12 Disember 2016. Alhamdulillah selesai sudah Projek Bersih yang berlangsung di Asrama Darul Falah (ASDAF) yang melibatkan 23 orang peserta dari masyarakat Orang Asli pelbagai kampung. Program tahunan ASDAF iaitu Kursus Intensif Penghayatan Islam (KIPI) bertujuan melahirkan bakal-bakal pemimpin dari kalangan Orang Asli dan tahun ini daripada 23 orang yang terpilih, 19 daripadanya adalah perempuan dan selebihnya adalah lelaki.
bengkel berlangsung dalam surau ASDAF |
Nota diberikan kepada setiap peserta |
Sukarelawan Kindness Malaysia membantu para peserta |
Modul yang digunakan oleh sukarelawan Kindness Malaysia melibatkan kebersihan diri dan juga persekitaran. Bengkel ini mengambil masa dua jam dari teori sehingga ke amali dimana para peserta akan menunjukkan cara membasuh tangan dengan betul, cara menggosok gigi dan juga memotong kuku.
Amali cara menggosok tangan dengan betul |
Hadiah untuk para peserta |
Gambar kenangan bersama peserta |
Setiap peserta dapat membawa pulang hadiah dan juga keperluan kebersihan diri setiap seorang. Pihak Kindness Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja yang bermurah hati menaja aktiviti Kindness Malaysia dalam misi menyebarkan kebaikan.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
0 comments:
Post a Comment