About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, June 19, 2016

Projek TajaMereka Bersama Warga Emas



Alhamdulillah, pada 18 Jun 2016 bersamaan 13 Ramadhan 1437H, Projek TajaMereka kali ini meraikan seramai 45 orang  warga emas Bait Al- Mawaddah, Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor, Jalan Kebun. Majlis berbuka puasa di taja oleh Al-Maghrib dan tajaan individu. Seramai 40 orang sukareawan terdiri daripada sukarelawan Kindness Malaysia, Al-Maghrib dan pelajar UITM turut turun bagi memeriahkan majlis berbuka puasa. Pusat jagaan ini di lengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Setiap bilik di boleh memuatkan dua orang dan dilengkapi dengan tandas. Antara kemudahan lain ialah dewan makan, surau dan pondok-pondok istirehat yang sangat menenangkan jiwa. Warga emas yang menghuni pusat jagaan ini sangat selesa dan gembira tinggal di sana.


Papan tanda pintu masuk Pusat Jagaan Warga Emas

Lawatan sukarelawan ke bilik nenek-nenek

Aktiviti mencipta pakaian daripada surat khabar
Program bermula pada jam 5 petang dengan sukarelawan mengadakan aktiviti berkumpulan bersama warga emas. Antara aktiviti yang dijalankan sambil menantikan waktu berbuka ialah ramah mesra, melukis dan mencipta pakaian daripada surat khabar. AKtiviti yang dijalankan sangat meriah dan dapat menggembirakan warga emas di sana. Semasa aktiviti dijalankan, sebahagian sukarelawan membantu menyediakan makanan untuk berbuka. 


Aktiviti melukis bersama sukarelawan
Menu berbuka kali ini ialah nasi ambeng, kambing golek, bubur lambuk, kuih muih, buah-buahan dan air tembikai. Sebelum waktu berbuka, para sukarelawan menghidang makanan yang ringan di atas meja supaya mudah untuk berbuka puasa dan akan solat maghrib secara berjemaah dahulu dan selepas solat maghrib akan dihidangkan nasi ambeng pula.



Kambing golek istimewa juadah berbuka

Makan yang ringan-ringan dulu sebelum solat Maghrib

Nasi ambeng di hidangkan selepas solat Maghrib


Sukarelawan menyuap warga emas makan
Setelah selesai makan, majlis di teruskan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada warga emas. Mereka sangat terharu dan gembira dapat duit raya daripada pihak Kindness Malaysia dan Al-Maghrib. Selesai penyampaian duit raya, salah seorang warga emas membuat persembahan nyanyian lagu raya. Majlis menjadi meriah dengan persembahan tersebut. Masuknya waktu solat Isya’, solat diadakan secara berjemaah dan diteruskan dengan solat tarawih. Selepas solat, moreh disediakan antaranya bihun goreng, kuih-muih dan air teh. Selesesai mengemas dewan makan, sebahagian sukarelawan menghantar nenek-nenek dan atok-atok balik ke bilik untuk istirehat. 



Sumbangan duit raya kepada warga emas 

Persembahan istimewa daripada salah seorang warga emas
Sukarelawan Kindness Malaysia membantu menolak kerusi roda salah seorang warga emas

Ramah mesra bersama nenek-nenek di sini
Alhamdulillah, banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada Projek Taja Mereka kali ini. Perasaan sedih, terharu dan gembira bercampur aduk. Mereka yg berasa sunyi sedikit sebanyak menceritakan kesedihan dan kerinduan terhadap keluarga yang jauh. Terdapat juga yang menceritakan hanya tinggal sebatang kara dan menguhuni di pusat jagaan warga emas ini dapat mengubat duka di hati kerana ramai kawan-kawan serta makan, minum dan kebajikan terjaga.  Kehadiran para sukarelawan sedikit sebanyak dapat menggembirakan penghuni pusat jagaan warga emas ini yang berasa kesunyian dan dapat berkongsi kegembiraan bersama. InsyaALLAH sekiranya berpeluang ingin datang menziarahi mereka lagi.

Fatin Amira Nabila
Penolong Setiausaha
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

1 comments:

Nk tnye..bgaimana nk bhubung dgn pihak pusat jagaan tsebut ye?nk buat event projek bsme mereka..kalo boleh dlm wktu segera..tq😊

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...