Sumbangan dari pelajar-pelajar UiTM kursus pengurusan acara, kelas Euphoria Event |
Pada 5 Mei 2012 baru-baru ini, Muslim Aid dengan kerjasama pelajar jurusan pengurusan acara (event management), UiTM Puncak Alam telah mengadakan sebuah lagi program kebajikan untuk anak-anak yatim yang diberi nama “A Mile for a Smile”. Program yang bertempat di Taman Metropolitan Kepong ini merupakan program berjalan sambil beramal sejauh 3 km ini telah bermula seawal pukul 7:30 pagi dan berakhir pada pukul 12:30 tengah hari dan telah mensasarkan seramai hampir 500 orang telah hadir pada hari tersebut. Program yang diadakan ini merupakan program yang bertujuan menaja dan memberi peluang kepada anak yatim untuk berhibur disamping menjaga kesihatan dengan aktiviti berjalan kaki ini. Sebanyak 3 buah rumah anak-anak yatim yang telah ditaja sepenuhnya iaitu rumah anak yatim Al Barakh,Madrasah Hashimiah dan warga komuniti pelariaan Somali.
peserta dari anak-anak yatim Madrasah Hashimiah |
Peserta mengambil 'goodie bag' |
Program Euphoria ini merupakan program yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar UiTM bermula dari perancangan, penyusunan,pengaturacara dan lain-lain untuk mengumpul dana bagi tabung pendidikan anak-anak yatim dengan kerjasama pihak Muslim Aid. Semua kutipan akan diberikan kepada pihak Muslim Aid untuk disalurkan kepada rumah anak-anak yatim bagi tujuan program pendidikan seperti kelas tuisyen, komputer dan lain-lain lagi. Muslim Aid yang juga sebuah badan bukan politik, telah banyak melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bertujuan ke arah agenda keamanan, pembangunan sosioekonomi secara mampan dan program kemantapan komuniti bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan ke pringkat antarabangsa.
peserta dari orang ramai |
Pada hari program ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan selain aktiviti utama antaranya aktiviti senam robik, cabutan bertuah,pertunjukan nyanyian dari pelajar UiTM, “Chicken dance dan pertunjukan hiburan untuk menghiburkan semua yang telah hadir. Selain dari itu, jelas tergambar kegembiraan di raut wajah anak-anak yatim ini kerana mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini. Hal ini jelas terbukti apabila mereka adalah antara peserta yang paling awal tiba di garisan penamat dan masing-masing telah bersemangat kerana telah mendapat sijil penyertaan dan minuman percuma. Aktiviti cabutan bertuah sememangnya telah dinanti-nantikan oleh anak-anak yatim ini kerana ada diantara anak-anak yatim ini mendapat cabutan bertuah meloncat kegembiraan hingga jelas terpancar senyuman di bibir mereka sebagai tanda terima kasih. Selain itu, para peserta yang hadir juga telah diberikan “Goodie bag” pada akhir program sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.
pelajar UiTM bersama sukarelawan |
Pengarah program “A Mile for a Smile”, Norelyana Binti Ya'cob, beliau berkata “walaupun sedikit gerimis pada hari itu, namun jelas terpancar kegembiraan di hati semua yang hadir kerana mereka tetap tidak berganjak dari tempat program dan merasa terhibur dengan aktiviti yang telah disediakan . Menurut beliau lagi, program yang diadakan ini merupakan satu platform kepada beliau dan rakan-rakan lain untuk menimba pengalaman dalam mengendalikan program amal sebegini disamping dapat melatih mereka sebagai golongan belia dengan mengambil inisiatif mengadakan program ini demi membantu golongan yang memerlukan ini. Hal ini jelas terbukti apabila beliau dan rakan-rakan lain telah bertungkus lumus mengatur dan mengelola aktiviti sepanjang berlansungnya program ini”.
Menurut ketua pembangunan program Muslim Aid pula, Encik Muhammad Bin Kamarulazizi, “Program “A Mile for a Smile” yang telah berlansung ini merupakan sebuah program terbuka bagi menggalakkan masyarakat agar perihatin dalam membantu golongan yang memerlukan tidak kira agama,warna kulit,dan bangsa. Tambah beliau lagi, program seumpama ini sangat wajar untuk diadakan kerana bukan sahaja dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim malahan masyarakat disekeliling dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan golongan yang sememangnya memerlukan perhatian dan kasih sayang dari semua pihak. Beliau juga berbangga kerana dengan semangat dan sifat keperihatinan dari pelajar UiTM Puncak Alam ini, maka program amal ini telah berjalan dengan lancarnya. Selain itu, beliau juga tidak lepas mengucapkan infiniti ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sempena program amal ini kerana sudi meluangkan masa,tenaga dan juga wang ringgit kerana dapat memberi peluang demi membantu anak-anak yatim melibatkan diri dalam program sebegini”.
Muhammad
0 comments:
Post a Comment