Sebuah lagi projek dibawah Kindness.my berlangsung dengan jayanya di tiga buah lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman iaitu Pudu Sentral (Puduraya), Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Hentian Jalan Duta. Projek yang diberi nama Project Coffee ini bertujuan untuk membantu pemandu bas supaya tidak mengantuk semasa memandu bas ke destinasi.
sukarelawan Kindness.my bersiap sedia untuk agihkan pek kopi dan roti di Pudu Sentral |
Pemandu bas yang terima pek kopi dan roti di Hentian Duta |
Bersiap sedia sebelum bergerak |
Sukarelawan bersiap sedia di TBS |
Antara pemandu yang gembira menerima pek kopi dan roti |
Pemandu bas yang tidak sangka untuk terima pek kopi dan roti |
Sukarelawan Kindness.my berkumpul di lokasi masing-masing pada jam 9 malam. Pek air kopi dalam tin dan roti dibungkus dan diserahkan kepada pemandu bas. Tujuannya agak mudah, dengan berbekalkan air kopi dan roti, pemandu bas sekurang-kurangnya dapat mengelak dari rasa mengantuk semasa memandu dan secara tidak langsung dapat mengelak dari kecelakaan. Bukan setakat itu sahaja, para penumpang juga akan tiba dengan selamat.
terima kasih kepada semua yang telah menaja untuk Projek Coffee ini |
Idea ini timbul apabila berita tentang kemalangan melibatkan bas semakin menjadi-jadi. Pemandu yang membawa bas waktu malam dan perjalanan yang jauh mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk rasa mengantuk semasa memandu. Biarpun kos dan usaha ini kecil, tetapi manfaatnya dapat diterima oleh pemandu dan juga para penumpang. Secara logiknya, lebih 42 orang dapat menerima manfaat daripada pek air kopi dan roti ini.
Pihak Kindness.my mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan serta pada penaja bagi Projek Coffee ini. Bagi yang berminat untuk turut serta dalam aktiviti Kindness, atau menjadi penaja, boleh sertai kumpulan sukarelawan Kindness.my.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment