviti kebaikan yang perlu dilakukan.
Buang sampah di tempat sepatutnya |
Kindness #1 ialah membuang sampah. Pertama aktiviti kebaikan perlulah bermula di rumah. Hujung minggu, biasanya kami akan beli sarapan di luar. Ali memulakan aktivitinya dengan membuang sampah. Kemudian kami terus keluar beli sarapan dan siap bungkus kuih cucur paling sedap di Bandar Baru Sentul untuk makcik cleaner yang rajin sapu flat kami awal pagi setiap hujung minggu. Kindness #2 ialah beri makcik cleaner kuih cucur paling sedap. Makcik cleaner mula sangkakan Ali berikan plastik sampah, tapi bila disentuh plastik tersebut, rasanya suam-suam panas. Tersenyum makcik tu sambil ucap terima kasih beberapa kali pada Ali.
Makcik cleaner yang rajin dapat cucur paling sedap di Bandar Baru Sentul |
Kindness #3 ialah beri carrot cheese cake yang mak Ali buatkan kepada Pakgad, atau pakcik sekuriti. Hari ini isteri saya siapkan sebuah carrot cheese cake dan dimuatkan dalam bekas-bekas kecil untuk aktiviti Kindness Ali. Pakgad ini orang asing, tapi selalu beri salam bila kami lalu sebelahnya. Kebetulan sebelum keluar dari pagar flat, Ali pergi serahkan carrot cheese cake kepada pakgad tersebut. Ali siap boleh tanya, pakcik tu ke? Saya jawab ya! Pakgad tu senyum lebar bila buka bekas tu nampak carrot cheese cake.
Alahai Ali, lepas ini jangan guna tangan kiri ya :p |
Kami meneruskan misi Kindness Ali ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Di sini misinya ialah Kindness #4 serah bunga dan Kindness #5 carrot cheese cake kepada kakak nurse yang bertugas pada hari itu. Kami ke wad bersalin dimana adik Ali telah dilahirkan di situ lapan bulan yang lepas. Disebabkan servis yang bagus, maka Ali pun datang kembali dengan ucapan terima kasih kepada kakak-kakak nurse di situ. Kakak nurse boleh tanya, untuk siapa ya bunga ini. Ali jawab untuk kakak semua!
Adik kepada Ali dilahirkan di sini lapan bulan yang lepas |
Masih di wad bersalin, kami ke ruang menunggu. Saya teringat sebelum ini saya juga pernah duduk di wad menunggu untuk beberapa jam bersama Ali sementara tunggu isteri saya diperiksa oleh doktor. Kami lihat ramai juga kanak-kanak dan kaum bapa di ruang menunggu. Oleh itu kami Kindness #6 tinggalkan buku mewarna dan pensel warna untuk kanak-kanak di situ. Sekurang-kurangnya tidaklah bosan menunggu begitu lama di situ.
siapalah kanak-kanak yang bertuah dapat rasmikan buku mewarna ini |
Kami bergerak keluar dari hospital dan terus ke perhentian bas berdekatan dengan pintu masuk hospital. Di situ ramai jururawat dan makcik cleaner yang menggunakan perkhidmatan bas. Kindness #7 ialah meletakkan baju hujan pakai buang di perhentian bas. Selamba sahaja Ali tempek pek baju hujan dengan selotep di dinding perhentian bas. Ada kakak nurse yang perhatikan saja dan sebaik kami beredar dari situ mereka terus pergi lihat dengan lebih dekat. Saya pun usap rambut Ali dan kata good job!
Ali dan baju hujan yang sudah ditempek |
sesuai dengan musim hujan sekarang |
Sebelum pulang ke rumah, kami singgah sebentar di sebuah restoran makanan segera di Jalan Pahang. Kebetulan semasa saya cuba mendapatkan idea, ada rakan sekelas saya berikan kupon RM5 restoran tersebut. Kami pun terus ke sana dan Kindness #8 Ali serahkan kupon RM5 kepada pelanggan yang beratur di belakang. Yang menerimanya seorang gadis sekolah menengah. Wajahnya terkejut pada mulanya, sambil memandang meja belakang di mana ibu dan adik-adiknya sedang menunggu. Saya dan Ali pun pulang ke rumah dan akan teruskan misi keesokan harinya.
Alhamdulillah lapan aktiviti dapat dilakukan hari ini dan insyaAllah esok akan habiskan lagi 23 aktiviti Kindness. Terima kasih kepada yang menaja! :)
p/s Ikuti episod 2 di sini. dan episod 3 di sini.
p/s Ikuti episod 2 di sini. dan episod 3 di sini.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment