About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, October 9, 2013

Bolehkah Kita Lakukan Kebaikan Untuk Arwah?


Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk beli sebuah buku tulisan Dr. Muhammad Afifi al-Akiti, yang juga seorang cendiakiawan Melayu, pensyarah di Universiti Oxford. Sepanjang usaha bersama Kindness.my, kami sentiasa berusaha mencari jalan untuk melakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun. Cita-cita kami ialah untuk mencontohi peribadi Rasulullah SAW yang sentiasa melakukan kebaikan kepada semua orang seperti sebuah kisah yang popular dimana Saidina Abu Bakar baru sahaja dapat tahu (selepas Rasulullah SAW wafat)  bahawa salah satu rutin Rasulullah ialah memberi (menyuap) makan kepada seorang Yahudi di pasar.

Usaha team Kindness.my jauh sekali lebih kecil jika nak dibandingkan dengan usaha Rasulullah SAW mahupun sahabat-sahabat Baginda. Masing-masing dalam team Kindness.my mempunyai cita-cita untuk masuk ke syurga dan Kindness.my ini dijadikan plateform untuk menyebarkan kebaikan dan menjadikan aktiviti kebaikan sebagai suatu rutin dan budaya seharian.

Tercetus satu idea apabila salah seorang dari ahli Kindness.my dimana pakciknya meninggal dunia. Apa yang kita boleh bantu buat mereka yang sudah pergi? Terdapat beberapa khilaf yang mengatakan amalan atau doa orang hidup tidak akan sampai kepada Arwah. Saya agak kecewa sedikit apabila mendapati ada pendapat sebegitu. Namun begitu saya cuba juga untuk cari maklumat lain dan akhirnya telah bertemu dengan buku tulisan Dr. Afifi ini dengan harapan apa yang ditulis olehnya dapat menjadi rujukan kepada saya kelak.

Satu projek khusus yang diniatkan pahalanya untuk arwah yang kita inginkan

Buku ini saya beli secara online RM5 (penghantaran tambah RM6) di www.bukuonline2u.com dan tiba di rumah saya dua hari kemudian. Dapat sahaja buku ini terus saya baca hingga habis. Bukunya 40 mukasurat dan saiznya seperti buku Yasin. Tulisannya agak menarik dan mengupas secara ilmiah menurut pandangan Imam Syafie serta ulama-ulama sealiran dengannya seperti Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar. 

Kesimpulan yang saya peroleh dari buku ini ialah setiap amalan (pahala) orang hidup akan sampai kepada Arwah berdasarkan hujah-hujah yang telah dibentangkan dalam buku ini. Buku ini juga mendapat pengiktirafan dari Mufti Perak, YAB Sahibuh Samahah Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj Harussani bin Hj Zakaria.

Berdasarkan rujukan ini, insyaAllah team Kindness.my akan come out dengan sebuah projek khusus dimana kita akan sedekahkan pahala usaha kebaikan ini untuk Arwah yang pernah kita kasihi sebelum ini. Para sukarelawan dan dermawan juga boleh turut serta niatkan usaha kecil ini untuk arwah ibu, ayah, adik beradik, nenek, atok, saudara mara, atau sesiapa yang mereka inginkan.
"Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. (Ingatlah) Allah mempunyai limpah kurniaan yang besar." ~Surah Ali Imran, 3:73
Mungkin ada dikalangan arwah yang amat memerlukan doa dan amalan kebaikan dari kita, oleh itu ayuh kita niat dan bantu mereka dengan peluang yang masih ada. Mana tahu satu hari nanti kelak kita juga akan berada di tempat yang sama malah mungkin disiksa (Nauzubillah min zalik) dan amat mengharapkan belas ihsan doa dan amalan pahala dari anak, rakan-rakan dan legasi kita...

Wallahualam.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...