Lokasi: ASDAF
Tarikh: 1 Mac 09
Masa: 3pm
Alhamdulillah semalam saya berkesempatan untuk ke ASDAF untuk berjumpa dengan sukarelawan dari UIA yang ingin membuat program di ASDAF. Saya telah membawa sekali game board Sahibba (Scrabble) yang telah ditaja oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) untuk anak-anak ASDAF latih penggunaan perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Anak-anak ASDAF ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, kerana mereka mempunyai bahasa ibunda tersendiri iaitu bahasa Semai dan bahasa Termiar. Dengan menggunakan permainan Sahibba ini, dapatlah anak-anak ASDAF ini melatih lagi penggunaan perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
1 comments:
wah..best kanak2 asdaf ni main sahibba.sudah lama saya x main sahibba ni..main ketika sekolah rendah je,sungguh seronok!..
Post a Comment