About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label dakwah orang asli. Show all posts
Showing posts with label dakwah orang asli. Show all posts

Tuesday, September 27, 2016

Majlis Makan Malam Amal ASDAF 2016 Berlangsung Dengan Jayanya


"Cetusan Kasih Curahan Bakti " itu la tema bagi Makan Malam ASDAF di kediaman meraka di Bukit Persekutuan Kuala Lumpur. Alhamdulillah di atas jemputan mereka untuk meraikan anak anak ASDAF dan di samping tu dapat melihat jemputan jemputan dari pelbagai pihak untuk menderma melalui pembelian kraftangan dan menaja anak anak ASDAF dalam untuk makan malam itu. Kindness Malaysia telah membeli dua buah meja bagi menyatakan sokongan kepada rakan kerja kebajikan iaitu ASDAF. Terima kasih kepada penaja yang bermurah hati atas peluang kebaikan ini.

Ramai tetamu tetamu yang telah hadir di antaranya Senator Orang Asli Malaysia iatu YB Tn Hj Isa Abdul Hamid ,Pengurusi Dr Hasri Bin Samian dan juga Penasihat Tn Hj Yaakob Bin Lazim dan juga sebagai pengasas Asrama Darul Falah PERKIM ( ASDAF ).


Bersama sebagian sukalerawan Kindnss Malaysia

Acara di mulakan pada pukul 7.30 malam dengan ketibaan tetamu tetamu kehormat pengerusi Asdaf di susuli dengan penasihat Asdaf yang merangkap pengasas Asdaf untuk membawa Sanator Orang Asli Malaysia iaitu YB Tn Hj Isa Abd Hamid untuk merasmi program makan malam itu .
Selepas ketibaan ,majlis itu di mulakan dengan bacaan doa dan Al Quran untuk kelancaran majlis tersebut dengan izin Allah S.W.T . Di teruskan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah Projek iaitu Pn Siti Zaleha Bt Mat Diah dan juga dari Pengerusi PERKIM Cawangan ASDAF iaitu Dr Hasri B Samian sebagai pembuka majlis.Tepat pada pukul 8.30 acara makan malam telah di rasmikan oleh Senator Orang Asli Malaysia.

Anak anak arang asli malaysia 

Majlis itu di teruskan dengan persembahan Multimedia di sampimg itu para tetamu tetamu menjamah makanan yang di sediakan oleh pihak Asdaf . Makanan yang di sediakan itu sangat menyelerakan para tetamu tetamu yang hadir pada malam itu . Di sediakan denngan ayam masak merah,sayur jelatah,kambing masak gulai serta buah tembikai sebagai pembuka selera. Selesai acara yang di pertontonkan oleh Multimedia akan di sambungkan dengan acara nasyid yang di wakili oleh anak anak Asdaf sama ada lelaki mahu pun perempuan . Tidak pernah mengecewakan tetamu tetamu yang hadir dengan bakat nasyid yang mereka ada untuk menghiburkan para hadirin yang datang .


Anak anak Asdaf sedang membuat persembahan nasyid 


Tarian Sewang sangat senonim dengan masyarakat orang asli . Ia terdiri daripada lelaki dan jugak perempuan yang selalu nya di angotai oleh golongan orang dewasa. Ia di pecahkan dua bahagian, satu bahagian lelaki sebagai menari dan satu bahagian lagi sebagai pemain alatan musik yang terdiri daripada sebatang kayu yang panjang di letakan di bahagian bawah scara melintang dan di gunakan dua batang buluh di ketukan di atas kayu tersebut scara menegak untuk hasilkan bunyi untuk menghasilkan Tarian Sewang. 

 Tarian Sewang sedang di sampaikan dari golangan dewasa 

Selepas tamat persembahan Tarian Sewang, pihak penganjur telah mengadakan cabutan bertuah yang telah di sediakan dua puluh biji hamper yang di isi pelbagai makanan dan minuman ringan. Persembahan telah di terukan dengan selebriti jemputan iaitu Nur Anwar Afiq jugak sebagai pengacara majlis tersebut . Beliau merupakan pengacara Jejak Rasul 2016. Majlis itu di teruskan dengan penyampaian hadiah bagi Anugerah Pelajar Berdidikasi 2016 serta di ikuti dengan Anugerah Tokoh ASDAF 2016 . Di hujung majlis ini di akhiri dengan memotong kek sempena 20 ASDAF dan di tutupi dengan penjualan barangan hasil kraftangan yang sangat unik dengan harga yang di buat secara bidaan untuk mencari pembeli dengan harga yang paling tinggi untuk belian barang kraftangan tersebut, duit itu akan di dermakan kepada rumah ASDAF. 

Kraftangan yang menjadi sumbangan atas jualan kepada rumah ASDAF

Pada pukul 10.45 telah sampai penghujung majlis Makan Malam Amal ASDAF 2016 dengan penuh kemeriahan serta rasa bersyukur atas nikmat yang di berikan Allah S.W.T ke atas penderma yang baik hati di atas menjayakan program tersebut. Semuga Allah S.W.T sahaja yang boleh membalas jasa jasa kalian. Di harap akan ada peluang jugak di Madrasah Hashimiah untuk dermawan dermawan yang baik hati untuk meraikan anak anak Madrasah Hashimiah seperti di rumah ASDAF. Semuga anak anak ini berjaya dunia dan akhirat sumbangan yang di imfak atau di dermakan ke atas Madrasah Hashimiah.

Mohamad Fazlan bin Mohamad Ashraf 
Projek Koordinator
Kindness Malaysia








   



Sunday, May 11, 2008

Part 1: Study Visit ke Perkampungan Orang Asli, Raub

Trip dakwah ke perkampungan orang asli

Kami berkumpul di ASDAF pada jam 10 malam hari Jumaat ( 9 May 08). Program 2 hari 2 malam kali ini melibatkan 20 volunteer dari Telekom Malaysia, PDRM dan Muslim Aid Asia. Program diketuai oleh Pengetua ASDAF iaitu Ustaz Hasmadi, atau lebih dikenali sebagai Pak Abu. Program ini lebih berbentuk follow up dakwah kepada masyarakat orang asli. Sebelum bertolak, kami sempat mengagihkan cokelat untuk anak-anak yatim di ASDAF.

Pengagihan cokelat

Lebih kurang 5 biji kereta bertolak dari ASDAF ke Raub. Kami bergerak jam 11 malam, dan tiba di Masjid Muhajirin, Raub jam 2 pagi. Kami tidur dan merehatkan diri sebelum bertolak dengan bot ke perkampungan orang asli di Kampung Raung.

di Masjid Muhajirin

Tempat berehat

Selepas sarapan pagi, dalam pukul 10 kami menaiki bot ke Kampung Harong. Perjalanan atas bot mengambil masa hampir tiga jam. Kami tiba di Kampung Harong tengahari. Yg paling gembira menyambut kedatangan kami ialah anak-anak kecil orang asli. Dengan semangat mereka bantu angkatkan barang-barang.

Bersama-sama mengangkut barang ke bot

Sebahagian bot yang digunakan

bot menggunakan kuasa 30hp

Dengan kerjasama orang-orang asli ini, kami pun bersama-sama menyediakan makanan tengahari. Daging ayam mentah telah dibawa oleh volunteer TM. Pihak perempuan akan sediakan bahan-bahan seperti bawang, kentang dan pihak lelaki akan sediakan kuali, dan hidupkan api.
selamba adik kecil ini angkut beras 10kg

sama-sama menyediakan makanan


Sementara menunggu makanan masak, lolipop diadihkan kepada semua!

semua mahukan lolipop!

gembira bersama lolipop2 masing2



p/s part 2 selepas ini

-Muhammad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...