18 Jun 2016. Seolah-olah berada di pasar sebenar! Begitulah konsep yang dibawakan oleh Kindness Malaysia istimewa untuk komuniti pelarian Islam Rohingya dan Myanmar yang menetap di sekitar Selayang. Konsep Pasar Percuma ini membawa kelainan dengan konsep memberi dan mengambil apa sahaja yang terhidang di atas meja secara PERCUMA.
Sukarelawan Kindness Malaysia membantu membuat persiapan |
Persediaan bermula jam 12 tengahari |
Menghidupkan suasana Pasar Percuma |
Umum mengetahui komuniti pelarian sememangnya menghadapi masalah kewangan dan sukar mendapatkan barangan keperluan harian termasuklah beras, minyak masak, pakaian dan lain-lain. Untuk memenuhi kehendak mereka yang memerlukan selain memberi kegembiraan kepada mereka lebih-lebih di bulan yang penuh barakah ini, konsep “Pasar Percuma” ini kami bawakan terus kepada komuniti ini.
Madrasah Hashimiah dipilih sebagai lokasi untuk para dermawan memperlihatkan barangan sumbangan mereka. Madrasah ini merupakan tempat di mana anak-anak pelarian menuntut ilmu. Pasar Percuma ini diadakan di dua tingkat bangunan madrasah di mana di tingkat satu, kami khaskan untuk barang-barang keperluan harian seperti beras dan makanan. Di tingkat dua pula, khas untuk pakaian dan keperluan mandi serta barang keperluan asas harian yang lain. Sebanyak 16 stesen iaitu meja-meja kami asingkan untuk setiap barangan yang berbeza dari penyumbang yang berbeza.
Persiapan seawal pagi Sabtu, 18 Jun itu dilakukan bagi memastikan acara berjalan lancar. Barang-barang makanan disusun di atas meja bagi memudahkan agihan kepada komuniti ini. Puasa bukanlah menghalang anak-anak pelarian ini untuk turut sama membantu membuat persiapan.
Salah sebuah keluarga yang menderma sedang mengasingkan pakaian untuk diletak di atas meja |
65 buah keluarga menerima pek dapur |
Beras serta Goodies beg yang berisi biskut, kuih raya, susu, tepung dan makanan yang diletakkan di tingkat satu |
Sebanyak 65 keluarga miskin diberi kupon khas untuk menerima sumbangan dari para dermawan yang budiman. Kupon ini disediakan bagi memastikan agihan sumbangan dapat dilakukan secara tersusun memandangkan komuniti pelaarian Rohingya dan Myanmar ini sering mencapai kepadatan maksima pada satu-satu masa jika dikumpulkan.
Taklimat diberikan oleh Puan Farah selaku Pengarah Projek |
Si kecil ini memerhati ibunya mencuba kasut |
Suasana meriah Pasar Percuma! |
Sememangnya meriah |
Antara barang keperluan yang diberi percuma |
Perasmian dan ucapan kata-kata aluan dimulakan sekitar jam 2 petang. Ustaz Hashim sempat memberi kata-kata aluan kepada semua yang terlibat. Para dermawan juga turut memberi sepatah dua kata. Sementara di luar, para penerima sumbangan telah siap sedia beratur di tangga. Tak sabar rasanya mereka untuk shopping!
Empat keluarga dilepaskan satu persatu menuju ke tingkat satu seterusnya ke tingkat dua. Melihat keluarga ini shopping secara percuma membuatkan kami rasa terharu dan sangat-sangat bersyukur dengan apa yang kami ada. Pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang masih malu-malu untuk mengambil barangan keperluan dan ada juga yang mengambil barang-barang yang mereka perlukan sahaja.
Bubur juga diberi sebagai hidangan untuk berbuka puasa pada sebelah petang. Bubur di sini cukup istimewa kerana digelar “buburma”sempena nama pelarian Myanmar. Kurma juga disediakan untuk mereka.
Jauh di sudut hati, rasa amat terharu apabila keluarga ini menolak apabila kami memberi pakaian-pakaian dan barangan dengan banyak. Kata mereka,” taka pa, saya sudah ada”. Lalu, mereka berlalu menuju ke stesen yang lain mencari barang yang mereka perlukan sahaja. Timbul rasa insaf dalam diri bahawa selama ini kami terlalu banyak membazir dan membeli barang-barang yang tidak perlu hanya sekadar memenuhi kehendak hati kami.
Mainan kanak-kanak juga ada kat sini |
pek kurma untuk berbuka puasa |
penat tapi gembira |
barisan orang kuat Pasar Percuma |
Alhamdulillah.. berkat kesabaran semua, acara ini berakhir dengan jayanya. Rasa lega dan gembira melihat kesemua keluarga pulang dengan senyuman. Rata-rata mereka tidak jemu mengucapkan terima kasih kepada kami.
Terima kasih juga kepada para dermawan yang menyumbang untuk Pasar Percuma kali ini juga kepada team Kindness Malaysia dan Madarasah Hashimiah yang sama-sama membantu melancarkan program ini. Semoga dengan sedikit sumbangan itu dapatlah membantu komuniti ini menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.
InshaAllah Pasar Percuma ini akan diteruskan untuk masa-masa akan datang. Semoga inspirasi kebaikan ini dapat diteruskan oleh semua yang membaca.
Pesan buat diri dan semua..
Apabila kita merasa susah, ingatlah bahawa ada lagi orang yang lebih susah dari kita..
Apabila kita berasa lapar dalam sehari, ingatlah bahawa ada lagi yang tidak makan berminggu-minggu dari kita..
Apabila kita merasa sakit dengan sedikit dugaan, ingatlah kepada mereka yang diduga dengan sebesar-besar dugaan..
Apabila kita merasa sedih, ingatlah dengan mereka yang setiap hari menangis menahan lapar dan dahaga…dan ditimpa dengan pelbagai dugaan kehidupan…
Dan apabila kita rasa senang dan gembira, maka seharusnya kita kongsikan dengan semua..
Iman Nur Alia
Projek Koordinator
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment