wajah gembira anak Madrasah Hashimiah untuk persediaan Hari Raya kelak |
18 Jun 2016. Alhamdulillah, selesai sebuah lagi aktiviti di bawah Kindness Malaysia dengan kerjasama sukarelawan dari Tabung Ikhlas & Friends di Madrasah Hashimiah. Pasar Percuma ini julung kalinya diadakan dalam premis Madrasah Hashimiah dan mensasarkan keluarga anak-anak murid di sini. 65 buah keluarga pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim dijemput untuk datang sebagai penerima Freemarket edisi Madrasah Hashimiah.
pakaian dibungkus rapi untuk pengunjung yang hadir |
anak-anak Hashimiah memilih barangan mereka |
anak-anak Madrasah Hashimiah dengan hasil tangkapan masing-masing |
baju kurung yang masih kelihatan baru |
antara "gerai" yang dibuka |
Bersama orang kuat Pasar Percuma Madrasah Hashimiah |
Program bermula jam dua petang dan selesai pada jam empat petang. Pihak Kindness Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Puan Farah dan Puan Jun dari Tabung Ikhlas & Friends yang telah bertungkus lumur mengaturkan Pasar Percuma ini di Madrasah Hashimiah. Semoga Allah berkati semua.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment