20 May 2008, jan 10.15 pagi, saya menerima panggilan dari Kedutaan Myanmar, mengatakan saya menerima jemputan untuk ke Myanmar untuk berbincang bersama Menteri Luar Negara Myanmar. Menurut kedutaan Myanmar, hanya tiga oang individu sahaja dipilih dari setiap negara untuk menghadiri diskusi tersebut. Saya bersyukur kerana dipilih untuk menyertai delegasi ini.
Saya perlu report di Myanmar tengahari 21 May, terpaksa saya cepat2 sediakan dokumen dan booking tiket flight terus ke Yangon dari KLIA. Dengan sokongan dan bantuan dari rakan sekerja seperti Ilham, Amir, Ida dan bos saya, encik Wan, dapat selesaikan kesemua keperluan yang diperlukan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang wang untuk membeli Oral Rehydration Salt (ORS) yang akan diberikan kepada mangsa taufan Nargis. Terima kasih kepada mak saya, Sangdiva dari Team Hyundai Malaysia, Tekong dari Flavert, Apit dari Pesona Senifoto, Anep dari UM, Ainie dari UIA dan semua yang secara ikhlas telah menghulurkan sedikit bantuan yang bakal menggembirakan mangsa-mangsa taufan Nargis ini. Semoga Allah murahkan rezeki dan berkati hidup kalian, insyaAllah.
Doakan saya selamat pergi dan pulang ke Tanah Air.
Info
Masa Flight: 11.15 am (21 May 2008)
Tarikh Pulang: 12.15pm (26 May 2008)
Penerbangan: MAS
Wassalam
-Muhammad-
1 comments:
salam alaik..
alhamdulillah.. enta termasuk antara 3 org yg terpilih untuk membantu saudara2 kat Myanmar.. moga enta selamat untuk pulang ke Malaysia. insya Allah moga Allah memberkati perjalanan enta..
Post a Comment