Kami berkumpul di ASDAF pada jam 10 malam hari Jumaat ( 9 May 08). Program 2 hari 2 malam kali ini melibatkan 20 volunteer dari Telekom Malaysia, PDRM dan Muslim Aid Asia. Program diketuai oleh Pengetua ASDAF iaitu Ustaz Hasmadi, atau lebih dikenali sebagai Pak Abu. Program ini lebih berbentuk follow up dakwah kepada masyarakat orang asli. Sebelum bertolak, kami sempat mengagihkan cokelat untuk anak-anak yatim di ASDAF.
Lebih kurang 5 biji kereta bertolak dari ASDAF ke Raub. Kami bergerak jam 11 malam, dan tiba di Masjid Muhajirin, Raub jam 2 pagi. Kami tidur dan merehatkan diri sebelum bertolak dengan bot ke perkampungan orang asli di Kampung Raung.
Selepas sarapan pagi, dalam pukul 10 kami menaiki bot ke Kampung Harong. Perjalanan atas bot mengambil masa hampir tiga jam. Kami tiba di Kampung Harong tengahari. Yg paling gembira menyambut kedatangan kami ialah anak-anak kecil orang asli. Dengan semangat mereka bantu angkatkan barang-barang.
Dengan kerjasama orang-orang asli ini, kami pun bersama-sama menyediakan makanan tengahari. Daging ayam mentah telah dibawa oleh volunteer TM. Pihak perempuan akan sediakan bahan-bahan seperti bawang, kentang dan pihak lelaki akan sediakan kuali, dan hidupkan api.
Sementara menunggu makanan masak, lolipop diadihkan kepada semua!
p/s part 2 selepas ini
-Muhammad-
0 comments:
Post a Comment