About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, June 19, 2016

Pasar Percuma di Madrasah Hashimiah


wajah gembira anak Madrasah Hashimiah untuk persediaan Hari Raya kelak

18 Jun 2016. Alhamdulillah, selesai sebuah lagi aktiviti di bawah Kindness Malaysia dengan kerjasama sukarelawan dari Tabung Ikhlas & Friends di Madrasah Hashimiah. Pasar Percuma ini julung kalinya diadakan dalam premis Madrasah Hashimiah dan mensasarkan keluarga anak-anak murid di sini. 65 buah keluarga pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim dijemput untuk datang sebagai penerima Freemarket edisi Madrasah Hashimiah.

pakaian dibungkus rapi untuk pengunjung yang hadir
anak-anak Hashimiah memilih barangan mereka

Lebih 10 tapak dibuka dan pelbagai barangan preloved telah dibawa oleh para penderma. Setiap keluarga juga menerima satu beg yang berisi dengan barangan keperluan dapur seperti beras, milo, gula, biskut dan minyak masak. Barangan lain yang boleh didapati juga seperti mainan, pakaian, perkakas dapur dan makanan.

anak-anak Madrasah Hashimiah dengan hasil tangkapan masing-masing
baju kurung yang masih kelihatan baru
antara "gerai" yang dibuka
Bersama orang kuat Pasar Percuma Madrasah Hashimiah


Program bermula jam dua petang dan selesai pada jam empat petang. Pihak Kindness Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Puan Farah dan Puan Jun dari Tabung Ikhlas & Friends yang telah bertungkus lumur mengaturkan Pasar Percuma ini di Madrasah Hashimiah. Semoga Allah berkati semua.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Saturday, June 18, 2016

Beri dan ambillah apa sahaja. Semuanya PERCUMA! PASAR PERCUMA @MADRASAH HASHIMIAH.



18 Jun 2016. Seolah-olah berada di pasar sebenar! Begitulah konsep yang dibawakan oleh Kindness Malaysia istimewa untuk komuniti pelarian Islam Rohingya dan Myanmar yang menetap di sekitar Selayang. Konsep Pasar Percuma ini membawa kelainan dengan konsep memberi dan mengambil apa sahaja yang terhidang di atas meja secara PERCUMA. 

 Sukarelawan Kindness Malaysia membantu membuat persiapan 

Persediaan bermula jam 12 tengahari

Menghidupkan suasana Pasar Percuma

Umum mengetahui komuniti pelarian sememangnya menghadapi masalah kewangan dan sukar mendapatkan barangan keperluan harian termasuklah beras, minyak masak, pakaian dan lain-lain. Untuk memenuhi kehendak mereka yang memerlukan selain memberi kegembiraan kepada mereka lebih-lebih di bulan yang penuh barakah ini, konsep “Pasar Percuma” ini kami bawakan terus kepada komuniti ini.

Madrasah Hashimiah dipilih sebagai lokasi untuk para dermawan memperlihatkan barangan sumbangan mereka. Madrasah ini merupakan tempat di mana anak-anak pelarian menuntut ilmu. Pasar Percuma ini diadakan di dua tingkat bangunan madrasah di mana di tingkat satu, kami khaskan untuk barang-barang keperluan harian seperti beras dan makanan. Di tingkat dua pula, khas untuk pakaian dan keperluan mandi serta barang keperluan asas harian yang lain. Sebanyak 16 stesen iaitu meja-meja kami asingkan untuk setiap barangan yang berbeza dari penyumbang yang berbeza.

Persiapan seawal pagi Sabtu, 18 Jun itu dilakukan bagi memastikan acara berjalan lancar. Barang-barang makanan disusun di atas meja bagi memudahkan agihan kepada komuniti ini. Puasa bukanlah menghalang anak-anak pelarian ini untuk turut sama membantu membuat persiapan.

Salah sebuah keluarga yang menderma sedang mengasingkan pakaian untuk diletak di atas meja
65 buah keluarga menerima pek dapur
Beras serta Goodies beg yang berisi biskut, kuih raya, susu, tepung dan makanan yang diletakkan di tingkat satu
Sebanyak 65 keluarga miskin diberi kupon khas untuk menerima sumbangan dari para dermawan yang budiman. Kupon ini disediakan bagi memastikan agihan sumbangan dapat dilakukan secara tersusun memandangkan komuniti pelaarian Rohingya dan Myanmar ini sering mencapai kepadatan maksima pada satu-satu masa jika dikumpulkan.

Taklimat diberikan oleh Puan Farah selaku Pengarah Projek

Si kecil ini memerhati ibunya mencuba kasut 

Suasana meriah Pasar Percuma!

Sememangnya meriah

Antara barang keperluan yang diberi percuma


Perasmian dan ucapan kata-kata aluan dimulakan sekitar jam 2 petang. Ustaz Hashim sempat memberi kata-kata aluan kepada semua yang terlibat. Para dermawan juga turut memberi sepatah dua kata. Sementara di luar, para penerima sumbangan telah siap sedia beratur di tangga. Tak sabar rasanya mereka untuk shopping! 

Empat keluarga dilepaskan satu persatu menuju ke tingkat satu seterusnya ke tingkat dua. Melihat keluarga ini shopping secara percuma membuatkan kami rasa terharu dan sangat-sangat bersyukur dengan apa yang kami ada. Pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang masih malu-malu untuk mengambil barangan keperluan dan ada juga yang mengambil barang-barang yang mereka perlukan sahaja. 

Bubur juga diberi sebagai hidangan untuk berbuka puasa pada sebelah petang. Bubur di sini cukup istimewa kerana digelar “buburma”sempena nama pelarian Myanmar. Kurma juga disediakan untuk mereka.

Jauh di sudut hati, rasa amat terharu apabila keluarga ini menolak apabila kami memberi pakaian-pakaian dan barangan dengan banyak. Kata mereka,” taka pa, saya sudah ada”. Lalu, mereka berlalu menuju ke stesen yang lain mencari barang yang mereka perlukan sahaja.  Timbul rasa insaf dalam diri bahawa selama ini kami terlalu banyak membazir dan membeli barang-barang yang tidak perlu hanya sekadar memenuhi kehendak hati kami.

Mainan kanak-kanak juga ada kat sini

pek kurma untuk berbuka puasa

penat tapi gembira

barisan orang kuat Pasar Percuma
Proses membeli belah secara percuma ini berlangsung hampir dua jam. Pasar Percuma berakhir pada jam 4.00 petang.

Alhamdulillah.. berkat kesabaran semua, acara ini berakhir dengan jayanya. Rasa lega dan gembira melihat kesemua keluarga pulang dengan senyuman. Rata-rata mereka tidak jemu mengucapkan terima kasih kepada kami.
Terima kasih juga kepada para dermawan yang menyumbang untuk Pasar Percuma kali ini juga kepada team Kindness Malaysia dan Madarasah Hashimiah yang sama-sama membantu melancarkan program ini. Semoga dengan sedikit sumbangan itu dapatlah membantu komuniti ini menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

InshaAllah Pasar Percuma ini akan diteruskan untuk masa-masa akan datang. Semoga inspirasi kebaikan ini dapat diteruskan oleh semua yang membaca.



Pesan buat diri dan semua..

Apabila kita merasa susah, ingatlah bahawa ada lagi orang yang lebih susah dari kita..
Apabila kita berasa lapar dalam sehari, ingatlah bahawa ada lagi yang tidak makan berminggu-minggu dari kita..
Apabila kita merasa sakit dengan sedikit dugaan, ingatlah kepada mereka yang diduga dengan sebesar-besar dugaan..
Apabila kita merasa sedih, ingatlah dengan mereka yang setiap hari menangis menahan lapar dan dahaga…dan ditimpa dengan pelbagai dugaan kehidupan…
Dan apabila kita rasa senang dan gembira, maka seharusnya kita kongsikan dengan semua..


Iman Nur Alia
Projek Koordinator
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Tuesday, June 7, 2016

Pengalaman Lakukan Projek Pintu Rezeki oleh Sukarelawan Kindness Sarawak



3 Jun 2016. Dengan berbekalkan 5 kit barangan dapur, saya dan sahabat baik memulakan projek Kindness Sarawak yang pertama iaitu Projek Pintu Rezeki. Golongan ibu tunggal dan fakir merupakan sasaran utama kami.

Nak dijadikan cerita, kami mengalami sedikit kesulitan disebabkan faktor hujan. Kami telah mendapat maklumat daripada seorang sahabat mengenai sebuah keluarga asnaf ini. Dengan berpandukan petunjuk yang telah diberi, kami pergi ke rumah tersebut dan ianya terletak di sebuah kampung yang mempunyai jalan yang sempit dan kecil! Cabaran sangat untuk saya dan sahabat baik saya yang merupakan "newbie driver" ni 😀 kami berdua kasi "tweek" sikit taknak bagi direct.

baangan dapur yang dimasukkan untuk Projek Pintu Rezeki
Kit barangan dapur yang diletakkan di depan pintu rumah penerima

Kami letak Kit Menjelang Ramadhan dkt atas tangga depan pintu. Lepas bagi salam kitaorang terus cabut lari. Time dalam kereta tu, nampak seorang mak cik dan budak lelaki keluar dengan muka yang terkejut. Tekejut tengok kit dekat depan pintu. Saya dapat lihat mak cik tu baca notes yang saya tinggalkan bersama kit tersebut. Then makcik tu terpandang kereta kami! Ooops kantoi! Dia terus melambai ke arah kami seolah olah mengucapkan terima kasih dan berlalu masuk ke dalam rumah bawak kit tu sekali. Alhamdulillah. Perasaan ini yang sukar digambarkan. Kami dapat rasakan makcik itu pasti gembira dengan kit barangan dapur yang kami sampaikan.

Dan kami teruskan misi agihan kit yang lain sampai habis. Walaupun kena main hujan, jalan gelap, jalan sempit, sesat, kena jalan dekat jambatan kecik and jalan dekat tanah becak, projek kitaorang berjaya! Yeaaayyy!

pengalaman yang cukup berharga buat kami


Terima kasih pak cik masjid yang tolong tunjuk kan rumah, abang yang kasi direction and uncle yang tolong bawak naik jambatan kecik semalam. So, projek ni dapat kasi kesedaran bukan kita je susah, banyak lagi orang yang susah dan memerlukan bantuan. Jom kita sama sama buat kebaikan untuk tengok orang lain senyum 😊

Salam Ramadhan ❤

#kindnessmalaysia
#kindnesssarawak

Nabila Malek
Kindness Sarawak

Monday, June 6, 2016

Statement by The Founder of Kindness Malaysia on The Occasion of Ramadan



Assalamualaikum wrb,

On behalf of the Kindness Malaysia team, I want to extend best wishes to Muslims in Malaysia and around the world. Ramadan Kareem.

Like many people of different faiths who have known Ramadan through our communities and families, we know this to be a festive time. A time when families gather, friends host iftars, and meals are shared. But we also know that Ramadan is a time of intense devotion and reflection, a time when we fast during the day and perform tarawih prayers at night, reciting and listening to the entire Quran over the course of the month.

These ibadah remind us of the principles that everyone hold in common, and Islam’s role in advancing justice, progress, tolerance, and the dignity of all human beings. For instance, fasting is a concept shared by many faiths, as a way to bring the heart closer to God, and to those among us who cannot take their next meal for granted.

For all of us must remember that the world we want to build and the changes that we want to make must begin in our own hearts, and our own communities.

This Ramadan, our volunteers across Malaysia have planned the TajaMereka Project where we offer others to sponsor the needy to break fast and also the opportunity to mingle with them all together. Sharing kindness with others especially during this holy month would be a sweet deep memory that is not to forget. In these challenging times, this is a spirit of responsibility that we must sustain in the months and years to come.

At this time of renewal, I want to reiterate my commitment to a new beginning between Kindness Malaysia and other NGOs in Malaysia and around the world. This new beginning must be borne out in a sustained effort to listen to each other, to learn from each other, to respect one another, and to seek common ground. I believe an important part of this is to work together, and in the last few months, Kindness Malaysia have been working closely with other local NGOs, international NGOs and even NGIs in order to make Malaysia a kinder place to live.

All of these efforts are aimed at advancing our common aspirations, to instill kindness to everyone hearts, regardless of their background, skin color or creed. It will take time and patient effort. We cannot change things over night, but we can honestly resolve to do what must be done, while setting off in a new direction toward the destination that we seek for ourselves, and for our children. That is the journey that we must travel together.

I look forward to continuing this critically important mission and turning it into action. And today, I want to join with our core volunteers, sponsors and supporters in welcoming the beginning of Ramadan, and wishing everyone a blessed month. May Allah provides barakah to all.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder of Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Thursday, May 26, 2016

Rutin Kebaikan Nabila Setiap Pagi



Setiap hari kita sudah pasti mempunyai rutin tersendiri. Bagi yang bekeluarga, pada awal pagi bersiap sedia untuk pergi ke pejabat, menghantar anak ke sekolah, sarapan dan pada sebelah petang pula pulang ke rumah dan sebagainya. Begitu juga dengan adik Nabila (3 tahun), setiap pagi beliau akan ikut bapanya untuk hantar abangnya Muhammad Ali (7 tahun) ke sekolah. Ibunya yang juga seorang suri rumah sepenuh masa akan sediakan sarapan pagi seawal jam 7 pagi, dan 7.15 akan terus ke sekolah dengan menaiki motor.

antara kucing kegemaran Nabila

bekas makanan kucing yang dibawa setiap pagi

kucing yang menunggu makanan

Nabila akan membawa bekal makanan kucing yang menjadi rutinnya setiap hari. Selepas menghantar abangnya ke sekolah, Nabila akan ajak bapanya untuk mencari kucing jalanan di sekitar Bandar Baru Sentul. Setiap hari, antara lima hingga sepuluh ekor kucing (malah lebih) akan menikmati makanan kucing. Nabila pada asalnya menanam hasrat untuk membela kucing peliharaannya sendiri, tetapi kerana beliau sekeluarga tinggal di perumahan pangsapuri, agak sukar baginya untuk mempunyai haiwan peliharaan. Nabila akan berkongsi kasih sayang dengan kucing-kucing yang diberi makan dan mengusap kucing-kucing tersebut. Kebanyakan kucing sudah berada di lokasi tertentu menunggu Nabila untuk datang membawa makanan kucing.

Harapan bapanya agar kebaikan itu dipupuk dari kecil, tidak kira kepada manusia mahupun juga haiwan. Semoga lebih ramai dapat melakukan kebaikan dan jadikan negara kita lebih harmoni.

Muhammad bin Kamarulazizi
Bapa kepada Nabila

Wednesday, May 25, 2016

Projek Polis: Berkongsi Kebaikan Dengan Polis Trafik



Setiap hari kita melalui jalan raya yang sesak terutama sekali pada waktu pagi dan juga petang. Hampir semua jalan utama sesak dan di sini dapat melihat polis trafik mengambil alih tugas lampu isyarat dan juga jalan raya yang sibuk agar memastikan perjalanan orang ramai sentiasa lancar.

Kit Polis untuk polis trafik yang bertugas

Pihak polis bertugas dengan gigih tidak kira masa


Disebalik kesibukan polis trafik ini ada juga insan yang prihatin dengan mereka. Sukarelawan Kindness Malaysia telah menyediakan apa yang mereka panggil kit polis untuk polis trafik yang bertugas. Kit polis ini mempunyai air mineral, air kopi, gula-gula dan topeng muka. Keadaan yang panas seperti ini mudah untuk jatuh sakit. Oleh itu kit polis ini diberikan kepada polis yang bertugas secara rambang agar dapat mereka gunakan ketika berehat.


Pihak Kindness Malaysia mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan serta para dermawan yang bermurah hati menaja projek kebaikan untuk warga polis. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Kindness Malaysia, boleh layari ww.facebook.com/kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Wednesday, May 18, 2016

Projek TajaMereka 2016 Kembali Lagi!


Alhamdulillah, sebulan sahaja lagi menjelang Ramadan 1437H dan Kindness Malaysia (Kindness) akan kembali sekali lagi dengan Projek TajaMereka yang akan berlangsung di kebanyakan negeri di Malaysia. Projek TajaMereka memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja golongan yang kurang berkemampuan untuk berbuka puasa, dan pada masa yang sama berbuka puasa dengan mereka.

Objektif Projek TajaMereka ini adalah untuk berkongsi kegembiraan berbuka puasa bersama saudara kita yang kurang bernasib baik. Sejajar dengan apa yang diriwayatkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
"Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya.." ~ Riwayat Bukhari dan Muslim 
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” ~ Riwayat at-Tirmizi
Setiap tajaan bernilai RM40 yang akan merangkumi makanan berbuka puasa dan duit raya untuk anak-anak yatim ini serta mereka yang memerlukan. Para penderma juga dialu-alukan untuk berbuka puasa sekali dengan mereka. Untuk turut serta anda hanya perlu tambah RM20 untuk kami sediakan sekali makanan berbuka.

Lokasi Projek TajaMereka

Projek TajaMereka 2016 (Ramadhan 1437H)

Tarikh: 6 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Madrasah Hashimiah
Penerima: 150 orang anak-anak yatim dan miskin serta masyarakat pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
PIC: Harun Aziz​ 

Tarikh: 10 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Rumah Anak Yatim Berkat, Johor Bahru 
Penerima: 130 anak-anak yatim dan miskin 
PIC: Elly Halim​

Tarikh: 11 Jun 2016 (Sahur)
Lokasi: Madrasah Darul Ulum AL Hashimiah, Padang Tembak, Pulau Pinang 
Penerima: 110 murid tahfiz
PIC: Rasselan Bin Kasiman​

Tarikh: 11 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Rumah Opah, Klang
Penerima: 20 orang anak yatim dan miskin
PIC: Noridah Abd Rahman​

Tarikh: 110 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Rumah Anak Yatim Kota Tinggi, Johor
Penerima: 80 anak-anak yatim dan miskin 
PIC: Elly Halim

Tarikh: 15 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Pusat Aktiviti Warga Emas, Bukit Pulau Melaka
Penerima: 40 orang warga emas
PIC: Nurul Zahidah​

Tarikh: 16 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Dewan Blok A PPR Kerinchi 
Penerima: 30 anak-anak kurang berkemampuan
PIC: McdalynDarling Ena Johan & Projek IHSAN

Tarikh: 16 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Persatuan Orang Buta Brickfield
Jumlah: 120 orang OKU penglihatan
PIC: Ahmad Haziq Angah & Nisa

Tarikh: 18 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Rumah Nuriman, Rompin
Penerima: 35 orang anak yatim dan msikin 
PIC: Ashira Abu Bakar & Shah Izy's Masters

Tarikh: 18 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Rumah Orang Tua Darul Hanan, Kepala Batas
Penerima: 70 orang warga emas
PIC: Rasselan Bin Kassiman

Tarikh: 18 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Sekolah Komuniti Rohingya MRA, Cheras
Penerima: 60 orang anak-anak pelarian Rohingya 
PIC: Iqa Rosli, Noor Fiqah & Anis

Tarikh: 18 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Rumah Orang Tua  Bait Al Mawaddah, Shah Alam 
Penerima: 45 warga emas
PIC: Diwan A Rahman 

Tarikh: 19 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Batu 8 1/2, Bombak 
Penerima: 7 orang sekeluarga kurang berkemampuan 
PIC: Amir Effendi​

Tarikh: 19 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Pasaraya Darul Makmur, Pekan 
Penerima: 20 orang pekerja am Pasaraya Darul Makmur
PIC: Ashira Abu Bakar & Shah Izy's Master 

Tarikh: 20 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Asrama Darul Falah - ASDAF
Penerima: 70 orang anak yatim dan miskin
PIC: Hafeez Nazri

Tarikh: 21 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Asrama Darul Falah - ASDAF
Penerima: 70 orang anak yatim dan miskin
PIC: Adam Ahmad

Tarikh: 22 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Surau Al Ikhwan, Taman Sandaran Permai, Seksyen 10, Shah Alam 
Penerima: 50 orang anak-anak yatim dan miskin
PIC: Mohd Rizal Haji Atan

Tarikh: 23 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Mydin Subang Jaya 
Penerima: 30 orang pekerja Bangladesh 
PIC: Roll A Costa​

Tarikh: 23 Jun 2016 (berbuka)
Lokasi: Baitulrahmah, Sg Petani 
Penerima: 40 orang anak-anak pelarian Rohingya 
PIC: Mohd Azrul Mohd Razak & Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Tarikh: 24 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Rumah Opah, Klang
Penerima: 20 orang anak yatim dan miskin
PIC: Norharirdayu Hashim​

Tarikh: 25 Jun 2016 (Sahur)
Lokasi: Masjid Negara, KL
Penerima: 50 orang warga gelandangan
PIC: Erinratna Kamal

Tarikh: 25 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Kg Bt 58, 60 , 61, 62, 63, 65, Kg Kipogo dan Kg Halogilat di Beufort, Sabah.
Penerima: 90 orang dari keluarga kurang berkemampuan
PIC: Ukhti Nazihah MaduKelulut

Tarikh: 25 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Rumah Kebajikan Orang Tua Sri Permai, Kuantan 
Penerima: 16 orang warga emas
PIC: Ashira Abu Bakar & Shah Izy's Master  

Tarikh: 25 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Sekitar Pokok Sena, Kedah
Penerima: 40 orang pekerja stesen minyak
PIC: Ukhti Nazihah MaduKelulut

Tarikh: 26 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Madrasah Hashimiah
Penerima: 150 orang anak-anak yatim dan miskin serta masyarakat pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
PIC: Harun Aziz 

Tarikh: 26 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Madrasah Darul Ulum AL Hashimiah, Padang Tembak, Pulau Pinang 
Penerima: 110 murid tahfiz
PIC: Rasselan Bin Kasiman

Tarikh: 28 Jun 2016 (Berbuka)
Lokasi: Rumah Anak Yatim & Asnaf Ainulhusna Kuala Ketil, Kedah
Penerima: 20 orang anak yatim dan miskin
PIC: Ukhti Nazihah MaduKelulut

Tarikh: 1 Julai (Berbuka)
Lokasi: Sungai Petani, Kedah 
Penerima: 40 orang pekerja pembersihan Environmental Idaman 
PIC: Ukhti Nazihah MaduKelulut

Tarikh: 1 Julai (Sahur)
Lokasi: Tahfiz Kemboja, Madrasah Darul Ukasha, Gelugor, Penang 
Penerima: 70 orang anak murid tahfiz
PIC: Rasselan Bin Kassiman

Tarikh: 2 Julai (Berbuka)
Lokasi: Tahfiz Kemboja, Madrasah Darul Ukasha, Gelugor, Penang 
Penerima: 70 orang anak murid tahfiz
PIC: Rasselan Bin Kassiman

Tarikh: TBD (Berbuka)
Lokasi: Madrasah Meru, Klang
Penerima: 80 anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya
PIC: Diwan A Rahman

Tarikh: TBD (Berbuka)
Lokasi: Sek Ren Agama Nurul Ehsan, Klang 
Penerima: 60 orang anak-anak yatim dan asnaf
PIC: Noridah Abd Rahman 


Pada yang berminat untuk menaja, boleh lakukannya di akaun Maybank 514057664892 atas nama Kindness Dot My. Email butiran transaksi ke support@kindness.my bersama butiran berikut:

Nama:
No tel:
Jumlah Tajaan:
Masa dan tarikh transaksi:
Lokasi (jika turut serta):

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya terus di 0183800961 atau email di support@kindness.my

Projek TajaMereka mendapat liputan di akhbar Kosmo 5 Jun 2016.




Harian Metro 14 Jun 2016



Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...