About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, May 27, 2008

Bantuan Muslim Aid untuk Mangsa Taufan Nargis di Myanmar

mangsa Nargis

Alhamdulillah, hasil sumbangan dari orang ramai di Malaysia dan seluruh dunia, Muslim Aid berjaya menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa Taufan Nargis di Myanmar. Bantuan diberikan dalam bentuk sistem pembersihan air (Water Purification System) yang mampu menghasilkan lebih kurang 30L air bersih dalam masa seminit, tablet-tablet air, ubat-ubatan seperti ors, makanan dan utensils.


Sistem Pembersihan Air yang sedang digunakan

latihan diberikan kepada orang ramai tentang cara menggunakan sistem pembersihan air

Buat masa kini, kerajaan Myanmar tidak membenarkan bantuan asing untuk terus ke lokasi mangsa di Delta Irrawady. Hanya pihak Junta atau NGO tempatan sahaja yang dibenarkan ke Delta Irrawady. Oleh yang demikian, Muslim Aid telah bekerjasama dengan NGO dari US yang mempunyai pejabat di Myanmar iaitu ADRA (Adventist Development and Relief Agency). ADRA menyediakan pekerja-pekerja yang terdiri daripada rakyat Myanmar sendiri, yang dapat membawa alat-alat bantuan ke lokasi yang lebih dalam di Delta Irrawady seperti Labutta dan Myaungmya. Lebih kurang 12 000 orang berjaya dibantu di sana.

Bersama team ADRA

makanan dan utensils yang siap dibungkus do CMRF

Muslim Aid dan CRMF bersama menghulurkan bantuan

Muslim Aid juga bekerjasama dengan lagi sebuah NGO tempatan Myanmar iaitu CMRF (Cholia Muslim Religious Fund Trust). Bersama CMRF, 500 bungkusan makanan dan utensils dapat disalurkan kepada mangsa Nargis.

Sumbangan ORS dari rakyat Malaysia melalui Muslim Aid Asia



InsyaAllah, Muslim Aid akan terus membantu mangsa-mangsa Nargis di Myanmar. Bentuk sumbangan yang akan dihantar dari Malaysia, ialah berbentuk garam ORS, yang digunakan untuk mangsa-mangsa yang mengalami keracunan makanan, cirit-birit dan muntah. Sumbangan boleh disalurkan melalui Muslim Aid Asia samada dalam bentuk paket ORS atau dalam bentuk wang tunai dan cek. Pada yang ingin menyumbang, boleh terus hubungi pejabat Muslim Aid Asia di talian 03-22881996.

-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

p/s gambar lagi di sini

1 comments:

mat,
tahniah..hebat betul..dapat memberi sumbangan secara terus..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...