About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label korban. Show all posts
Showing posts with label korban. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Qurban Bersama Madrasah Hashimiah


Hari raya Aidiladha tidak lama lagi dan ibadah qurban menjadi tanggungjawab setiap insan yang berkemampuan melaksakannya. Ibadah qurban ini ialah dimana haiwan diqurbankan pada Hari Raya Haji atau pada hari-hari Tasyrik dan kebanyakan masjid-masjid atau surau melaksanakan qurban ini pada Hari Raya Haji itu sendiri selepas solat sunat raya. Ibadah qurban ini ialah sunat muakad iaitu ibadah yang dituntut.

Kebanyakan masjid dan surau sudah penuh quota untuk qurban dan tarikh tutup juga sudah hampir. Malahan ada juga yang sudah tutup penyertaannya kerana respon yang menggalakkan daripada orang ramai. Badan-badan bukan kerajaan atau NGO juga memainkan peranan penting untuk menjadi wakil bagi perlaksanaan ibadah qurban ini. Harga yang ditawarkan kebanyakannya antara RM300 hingga ke RM1000 bergantung kepada lokasi dan jenis haiwan. Seperti yang kita maklum, seekor lembu bersamaan dengan tujuh bahagian bermakna tujuh orang dapat laksanakan qurban untuk seekor lembu. Manakala untuk seekor kambing pula bersamaan satu bahagian untuk seorang.

majlis aqiqah yang dilaksanakan di Madrasah Hashimiah turut didoakan oleh anak-anak yatim yang kebanyakannya Hafiz Quran


Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dan pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim juga akan melaksanakan qurban berwakil dimana daging qurban ini akan dinikmati sepenuhnya oleh anak-anak ini serta komuniti di sekeliling yang rata-ratanya golongan pelarian yang hidup agak dhaif dan miskin. Harga untuk satu bahagian lembu yang ditawarkan ialah RM550 atau seekor lembu (tujuh bahagian) bersamaan RM3850 yang akan merangkumi proses penyembelihan, melapah, pengagihan dan kenduri kecil untuk anak-anak yatim dan pelarian ini. Untuk seekor kambing pula (satu bahagian) bersamaan RM1000 termasuk semua proses seperti yang dinyatakan tadi. Daging qurban ini akan menjadi bekalan untuk anak-anak Madrasah Hashimiah  dihari-hari berikutnya.
"Tidak ada amalan yang diperbuat manusia pada hari raya qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain menyembelih haiwan. Sesungguhnya haiwan qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya. Sesungguhnya sebelum darah qurban itu mengalir ke tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah. Maka tenangkanlah jiwa dengan berqurban." ~HR. Tirmidzi
Pada yang berminat untuk mewakilkan perlaksaan qurban kepada Madrasah Hashimiah, boleh hubungi terus Encik Ahmad di 018-380096. Tarikh tutup penyertaan ialah 12 Oktober 2013 (Sabtu).

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, October 5, 2012

Program Qurban For Life Kembali Lagi



Program Qurban For Life (Q4L) kembali lagi anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan harga yang sama iaitu RM380 yang merangkumi satu bahagian lembu, penyembelihan, pemprosesan, pengetinan dan pengagihan. Program qurban kali ini bakal mensasarkan saudara Rohingya kita yang kini amat memerlukan bekalan makanan di Arakan, Myanmar.
 
Tarikh tutup bagi penyertaan Q4L ialah pada 25 Oktober 2012.
 
Antara kelebihan melaksanakan qurban bersama Muslim Aid
 
1. daging qurban ditinkan agar tahan lama dan dapat mengelak daripada pembaziran daging mentah
2. daging qurban yg ditinkan ini diagih-agihkan kepada saudara seagama kita yang memerlukan seperti anak2 yatim, fakir miskin, golongan OKU dan ibu tunggal di Malaysia, mangsa bencana dan mangsa konflik di Myanmar, Selatan Thai dan Somalia.
3. Lembu yang gemuk dan sihat dari Australia dipilih mengikut kualiti yang ditetapkan untuk ibadah qurban.
4. Kos RM380 sudah termasuk harga bagi sebahagian lembu, penyembelihan, proses, masak, pengetinan dan pengagihan
5. Setiap penyertaan qurban akan diberi resit pengecualian cukai serta sijil penyertaan (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009)
6. Mendapat pengiktirafan JAKIM dan Persekutuan Majlis Agama Islam Australia
 
Pada yang berminat untuk menyertai Qurban For Life, boleh sertakan butiran berikut kepada pejabat Muslim Aid melalui email/fax/pos. Sila kepilkan sekali slip pembayaran.
Nama penuh:
Alamat rumah:
No telefon:
Masa dan tarikh transaksi:
Jumlah:
Untuk mendapatkan borang atau maklumat lanjut, boleh layari www.qurbanforlife.com atau di laman Facebook di http://www.facebook.com/qurbanforlife atau hubungi 03-22881996.
 
Muhammad bin Kamarulazizi
 

Tuesday, October 4, 2011

Promosi Qurban For Life 1432/2011 Sudah Bermula


Selesai program Ramadhan, kini tinggal sebulan sahaja lagi sebelum ketibaan hari raya Eidiladha. Kami di pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia giat memulakan promosi program Qurban For Life (Q4L) di seluruh Malaysia. Booth promosi Q4L sudah mula dipromosikan di Pasar Tani Shah Alam (setiap Ahad) dan akan memulakan promosi juga di Pasar Tani Putrajaya (setiap Jumaat).

Saya percaya dengan lebih ramai penyertaan Q4L maka lebih ramai saudara kita yang memerlukan dapat dibantu dimana setiap daging qurban yang ditinkan ini disalurkan 100% kepada mereka yang kebuluran di serata dunia termasuk yang memerlukan di Malaysia. Alhamdulillah penyertaan yang ramai tahun lepas habis diagihkan kepada lebih puluhan ribu penerima daging qurban yang ditinkan ini.

Antara kelebihan melaksanakan qurban bersama Muslim Aid

1. daging qurban ditinkan agar tahan lama dan dapat mengelak daripada pembaziran daging mentah

2. daging qurban yg ditinkan ini diagih-agihkan kepada saudara seagama kita yang memerlukan seperti anak2 yatim, fakir miskin, golongan OKU dan ibu tunggal di Malaysia, mangsa bencana dan mangsa perang di luar negara seperti Gaza, Pakistan, Somalia dan Sudan dan Yaman.

3. kambing biri-biri yang gemuk dan sihat dari Australia dipilih mengikut kualiti yang ditetapkan untuk ibadah qurban.
4. kos RM380 sudah termasuk harga bagi seekor kambing, penyembelihan, proses, masak, pengetinan dan pengagihan

5. setiap penyertaan qurban akan diberi resit pengecualian cukai serta sijil penyertaan (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009)

6. mendapat pengiktirafan JAKIM dan Persekutuan Majlis Agama Islam Australia

orang ramai mendapatkan info Qurban For Life

Pada yang berminat untuk menyertai Qurban For Life, boleh sertakan butiran berikut kepada pejabat Muslim Aid melalui email/fax/pos. Sila kepilkan sekali slip pembayaran.

Nama penuh:
Alamat rumah:
No telefon:
Cara pembayaran:

Untuk mendapatkan borang atau maklumat lanjut, boleh layari www.qurbanforlife.com atau di laman Facebook di http://www.facebook.com/qurbanforlife atau hubungi 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, November 4, 2010

Penyertaan Qurban For Life Tinggal Lagi 2 Minggu


Hanya dua minggu sahaja lagi sebelum Hari Raya AidilAdha dan kini promosi program Qurban For Life (Q4L) giat dijalankan dan sambutan semakin menggalakkan. Panggilan tidak putus setiap hari untuk penyertaaan qurban bersama Muslim Aid.

Brosur-brosur yang telah diagihkan di sekitar Kuala Lumpur dan juga melalui sukarelawan Muslim Aid juga mula mendapat respon yang baik. Promosi melalui internet seperti di Facebook Muslim Aid dan juga Facebook Q4L juga dijalankan dan mendapat respon yang memberangsangkan. InsyaAllah untuk qurban kali ini, tin daging qurban ini akan dihantar ke Pakistan dan juga saudara kita di Gaza disamping masyarakat miskin dan anak yatim di Malaysia.

Alhamdulillah apabila semakin ramai orang menyertai Q4L, maka lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu. Ada juga para dermawan yang akan melaksanakan ibadah qurban di masjid qaryah, juga masa yang sama melaksanakan qurban dengan Muslim Aid. Pihak Muslim Aid mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada warga Malaysia yang amat prihatin dengan menyalurkan ibadah qurban mereka melalui Muslim Aid. Dengan penyertaan ini, saudara seagama kita yang kurang bernasib baik dapat menikmati daging qurban Q4L yang ditinkan ini akan tahan lama, mudah disimpan dan boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Semoga dengan usaha ini, mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, October 25, 2010

Promosi Qurban For Life di Pasar Tani Mega



Lokasi: Pasar Tani Mega Melawati
Tarikh: 23 Oktober 2010
Masa: 6.30am - 11.30am

Alhamdulillah, promosi program Qurban For Life (Q4L) sudah bermula di 2 buah Pasar Tani mega iaitu di Taman Melawati dan juga di Shah Alam. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kemah akan dibuka dan orang ramai berpeluang untuk mendapatkan maklumat tentang program Q4L anjuran Muslim Aid ini. Ramai pengunjung pasar tani datang mengambil brosur dan ada juga yang sudah pun menunggu kemah Q4L Muslim Aid. Sudah ada penderma yang turut serta menyertai program Q4L dihari pertama promosi ini dibuka.


Tn Hj Wan Rusli menerangkan program Q4L kepada pengunjung

sample tin qurban

antara pengunjung yang hadir

InsyaAllah Sabtu dan Ahad depan juga akan dibuka seperti biasa dan orang ramai dan para dermawan boleh datang sendiri untuk melihat contoh tin daging Q4L yang digunakan sebagai food aid ke Gaza, Iraq dan dalam Malaysia. Sukarelawan dijemput untuk bersama membantu mempromosikan program Q4L ini. Pada yang berminat untuk datang menyertai program Q4L, boleh datang ke Pasar Tani Mega Melawati setiap hari Sabtu jam 6.30 pagi hingga 11.30 pagi manakala Pasar Tani Mega Shah Alam setiap hari Ahad jam 6.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, October 11, 2010

Promosi Qurban For Life Bermula!


Promosi program Qurban For Life (Q4L) 1431H/2010 anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) sudah bermula. Muslim Aid menyediakan satu lagi alternatif bagi orang ramai untuk melakukan ibadah qurban selain melakukannya di surau atau masjid.

Tahun ini Muslim Aid menawarkan harga RM380 untuk sebahagian yang merangkumi seekor kambing biri-biri, penyembelihan, pengetinan dan pengagihan kepada golongan yang memerlukan. Qurban bersama Muslim Aid adalah unik kerana semua daging qurban ini akan ditinkan supaya tahan lama. Daging qurban yang ditinkan ini akan diagihkan kepada mereka yang berkelayakan seperti fakir miskin, anak-anak yatim, warga oku dan tua di Malaysia dan juga mereka yang kebuluran dan menjadi mangsa perang dan bencana seperti di Gaza, Iraq dan Pakistan.

fakir miskin di Cheras Baru

Cara alternatif ini bertujuan bagi mengelakkan pembaziran yang sering berlaku ketika Raya Qurban Aidiladha. Daging-daging qurban yang banyak ketika raya haji ini biasanya diagihkan kepada orang ramai dan adakalanya sukar untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin kerana kurang maklumat. Di sini Muslim Aid memberi peluang kepada orang ramai untuk melaksanakan qurban dengan pengagihan sistematik daging qurban ini ditinkan untuk memastikan ia tahan lama.

Pada orang ramai yang ingin menyertai program Q4L anjuran Muslim Aid ini, boleh sertakan nama penuh, alamat rumah dan nombor telefon berserta slip pembayaran dan difaxkan ke 03-2288 1966 atau email ke mail@muslimaidasia.com. Pembayaran boleh dilakukan melalui akaun CIMB Muslim Aid di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Setiap penyertaan Q4L akan diberi resit pengecualian cukai dan sijil. Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.qurbanforlife.com/

Semoga ibadah qurban tahun ini lebih bermakna.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...