About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Bantuan. Show all posts
Showing posts with label Bantuan. Show all posts

Wednesday, April 1, 2015

Projek Semporna untuk Mangsa Kebakaran Kampung Bangau-Bangau


Semporna, sebuah kawasan yang terkenal dengan peranginan seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Baru-baru ini dikejutkan dengan kebakaran yang telah memusnahkan lebih 250 buah rumah di Kampung Bangau-bangau. Dijangka lebih dari 300 buah keluarga menjadi mangsa hilangnya tempat tinggal serta barang-barang lain musnah. Lokasi kampung ini yang terletak di tepi pantai dengan angin yang kuat telah menyebabkan rumah-rumah ini pantas disambar api.

orang kampung hanya dapat melihat rumah dijilat api


hanya tinggal kayu rangka

tiada lagi yang tinggal

Pihak Kindness Dot My (Kindness) mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak mangsa kebakaran ini dengan memberikan beg sekolah bagi memudahkan anak-anak mangsa ini meneruskan pembelajaran seperti biasa. Pada orang ramai yang ingin menaja beg sekolah untuk mangsa-mangsa kebakaran ini boleh lakukannya ke akaun Maybank di 514057664892 atas nama Kindness Dot My. Email butiran di support@kindness.my dan nyatakan tajaan untuk Projek Semporna. Sebuah beg berharga RM30 dan akan diuruskan sepenuhnya oleh Projek Koordinator Kindness yang Kota Kinabalu, iaitu Encik Abdullah Hashim.

Semoga dengan bantuan kecil ini dapat meringankan beban keluarga mangsa kebakaran di sana. Amin.

*gambar diperoleh dari Projek Koordinator Kindness Sabah

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Tuesday, May 27, 2008

Bantuan Muslim Aid untuk Mangsa Taufan Nargis di Myanmar

mangsa Nargis

Alhamdulillah, hasil sumbangan dari orang ramai di Malaysia dan seluruh dunia, Muslim Aid berjaya menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa Taufan Nargis di Myanmar. Bantuan diberikan dalam bentuk sistem pembersihan air (Water Purification System) yang mampu menghasilkan lebih kurang 30L air bersih dalam masa seminit, tablet-tablet air, ubat-ubatan seperti ors, makanan dan utensils.


Sistem Pembersihan Air yang sedang digunakan

latihan diberikan kepada orang ramai tentang cara menggunakan sistem pembersihan air

Buat masa kini, kerajaan Myanmar tidak membenarkan bantuan asing untuk terus ke lokasi mangsa di Delta Irrawady. Hanya pihak Junta atau NGO tempatan sahaja yang dibenarkan ke Delta Irrawady. Oleh yang demikian, Muslim Aid telah bekerjasama dengan NGO dari US yang mempunyai pejabat di Myanmar iaitu ADRA (Adventist Development and Relief Agency). ADRA menyediakan pekerja-pekerja yang terdiri daripada rakyat Myanmar sendiri, yang dapat membawa alat-alat bantuan ke lokasi yang lebih dalam di Delta Irrawady seperti Labutta dan Myaungmya. Lebih kurang 12 000 orang berjaya dibantu di sana.

Bersama team ADRA

makanan dan utensils yang siap dibungkus do CMRF

Muslim Aid dan CRMF bersama menghulurkan bantuan

Muslim Aid juga bekerjasama dengan lagi sebuah NGO tempatan Myanmar iaitu CMRF (Cholia Muslim Religious Fund Trust). Bersama CMRF, 500 bungkusan makanan dan utensils dapat disalurkan kepada mangsa Nargis.

Sumbangan ORS dari rakyat Malaysia melalui Muslim Aid Asia



InsyaAllah, Muslim Aid akan terus membantu mangsa-mangsa Nargis di Myanmar. Bentuk sumbangan yang akan dihantar dari Malaysia, ialah berbentuk garam ORS, yang digunakan untuk mangsa-mangsa yang mengalami keracunan makanan, cirit-birit dan muntah. Sumbangan boleh disalurkan melalui Muslim Aid Asia samada dalam bentuk paket ORS atau dalam bentuk wang tunai dan cek. Pada yang ingin menyumbang, boleh terus hubungi pejabat Muslim Aid Asia di talian 03-22881996.

-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

p/s gambar lagi di sini

Saturday, April 19, 2008

Ziarah ke rumah Anak Yatim ASDAF


Pagi ini, kami Muslim Aid Asia bersama beberapa insan pemurah melawat Rumah Anak Yatim ASDAF di Bukit Persekutuan. Rakan2 lama bos saya munyumbang barang berbentuk toiletries untuk anak2 yatim ini. Pihak Muslim Aid Asia pula menyumbang daging2 qurban dalam tin, buku2 sekolah dan pakaian kepada mereka.

bersama sebahagian anak2 yatim

Anak2 yatim di sini majoritinya terdiri daripada orang asli yang ibu bapanya baru sahaja memeluk agama Islam. Ramai anak2 yatim ini datang dari Cameron Highland, Sg Siput dan Kuala Lipis.
di dewan makan

Terdapat lebih kurang 60 anak2 yatim, berumur dari 8 tahun hingga 17 tahun. 6 orang sepenuh masa bekerja untuk menjaga kebajikan anak2 yatim ini.

di dorm mereka

anak yg sedang tidur

mereka yang telah menyumbang

Menurut pengetua di sini, Ustaz Hasmadi, kebanyakan anak2 yatim ini mempunyai keyakinan diri yang rendah, salah satu sebabnya mereka tiada ibu bapa, dan sebab keduanya mereka dari orang asli. InsyaAllah bulan depan pihak Muslim Aid Asia akan merancang untuk mengadakan kem motivasi untuk anak2 yatim ini. Pada yang ingin menyumbang tenaga atau wang, boleh hubungi Muslim Aid Asia di 03-2288 1996. Dan pada yang ingin menyumbang kepada Rumah Anak Yatim ASDAF ini, boleh hubungi pengetuanya di 013-6764193

-Muhammad-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...