Bersempena dengan bulan November yang juga bulan kebaikan (Kindness Month), Kindness Dot My (Kindness) kembali dengan satu lagi aktiviti iaitu Projek Menconteng Batu (Wordrocks) bersama anak-anak yatim dan miskin dari Madrasah Hashimiah. Sukarelawan dari ICelebrate turut sekali memeriahkan suasana. Projek ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak pelarian ini menunjuk bakat mereka dalam seni.
peralatan untuk melukis |
masing-masing tekun dengan kreativiti tersendiri |
anak-anak Hashimiah teruja |
setiap batu dikeringkan menggunakan pengering rambut |
anak-anak sukarelawan juga turut serta |
Lebih lima beg batu sungai telah dibawa dan alat-alat lukisan seperti cat mural, berus lukisan, pen marker dan cat spray dibawa oleh sukarelawan Kindness. Hampir tiga puluh orang warga Hashimiah menunjukkan bakat seni mereka dan semua kelihatan sangat gembira kerana ada yang pertama menggunakan berus lukisan.
Setiap batu yang siap dihias akan diletakkan di lokasi-lokasi umum. Tujuannya sangat mudah, untuk memberi semangat dan senyuman kepada orang ramai. Beberapa kata-kata perangsang telah ditulis pada batu-batu yang dihasilkan.
sukarelawan dari ICelebrate turut memeriahkan suasana |
aiskrim untuk semua! |
hasil anak-anak Hashimiah |
sesi bergambar bersama anak-anak Hashimiah |
Pihak Kindness mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu dan tidak lupa juga kepada penaja yang telah menaja barang-barang lukisan ini. Projek berunsur seni ini bakal dijadikan acara bulanan di Madrasah Hashimiah pada masa akan datang.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment