About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, December 19, 2016

Misi Penyucian Jiwa Ke Tarim, Yaman



Ramai yang tertanya saya ke mana. Sebenarnya saya bukan mengerjakan umrah, tetapi saya "membawa diri" sebentar ke Tarim Yaman. Ya, saya pergi seorang diri, ground travel semua saya aturkan sendiri.

Mengapa ke Yaman? Sebab saya rasa saya ingin belajar sesuatu di sini. Perjalanan saya bermula dari KL ke Oman sebelum meneruskan perjalanan 12 jam dengan bas ke Tarim, Yaman. Baru 8 jam dalam perjalanan, bas tidak dapat meneruskan perjalanan, kerana ada lori terbalik di sebelah gaung menyebabkan sebahagian jalan tertutup.

Lori yang terbalik dan menutup jalan. Bas tidak dapat meneruskan perjalanan
Saya pada mulanya ingin jalan kaki, tetapi tidak jadi bila dapat tahu jika naik kenderaan pun lagi 4 jam untuk sampai ke Tarim.

Perlu hitch hiking untuk tumpang kenderaan yang lalu

Alhamdulillah dapat tumpang lori ke Tarim.
Saya pun terpaksa berjalan sedikit dan hitchhiking. Alhamdulillah ada lori yang tumpangkan saya ke Tarim. Saya tiba di Tarim malam tadi jam 10 lebih waktu di sini. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan pengalaman sepanjang saya berada di sini.

Ikuti semua perjalanan episod saya di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...