About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, May 4, 2008

Program Bersama Pelajar Perubatan USM

Semalam, 3 May 2008, kami dari Muslim Aid Asia terlibat bersama dengan Pelajar Perubatan (kump 4a) USM Kubang Kerian dalam program Humanitarian and Rehabilitation untuk pesakit-pesakit Cerebral Palsy. Program ini dilangsungkan di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK).


Shad dan Am bersedia untuk slot motivasi ibu bapa

ibu bapa yang tabah dan penuh semangat

Kami dijemput untuk mengisi slot motivasi bersama ibu bapa yang anaknya merupakan pesakit Cerebral Palsy. Kami menggunakan approach dalam bentuk mass, supaya dapat interaksi bersama dengan ibu bapa dengan lebih berkesan. Harapan kami, dengan motivasi seperti ini, dapatlah ibu bapa lebih tabah dan berkeyakinan untuk membimbing dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak mereka yang mengidap Cerebral Palsy.

pelajar-pelajar perubatan USM bersama ibu bapa dan anak Cerebral Palsy




Slot seterusnya, ibu bapa telah diajar cara-cara yang betul untuk menguruskan anak-anak istimewa ini. Program sebegini sememangnya dinanti-nantikan oleh ibu bapa yang selama ini penat lelah mendidik serta menjaga anak Cerebral Palsy ini.

Penyampaian bantuan kepada ibu bapa

Slot terakhir merupakan penyampaian bantuan kepada keluarga Cerebral Palsy. Kumpulan 4a pelajar-pelajar perubatan USM dengan usaha gigih telah menyumbangkan lampin pakai buang seperti Drypers, bola senaman, poster bantuan mengajar dan wang kepada ibu bapa ini.

Pelajar perubatan USM menyumbangkan daging qurban tin kepada ibu bapa

Pihak Muslim Aid pula menyampaikan sedikit sumbangan kecil dalam bentuk daging qurban tin kepada keluarga tersebut.
Zaim (blakang) selaku pengarah program

Semoga dengan usaha murni pelajar-pelajar perubatan kump 4a USM ini mendapat keberkatan Allah Taala, insyaAllah.

Boleh dapatkan report program di sini
Download Report

lepas habis program, kami hantar 1 family pulang ke rumah. kena naik bot! sambungannya di sini

-Muhammad-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...