About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, October 5, 2012

Misi Kemanusiaan di Myanmar

 
 
Saya baru-baru ini berpeluang untuk ke negeri Arakan (Rakhine, Myanmar) yang majoriti masyarakatnya adalah warga Rohingya. Konflik kali ini yang melibatkan komuniti Rohingya dan Rakhine ini sudah mula terkawal tetapi masih tidak selamat sepenuhnya. Saya telah mendapat kesempatan untuk masuk ke Sitwee (ibu negeri Rakhine) yang ditadbir sepenuhnya oleh masyarakat Rakhine sendiri. Ketika ini warga Rohingya tidak dibenarkan keluar dari kampung atau kem pelarian mereka tanpa permit yang sah dari kerajaan negeri.
Apabila kami tiba di Sitwee, kami terus ke pejabat kerajaan negeri dan bertemu dengan salah seorang menteri di sana. Hasil perbincangan dengn tuan menteri, mereka telah membenarkan Muslim Aid (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia) untuk menghantar bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan kepada mereka yang memerlukan di Rakhine tidak kira warga Rohingya atau Rakhine sendiri. Pengiktiran dan kebenaran ini cukup bermakna kerana bantuan untuk disampaikan ini agak sukar dan amat perlu memahami kehendak kerajaan negeri dan masyarakat Rakhine itu sendiri.
InsyaAllah lebih banyak bantuan akan disalurkan kepada saudara kita di Rakhine, dan saya amat berterima kasih juga kepada wakil-wakil Malaysian Relief Agency (MRA) yang banyak memberi nasihat untuk misi kemanusiaan ini. Program bantuan selanjutnya akan digerakkan dengan kerjasama MRA.
 
keadaan kemyang basah dan berlumpur

sebuah rumah (bilik) memuatkan antara 10 ke 15 penghuni

tandas

bangunan sekolah yang dijadikan kem


Pengiraan asas untuk bantuan beras adalah seperti berikut. Kami memerlukan sekurang-kurangnya USD2000 untuk membeli 100 kampit beras (berat antara 10-12kg) untuk diberikan kepada sebuah kampung atau sebuah kem yang mempunyai antara 5000 hingga 8000 orang. Jumlah USD2000 ini dapat menampung keperluan beras untuk sehari bagi sebuah kampung. Kepada yang ingin menyalurkan sumbangan anda, boleh salurkan ke akaun CIMB 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila email atau faks kan butiran transaksi beserta dengan nama, alamat dan no telefon ke mail@muslimaid.org.my atau 03-2288 1966. Setiap sumbangan akan diberikan resit pengecualian cukai (Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.6487, Tarikh Kuatkuasa 15.01.2009)
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya terus di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...