About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, March 22, 2011

Peringkat Akal Manusia

Baru ini saya telah meluangkan masa dengan anak-anak ASDAF di asrama mereka sempena cuti sekolah selama seminggu. Selepas selesai pertandingan futsal, Muslim Aid telah menawarkan aktiviti terbaru di ASDAF di mana anak-anak ASDAF berpeluang untuk keluar 'outing' dengan syarat mereka tidak ponteng sekolah, turun solat lima waktu, rajin dan berdisiplin. Secara kesuluruhannya adalah untuk memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak ASDAF untuk terus berjaya.

Salah seorang anak ASDAF iaitu adik Afiq agak rapat dengan saya. Afiq telah dipilih untuk menjadi ketua pelajar di ASDAF dan perlu menjadi contoh kepada penghuni ASDAF yang lain. Setiap kali berjumpa dengan Afiq, dia akan luahkan rasa kesal terhadap prestasi dirinya yang kian merosot dari hari ke hari. Katanya, pelajarannya juga sedikit merosot walaupun sudah masuk ke kelas yang pandai awal tahun ini di sekolah. Katanya lagi dia lebih kerap tidur pada waktu prep dan hujung minggu. Perkara sebegini sudah berkali-kali saya dengar dan merupakan masalahnya yang sama sahaja.

Di sini saya mendapat ilham, untuk bantu motivasikan adik Afiq. Saya cuba menyatakan kepadanya dengan cara paling ringkas. Manusia ini sebenarnya berada dalam empat fasa.

Fasa pertama: Memikirkan tentang masalah
Fasa kedua: Memikirkan tentang idea-idea yang boleh selesaikan masalah
Fasa ketiga: Merealisasikan idea yang sesuai untuk selesaikan masalah
Fasa keempat: Secara berterusan (istiqomah) dalam penambahbaikan
(theory matasura)

Saya terangkan kepada Afiq, kebanyakan manusia hanya mampu berada di fasa pertama sahaja. Ada orang yang setiasa memikirkan tentang masalah dan kesan-kesan masalah sehingga menyebabkan diri sendiri menjadi murung. Tidak salah untuk kita fikirkan tentang masalah atau punca masalah tersebut. Namun begitu perlu disusuli ke fasa kedua di mana kita fikirkan tentang idea untuk selesaikan masalah tersebut. Ramai juga manusia yang hanya mampu beralih dari fasa pertama ke fasa kedua. Kita berkongsi idea untuk selesaikan masalah, kita adakan diskusi, 'brainstorming' malahan golongan-golongan dari profesional dan pemimpin juga sentiasa mengeluarkan idea-idea yang bernas. Adakala kita boleh lihat di kedai kopi, malahan di laman Facebook, ramai dikalangan kita yang mengeluh tentang masalah, namun ramai juga yang memberi idea-idea yang bernas untuk selesaikan masalah.

Namun begitu, kebolehan untuk ke fasa ketiga ini yang mula membezakan keupayaan individu yang hanya mampu berada di fasa pertama dan kedua. Fasa ketiga ini agak sukar, tetapi perlu diiringi dengan kesabaran yang tinggi. Sebagai seorang Muslim,di sini kita perlu selingkan dengan doa. Doa agar dipermudahkan, agar berjaya di dunia dan akhirat. Di sini saya terangkan kepada adik Afiq, peringkat ketiga ini antara mahu atau tidak mahu. Bak kata pepatah Melayu,

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Mahukah kita menjadi seperti seseorang yang memberi hujah bertalu-talu, meluahkan rasa benci atau kesal terhadap sesuatu masalah, namun bila diajak untuk memperbetulkannya, pelbagai alasan akan timbul. Alasan yang popular seperti "tiada masa, tak cukup duit, tak mampu buat sorang-sorang, mereka itu tak pernah faham ke?"

Peringkat fasa ketiga ini merangkumi aspek perancangan yang teliti. Selepas meneliti fasa pertama dan kedua, idea terbaik dipilih dan dirangkakan. Bagi adik Afiq, Afiq sudah gariskan masalahnya iaitu prestasi diri sedikit merosot. Dalam fasa kedua, Afiq menggariskan beberapa idea yang sesuai untuk meningkatkan prestasi diri. Afiq sedar dengan meningkatkan prestasi diri, secara tidak langsung Afiq dapat meningkatkan tahap akademiknya dan juga disiplin. Berikut adalah perjalanan adik Afiq dari fasa pertama dan kedua

Fasa pertama: Masalahnya prestasi diri merosot (Memikirkan tentang masalah)
Fasa kedua: untuk tingkatkan prestasi diri, Afiq ingin fokus kepada peringkat asas (fikirkan idea untuk selesaikan masalah)

Afiq menggariskan 3 perkara (resolusi) yang mudah bagi Afiq lakukan
1- membaca al-quran sebelum Magrib
2- membaca doapada sujud terakhir
3- menyediakan air yasin setiap kali membaca yasin beramai-ramai pada setiap malam Jumaat

Rasulullah SAW bersabda
"Paling hampir tempat hamba dengan tuhannya ialah ketika ia sujud, maka perbanyakkanlah doa”.

[Sahih Muslim 3/29 no hadis 744]
Fasa ketiga: Melaksanakan idea di fasa kedua

Pada fasa pertama dan kedua ini, agak mudah. Kini adik Afiq sudah tahu apa yang perlu dilakukannya agar prestasi diri dapat diperbaiki. Afiq akan mulakan fasa ketiga yang merupakan cabaran yang paling utama. Untuk melakukan 3 perkara di atas nampak mudah, namun ia tidak semudah yang disangkakan kerana Afiq perlukan disiplin yang tinggi. Adik Afiq sudah mulakan fasa ketiga, walaupun adakala tertinggal, tapi ini memberi peluang kepada Afiq untuk terus berusaha agar dapat meningkatkan prestasi diri. Sebaiknya perlaksanaan peringkat fasa ketiga ini berterusan selagi boleh dan selepas ini barulah adik Afiq boleh melangkah ke fasa keempat dimana adik Afiq akan menambahbaikkan usaha (resolusi fasa kedua) yang dijalankan selama ini.

Hal ini sama juga dengan golongan dewasa seperti diri kita. Fasa ketiga ini tidak ramai yang dapat lakukannya. Sekiranya semua orang dapat laksanakan fasa ketiga dan keempat dengan mudah, maka negara kita malahan seluruh dunia akan menjadi tempat yang lebih baik. Bak kata Michael Jackson dalam lagunya Heal The World

"Heal the world, make it a better place..."
(Michael Jackson; Heal The World)

Sebelum melangkah ke fasa ketiga ini, bagi yang biasa dengan pengurusan atau jurusan kejuruteraan, pelbagai method diajar untuk merangkakan kaedah yang sesuai untuk selesaikan sesuatu masalah. Antara elemen atau kaedah yang biasa saya gunakan untuk merangka penyelesaian sesuatu masalah seperti Gantt Chart (carta Gantt), Mind Map, Fishbone Diagram, Logical Framework Approach dan SMART (specific, measurable, attainable, realistic & timely).

Allah berfirman

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat. Dan sesungguhnya hal itu memang amat berat, kecuali atas orang-orang yang khusyuk" (al-Baqarah ayat 25)

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah al-Ra‘d, ayat 11)

Dari sebuah masalah yang besar sehingga ke masalah yang kecil di rumah dapat diselesaikan sekiranya keempat-empat fasa ini dilalui dan dilaksanakan dengan baik. Tunjangnya setiap masalah itu perlu diselesaikan di peringkat akar umbi dan penyelesaiannya diselingkan dengan doa dan tawakkal. Sebaiknya, cubalah ambil inisiatif untuk melangkah ke fasa seterusnya. Sekiranya kita berada di fasa pertama, ingatlah yang kita masih ada fasa kedua. Setiap permasalahan ini mempunyai jalan penyelesaiannya. Dan apabila berada di fasa kedua, kuatkan diri untuk ke fasa ketiga. Sekiranya orang lain 'bergelumang' di fasa kedua, dan sudah mengutarakan pelbagai idea yang bernas, kita ambil inisiatif untuk langkah ke fasa ketiga. Ambil idea terbaik, dapatkan rakan-rakan yang boleh membantu, dan laksanakan fasa ketiga, atau kita sebut sebagai peringkat implementation. Bak kata seorang tokoh pendidikan Barat yang buta dan pekak

"Ideas without action are worthless...."
(Hellen Keler 1880-1968)
Apabila fasa ketiga dapat dilakukan dengan baik, kita langkah kefasa keempat iaitu penambahbaikan atau improvement. Percayalah, pada peringkat keempat inilah dimana seorang individu mencapai tahap kepuasan yang tinggi dan secara tidak langsung akan memberi kesan positif kepada mereka disekelilingnya terutama pada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Wallahualam.

Muhammad bin Kamarulazizi

1 comments:

Fasa kedua mungkin banyak terdapat pada seorang consultant syarikat
Booster Penangguhan Kerja

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...