About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, October 29, 2016

Hanya 3 Saat untuk Cetuskan Kesenangan Hati


Akhir-akhir ini saya mengaku yang terlalu banyak perkara yang berlaku dan membuatkan diri saya kurang semangat. Dari tugasan harian hingga ke perkara-perkara yang saya suka lakukan mendapat kesan. Saya juga risau jika orang sekeliling saya juga terkesan. Saya mula rasa seperti tidak enjoy dengan apa yang saya lakukan selama ini. Ada yang mengatakan ini adalah depression. Saya risau dan saya perlu lakukan sesuatu. Saya perlu refresh. Saya mahu kembali bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan. Saya nak back on track!

Setiap hari saya akan baca artikel-artikel yang positif supaya saya dapat tune kembali pemikiran saya. Saya cuba untuk elak dari berfikir hal-hal yang negatif. Saya ambil kesempatan untuk ke Pulau Pinang untuk urusan kerja dan pada masa yang sama saya dapat pulang ke kampung orang tua saya. Saya nak guna peluang ini untuk rehatkan diri dan minda. Saya mahu keluar dari rutin seharian saya.

Di kampung, saya banyak menghabiskan masa membaca. Baca artikel, journal atau buku non fiction. Saya dapat satu ilham untuk buatkan diri rasa senang hati. Mudah sahaja dalam 3 saat. Contohnya kita selalu dapat rasakan nikmat yang mudah. Contohnya, bila berpeluh, kita capai kertas dan mula mengipas, angin yang buatkan diri rasa sejuk itu adalah nikmat. Nikmat yang sebentar inilah harus kita syukuri. Ucap alhamdulillah dan hati akan rasa senang. Saya mencuba lagi, kita akan secara automatik capai air bila kita rasa seperti hendak minum. Kelegaan apabila air melalui tekak kita itu adalah nikmat yang sebentar. Ucap alhamdulillah dan secara tidak sedar saya akan tersenyum. Dapat drive jumpa dengan mak ayah, terus ucap alhamdulillah. Duduk drive dalam kereta, rasa selesa kerana engin lancar, terus ucap alhamdulillah. Kereta dapat maintain 110km/h di highway, terus ucap alhamdulillah. Semua ini nikmat yang kita tidak sedar. Nikmat yang diberikanNya yang kita selalu terlepas pandang.

Ucapan alhamdulillah untuk nikmat yang singkat ini melatih diri saya untuk bersyukur. Walau dalam keadaaan stress, atau tegang, bila dipraktikkannya, diri akan rasa senang hati. Bila banyak kali lakukan, rasa senang hati akan mula bersulam dengan rasa sebak, kerana kita dapat rasakan yang Allah masih sayangkan kita.

Semua orang boleh latih, senaman syukur 3 saat ini. Hanya dengan 3 langkah. Rasa, nikmat dan ucap. Setiap nikmat yang dirasakan ini kita cepat-cepat ucap alhamdulillah. Nikmat yang diberikan olehNya. Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya terapi mudah untuk mencapai ketenangan jiwa, insyaAllah.

Artikel ini telah dimuatnaik di The Vocket.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Tuesday, September 9, 2014

Program Motivasi Kindness Bersama SMK Taman Tuanku Jaafar


Aktiviti Kindness Dot My (Kindness) kini berkembang ke peringkat sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar (SMKTTJ) telah menjemput pihak Kindness untuk adakan Program Motivasi Kindness baru-baru ini. Program sehari ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dikalangan para pelajar. Lebih 50 orang pelajar telah terlibat dengan program kali ini yang menyentuh pelbagai aktiviti serta modul kindness.

fasilitator berkongsi pengalaman

pelajar-pelajar SMKTTJ yang terpilih untuk mengikuti Program Motivasi Kindness

bimbingan daripada fasilitator

Menurut Pengetua Cemerlang SMKTTJ, Cikgu Omar Ahmad, penerapan nilai-nilai murni atau kindness ini perlu dilakukan sejak dibangku sekolah. Disamping pembelajaran di sekolah, keinginan untuk melakukan perkara-perkara yang baik juga perlu disemai agar pelajar-pelajar dapat memupuk sifat "kindness" dalam diri mereka. SMKTTJ bakal menandatangani MOU bersama dengan pihak Kindness bagi membantu dan menyemai nilai-nilai murni dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Pihak Kindness akan bertanggungjawab untuk merangka modul serta menggerakan persatuan di SMKTTJ dibawah Badan Dakwah dan Tarbiah (BADAR).

barisan fasilitator yang terdiri daripada tenaga muda profesional

perbentangan idea kindness

hasil dari brainstorming untuk idea aktiviti kindness di peringkat sekolah

Kerjasama diantara SMKTTJ dan Kindness ini merupakan titik tolak yang pertama dalam menyebarkan dan memberi inspirasi kepada para pelajar bermula di peringkat sekolah. Bagi pihak sekolah atau ipt yang berminat untuk kami anjurkan program sebegini, boleh emailkan terus ke support@kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
0183800961
www.facebook.com/kindness.my

Monday, April 1, 2013

Kem Motivasi dan Jati Diri Bersama Anak Yatim





Alhamdulillah, selesai sudah sebuah Kem Motivasi dan Jati Diri bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan dan Madrasah Hashimiah. Kem kali ini yang dianjurkan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) melibatkan lebih dua puluh orang anak yatim dan telah berlangsung selama dua hari satu di Dr. Camp Hulu Langat.

adik dari Rumah Ar Rayyan memberi perbentangan


aktiviti sukaneka

latihan dalam kumpulan

pemasangan khemah

anak-anak yatim dan pelarian

peserta dan sukarelawan

aktiviti berhalangan

berenang dalam lumpur

meningkatkan jati diri

pemberian hadiah oleh penaja

aktiviti terkakhir, mandi sungai!
 Kem ini bertujuan untuk meningkatkan jati diri serta semangat anak-anak yatim bagi menjalani kehidupan seharian mereka. Lebih sepuluh orang sukarelawan turut hadir dari Kindness.my, Subang Helps Everyone dan Volunteer Malaysia. InsyaAllah lebih banyak program akan dijalankan bagi memberi manfaat kepada anak-anak yatim serta kanak-kanak yang memerlukan.


Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, March 22, 2011

Peringkat Akal Manusia

Baru ini saya telah meluangkan masa dengan anak-anak ASDAF di asrama mereka sempena cuti sekolah selama seminggu. Selepas selesai pertandingan futsal, Muslim Aid telah menawarkan aktiviti terbaru di ASDAF di mana anak-anak ASDAF berpeluang untuk keluar 'outing' dengan syarat mereka tidak ponteng sekolah, turun solat lima waktu, rajin dan berdisiplin. Secara kesuluruhannya adalah untuk memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak ASDAF untuk terus berjaya.

Salah seorang anak ASDAF iaitu adik Afiq agak rapat dengan saya. Afiq telah dipilih untuk menjadi ketua pelajar di ASDAF dan perlu menjadi contoh kepada penghuni ASDAF yang lain. Setiap kali berjumpa dengan Afiq, dia akan luahkan rasa kesal terhadap prestasi dirinya yang kian merosot dari hari ke hari. Katanya, pelajarannya juga sedikit merosot walaupun sudah masuk ke kelas yang pandai awal tahun ini di sekolah. Katanya lagi dia lebih kerap tidur pada waktu prep dan hujung minggu. Perkara sebegini sudah berkali-kali saya dengar dan merupakan masalahnya yang sama sahaja.

Di sini saya mendapat ilham, untuk bantu motivasikan adik Afiq. Saya cuba menyatakan kepadanya dengan cara paling ringkas. Manusia ini sebenarnya berada dalam empat fasa.

Fasa pertama: Memikirkan tentang masalah
Fasa kedua: Memikirkan tentang idea-idea yang boleh selesaikan masalah
Fasa ketiga: Merealisasikan idea yang sesuai untuk selesaikan masalah
Fasa keempat: Secara berterusan (istiqomah) dalam penambahbaikan
(theory matasura)

Saya terangkan kepada Afiq, kebanyakan manusia hanya mampu berada di fasa pertama sahaja. Ada orang yang setiasa memikirkan tentang masalah dan kesan-kesan masalah sehingga menyebabkan diri sendiri menjadi murung. Tidak salah untuk kita fikirkan tentang masalah atau punca masalah tersebut. Namun begitu perlu disusuli ke fasa kedua di mana kita fikirkan tentang idea untuk selesaikan masalah tersebut. Ramai juga manusia yang hanya mampu beralih dari fasa pertama ke fasa kedua. Kita berkongsi idea untuk selesaikan masalah, kita adakan diskusi, 'brainstorming' malahan golongan-golongan dari profesional dan pemimpin juga sentiasa mengeluarkan idea-idea yang bernas. Adakala kita boleh lihat di kedai kopi, malahan di laman Facebook, ramai dikalangan kita yang mengeluh tentang masalah, namun ramai juga yang memberi idea-idea yang bernas untuk selesaikan masalah.

Namun begitu, kebolehan untuk ke fasa ketiga ini yang mula membezakan keupayaan individu yang hanya mampu berada di fasa pertama dan kedua. Fasa ketiga ini agak sukar, tetapi perlu diiringi dengan kesabaran yang tinggi. Sebagai seorang Muslim,di sini kita perlu selingkan dengan doa. Doa agar dipermudahkan, agar berjaya di dunia dan akhirat. Di sini saya terangkan kepada adik Afiq, peringkat ketiga ini antara mahu atau tidak mahu. Bak kata pepatah Melayu,

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Mahukah kita menjadi seperti seseorang yang memberi hujah bertalu-talu, meluahkan rasa benci atau kesal terhadap sesuatu masalah, namun bila diajak untuk memperbetulkannya, pelbagai alasan akan timbul. Alasan yang popular seperti "tiada masa, tak cukup duit, tak mampu buat sorang-sorang, mereka itu tak pernah faham ke?"

Peringkat fasa ketiga ini merangkumi aspek perancangan yang teliti. Selepas meneliti fasa pertama dan kedua, idea terbaik dipilih dan dirangkakan. Bagi adik Afiq, Afiq sudah gariskan masalahnya iaitu prestasi diri sedikit merosot. Dalam fasa kedua, Afiq menggariskan beberapa idea yang sesuai untuk meningkatkan prestasi diri. Afiq sedar dengan meningkatkan prestasi diri, secara tidak langsung Afiq dapat meningkatkan tahap akademiknya dan juga disiplin. Berikut adalah perjalanan adik Afiq dari fasa pertama dan kedua

Fasa pertama: Masalahnya prestasi diri merosot (Memikirkan tentang masalah)
Fasa kedua: untuk tingkatkan prestasi diri, Afiq ingin fokus kepada peringkat asas (fikirkan idea untuk selesaikan masalah)

Afiq menggariskan 3 perkara (resolusi) yang mudah bagi Afiq lakukan
1- membaca al-quran sebelum Magrib
2- membaca doapada sujud terakhir
3- menyediakan air yasin setiap kali membaca yasin beramai-ramai pada setiap malam Jumaat

Rasulullah SAW bersabda
"Paling hampir tempat hamba dengan tuhannya ialah ketika ia sujud, maka perbanyakkanlah doa”.

[Sahih Muslim 3/29 no hadis 744]
Fasa ketiga: Melaksanakan idea di fasa kedua

Pada fasa pertama dan kedua ini, agak mudah. Kini adik Afiq sudah tahu apa yang perlu dilakukannya agar prestasi diri dapat diperbaiki. Afiq akan mulakan fasa ketiga yang merupakan cabaran yang paling utama. Untuk melakukan 3 perkara di atas nampak mudah, namun ia tidak semudah yang disangkakan kerana Afiq perlukan disiplin yang tinggi. Adik Afiq sudah mulakan fasa ketiga, walaupun adakala tertinggal, tapi ini memberi peluang kepada Afiq untuk terus berusaha agar dapat meningkatkan prestasi diri. Sebaiknya perlaksanaan peringkat fasa ketiga ini berterusan selagi boleh dan selepas ini barulah adik Afiq boleh melangkah ke fasa keempat dimana adik Afiq akan menambahbaikkan usaha (resolusi fasa kedua) yang dijalankan selama ini.

Hal ini sama juga dengan golongan dewasa seperti diri kita. Fasa ketiga ini tidak ramai yang dapat lakukannya. Sekiranya semua orang dapat laksanakan fasa ketiga dan keempat dengan mudah, maka negara kita malahan seluruh dunia akan menjadi tempat yang lebih baik. Bak kata Michael Jackson dalam lagunya Heal The World

"Heal the world, make it a better place..."
(Michael Jackson; Heal The World)

Sebelum melangkah ke fasa ketiga ini, bagi yang biasa dengan pengurusan atau jurusan kejuruteraan, pelbagai method diajar untuk merangkakan kaedah yang sesuai untuk selesaikan sesuatu masalah. Antara elemen atau kaedah yang biasa saya gunakan untuk merangka penyelesaian sesuatu masalah seperti Gantt Chart (carta Gantt), Mind Map, Fishbone Diagram, Logical Framework Approach dan SMART (specific, measurable, attainable, realistic & timely).

Allah berfirman

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat. Dan sesungguhnya hal itu memang amat berat, kecuali atas orang-orang yang khusyuk" (al-Baqarah ayat 25)

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah al-Ra‘d, ayat 11)

Dari sebuah masalah yang besar sehingga ke masalah yang kecil di rumah dapat diselesaikan sekiranya keempat-empat fasa ini dilalui dan dilaksanakan dengan baik. Tunjangnya setiap masalah itu perlu diselesaikan di peringkat akar umbi dan penyelesaiannya diselingkan dengan doa dan tawakkal. Sebaiknya, cubalah ambil inisiatif untuk melangkah ke fasa seterusnya. Sekiranya kita berada di fasa pertama, ingatlah yang kita masih ada fasa kedua. Setiap permasalahan ini mempunyai jalan penyelesaiannya. Dan apabila berada di fasa kedua, kuatkan diri untuk ke fasa ketiga. Sekiranya orang lain 'bergelumang' di fasa kedua, dan sudah mengutarakan pelbagai idea yang bernas, kita ambil inisiatif untuk langkah ke fasa ketiga. Ambil idea terbaik, dapatkan rakan-rakan yang boleh membantu, dan laksanakan fasa ketiga, atau kita sebut sebagai peringkat implementation. Bak kata seorang tokoh pendidikan Barat yang buta dan pekak

"Ideas without action are worthless...."
(Hellen Keler 1880-1968)
Apabila fasa ketiga dapat dilakukan dengan baik, kita langkah kefasa keempat iaitu penambahbaikan atau improvement. Percayalah, pada peringkat keempat inilah dimana seorang individu mencapai tahap kepuasan yang tinggi dan secara tidak langsung akan memberi kesan positif kepada mereka disekelilingnya terutama pada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Wallahualam.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, May 4, 2008

Program Bersama Pelajar Perubatan USM

Semalam, 3 May 2008, kami dari Muslim Aid Asia terlibat bersama dengan Pelajar Perubatan (kump 4a) USM Kubang Kerian dalam program Humanitarian and Rehabilitation untuk pesakit-pesakit Cerebral Palsy. Program ini dilangsungkan di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK).

Shad dan Am bersedia untuk slot motivasi ibu bapa

ibu bapa yang tabah dan penuh semangat

Kami dijemput untuk mengisi slot motivasi bersama ibu bapa yang anaknya merupakan pesakit Cerebral Palsy. Kami menggunakan approach dalam bentuk mass, supaya dapat interaksi bersama dengan ibu bapa dengan lebih berkesan. Harapan kami, dengan motivasi seperti ini, dapatlah ibu bapa lebih tabah dan berkeyakinan untuk membimbing dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak mereka yang mengidap Cerebral Palsy.

pelajar-pelajar perubatan USM bersama ibu bapa dan anak Cerebral Palsy




Slot seterusnya, ibu bapa telah diajar cara-cara yang betul untuk menguruskan anak-anak istimewa ini. Program sebegini sememangnya dinanti-nantikan oleh ibu bapa yang selama ini penat lelah mendidik serta menjaga anak Cerebral Palsy ini.

Penyampaian bantuan kepada ibu bapa

Slot terakhir merupakan penyampaian bantuan kepada keluarga Cerebral Palsy. Kumpulan 4a pelajar-pelajar perubatan USM dengan usaha gigih telah menyumbangkan lampin pakai buang seperti Drypers, bola senaman, poster bantuan mengajar dan wang kepada ibu bapa ini.

Pelajar perubatan USM menyumbangkan daging qurban tin kepada ibu bapa

Pihak Muslim Aid pula menyampaikan sedikit sumbangan kecil dalam bentuk daging qurban tin kepada keluarga tersebut.
Zaim (blakang) selaku pengarah program

Semoga dengan usaha murni pelajar-pelajar perubatan kump 4a USM ini mendapat keberkatan Allah Taala, insyaAllah.

Boleh dapatkan report program di sini
Download Report

lepas habis program, kami hantar 1 family pulang ke rumah. kena naik bot! sambungannya di sini

-Muhammad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...