About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Saturday, October 5, 2013

Qurban Bersama Madrasah Hashimiah


Hari raya Aidiladha tidak lama lagi dan ibadah qurban menjadi tanggungjawab setiap insan yang berkemampuan melaksakannya. Ibadah qurban ini ialah dimana haiwan diqurbankan pada Hari Raya Haji atau pada hari-hari Tasyrik dan kebanyakan masjid-masjid atau surau melaksanakan qurban ini pada Hari Raya Haji itu sendiri selepas solat sunat raya. Ibadah qurban ini ialah sunat muakad iaitu ibadah yang dituntut.

Kebanyakan masjid dan surau sudah penuh quota untuk qurban dan tarikh tutup juga sudah hampir. Malahan ada juga yang sudah tutup penyertaannya kerana respon yang menggalakkan daripada orang ramai. Badan-badan bukan kerajaan atau NGO juga memainkan peranan penting untuk menjadi wakil bagi perlaksanaan ibadah qurban ini. Harga yang ditawarkan kebanyakannya antara RM300 hingga ke RM1000 bergantung kepada lokasi dan jenis haiwan. Seperti yang kita maklum, seekor lembu bersamaan dengan tujuh bahagian bermakna tujuh orang dapat laksanakan qurban untuk seekor lembu. Manakala untuk seekor kambing pula bersamaan satu bahagian untuk seorang.

majlis aqiqah yang dilaksanakan di Madrasah Hashimiah turut didoakan oleh anak-anak yatim yang kebanyakannya Hafiz Quran


Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dan pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim juga akan melaksanakan qurban berwakil dimana daging qurban ini akan dinikmati sepenuhnya oleh anak-anak ini serta komuniti di sekeliling yang rata-ratanya golongan pelarian yang hidup agak dhaif dan miskin. Harga untuk satu bahagian lembu yang ditawarkan ialah RM550 atau seekor lembu (tujuh bahagian) bersamaan RM3850 yang akan merangkumi proses penyembelihan, melapah, pengagihan dan kenduri kecil untuk anak-anak yatim dan pelarian ini. Untuk seekor kambing pula (satu bahagian) bersamaan RM1000 termasuk semua proses seperti yang dinyatakan tadi. Daging qurban ini akan menjadi bekalan untuk anak-anak Madrasah Hashimiah  dihari-hari berikutnya.
"Tidak ada amalan yang diperbuat manusia pada hari raya qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain menyembelih haiwan. Sesungguhnya haiwan qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya. Sesungguhnya sebelum darah qurban itu mengalir ke tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah. Maka tenangkanlah jiwa dengan berqurban." ~HR. Tirmidzi
Pada yang berminat untuk mewakilkan perlaksaan qurban kepada Madrasah Hashimiah, boleh hubungi terus Encik Ahmad di 018-380096. Tarikh tutup penyertaan ialah 12 Oktober 2013 (Sabtu).

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...