About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Saturday, March 14, 2009

ASDAF johan Kejohanan Futsal Amal Badan Kebajikan Siti Khadijah 2009


Lokasi: Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam
Tarikh: 14 Mac 09
Masa: 8am-4pm

Pagi tadi berlangsungnya pertandingan Futsal Piala Siti Khadijah antara rumah-rumah kebajikan di KL dan Selangor. Pertandingan futsal ini melibatkan 15 rumah kebajikan dari pelbagai kaum. 36 pasukan futsal berentap untuk merebut kejuaraan kali pertama. Pertandingan ini bakal menjadi acara tahunan untuk setiap rumah kebajikan di KL dan Selangor.

Pasukan ASDAF A dan B telah berlatih setiap petang sejak sebulan yang lalu untuk pertandingan futsal ini. Adakala saya teringat setiap kali latihan, saya akan marah dan menjerit. Ada masanya anak-anak ASDAF ini kurang menepati masa untuk turun latihan, biasanya jam 5.30-6.30 petang. Dan salah satu syarat untuk bermain dengan pasukan ASDAF ialah pemain mesti sentiasa berada di surau apabila masuknya waktu solat.

36 pasukan dari 15 rumah kebajikan

Setiap pemain ASDAF telah mendapat tajaan kasut, stokin dan jersi dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sumbangan tajaan telah dilakukan berkonsepkan sepasang kasut futsal untuk seorang pemain ASDAF dan alhamdulillah, 14 anak ASDAF telah mendapat tajaan kasut futsal dari rakan-rakan serta individu-individu yang amat bermurah hati hanya dalam masa seminggu sahaja.

Seminggu sebelum pertandingan futsal, pasukan ASDAF A dan B telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sukarelawan Muslim Aid di Kompleks Sukan Bangsar. Padang futsal juga telah ditaja oleh seorang rakan. Pemain-pemain dapat merasakan suasana bermain futsal selama tiga jam. Dua hari sebelum pertandingan, setiap pemain ASDAF telah diberi vitamin C supaya dapat menguatkan antibodi badan. Hal ini untuk mengelakkan daripada demam dan selsema. Lagi-lagi pada musim hujan sekarang. Vitamin C ini juga telah ditaja oleh rakan sukarelawan yang prihatin.

ASDAF A dan Team Purelife

ASDAF A selaku juara

Sebelum pertandingan pagi tadi, setiap pemain diberi vitamin C lagi dan seulas pisang untuk tenaga. Pertandingan bermula diperingkat kumpulan dimana pasukan ASDAF A telah menjadi naib johan kumpulan dan telah layak untuk pusingan kedua. Manakala ASDAF B pula terkandas diperingkat kumpulan apabila hanya sekadar 2 seri dan 1 kalah. Pasukan ASDAF A berjaya meneruskan permainan hingga pusingan kedua menewaskan pasukan Purelife B (rumah kebajikan Cina dan India) 4-1, di suku akhir menewaskan Peyakin C 2-0, di separuh akhir menewaskan Harapan Ikhlas (rumah kebajikan India) dan di akhir menewaskan Darul Kifayah C 2-2 selepas penalti 3-2. ASDAF merangkul kejuaraan dan telah menerima hadiah RM1000, sebuah piala, medal dan hamper.



Kini ASDAF A memegang status sebagai juara bertahan. Dan insyaAllah akan kembali pada tahun hadapan!

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengurus Pasukan ASDAF A dan B

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...