About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, April 16, 2010

Kelas Bahasa Melayu untuk Komuniti Pelarian (Dewasa)


Kelas Bahasa Melayu untuk pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim di Selayang telah berjalan selama tiga minggu. Program ini merupakan antara program kerjasama antara Muslim Aid dan UNHCR untuk membantu komuniti pelarian ini menguasai Bahasa Melayu. Cikgu Jalil, yang mengajar merupakan penterjemah bahasa di mahkamah persekutuan dibantu oleh dua orang sukarelawan yang juga pelajar praktikal di Muslim Aid, Muhardi dan Ismail.

kelas Bahasa Melayu untuk komuniti dewasa

Ismail tekun mengajar Ustaz Shahid

Ustazah dan guru perempuan juga menjadi pelajar

Untuk perancangan jangka masa panjang, apabila pelajar-pelajar ini sudah dapat mengesuai Bahasa Melayu, mereka berpeluang untuk melakukan kerja sambilan seperti mengajar mengaji al-Quran dan tajwid. Proses untuk mendapatkan tauliah dari pejabat Mufti Kuala Lumpur juga sedang diuruskan oleh pihak Muslim Aid. Dengan peluang ini, mereka berpeluang untuk mendapat sumber pendapatan yang insyaAllah dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Oleh yang demikian, pada yang ingin belajar mengaji al-Quran atau tajwid, bolehlah datang ke Madrasah Hashimiah di Selayang dengan sumbangan yang berpatutan.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, April 14, 2010

UNHCR SPF Meeting di Chinese Assembly Hall


Semalam saya bersama 2 pelajar praktikal Muslim Aid, Muhardi dan Ismail ke Chinese Assembly Hall untuk mesyuarat SPF anjuran pihak UNHCR. Mesyuarat SPF ini bertujuan untuk kemas kini program-program yang telah dijalankan oleh penerima-penerima geran dari kalangan NGO dan juga persatuan komuniti pelarian. Mesyuarat bersama UNHCR ini memberi pengalaman baru kepada pelajar praktikal dari UIA ini untuk mengetahui cara-cara interaksi dan menyampaikan pendapat dengan ahli mesyuarat yang lain.

Antara idea yang dicadangkan ialah untuk menganjurkan pertandingan futsal antara komuniti-komuniti pelarian. Cadangan tersebut telah mendapat sambutan yang cukup baik. Perancangannya untuk adakan pertandingan futsal ini pada 5 atau 12 Jun 2010 sempena dengan Hari Pelarian (Refugees Day) yang akan jatuh pada 20 Jun 2010. Komiti atau ahli jawatankuasa untuk mengadakan pertandingan futsal ini sudah ditetapkan dan akan merangkumi ahli dari komuniti Afghan, Sri Lanka, Somalia, Myanmar dan dari pihak Muslim Aid sendiri.


menjamu selera dengan sarapan yang disediakan oleh komuniti Myanmar

nasi pulut dan masalodeh


Ismail melontarkan idea

Kami di Muslim Aid mengalu-alukan kepada pembaca blog, sukarelawan dan penaja untuk bersama-sama dalam komiti pertandingan futsal ini. Perancangan akan mula "from scratch" dan idea dari anada semua amat diperlukan. Pada yang ingin menyertai komiti untuk pertandingan futsal ini, boleh hubungi saya di 03-22881996 atau email di muhammad@muslimaidasia.com

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, April 12, 2010

Pelajar Praktikal Baru di Muslim Aid bagi sesi 2010


Hari ini Muslim Aid telah menerima dua pelajar praktikal (intern) yang baru dari UIA. Ismail dan Adi akan menjalani latihan praktikal selama hampir tiga bulan. Antara projek yang akan dilaksanakan ialah projek Kitchen Garden dan projek bersama pelarian Rohingya. Pada hari pertama ini, mereka telah diberi taklimat ringkas tentang Muslim Aid dan juga projek-projek yang dijalankan. Saya sempat membawa mereka ke Selayang untuk melihat anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim serta ke ASDAF untuk mendapatkan idea tentang projek Kitchen Garden yang akan dijalankan oleh mereka. Bersama kita ikuti perkembangan mereka melalui blog yang akan mereka bina dalam minggu ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, April 11, 2010

Perangkaan Program Di SMK Jelai Felda menggunakan Comunity Building Process Aproach



Jumaat lepas saya telah ke SMK Jelai Felda yang juga sekolah angkat kepada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia untuk merangka program Imarah Masjid Melalui ICT (IMMICT)dengan menggunakan pendekatan Community Building Process (CBP) yang telah saya pelajari dalam latihan bersama UNHCR. Program IMMICT ini akan dipantau oleh pihak SMK Jelai Felda yang terdiri daripada sekumpulan pelajar yang mahir dalam blogging dan ICT bersama guru-guru mereka. Sebuah blog atau portal akan dibina oleh pelajar-pelajar ini untuk setiap masjid yang terdapat di Felda Jelai. Sebanyak 4 buah masjid dipilih dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar ini. Portal untuk setiap masjid ini akan dilancarkan pada bulan Jun dimana program ini akan disaksikan sendiri oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita.

Selain daripada program IMMICT ini, pihak pengetua SMK Jelai Felda, Cikgu Omar Ahmad bersetuju untuk bekerjasama membantu golongan pelarian melalui program pendidikan yang akan dirangka tak lama lagi dengan kerjasama dari pihak UNHCR. Seperti yang diketahui, anak-anak pelarian ini tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan formal, namun dengan kerjasama dengan pihak sekolah, peluang guru-guru dari sekolah komuniti pelarian yang majoritinya di KL dan Selangor dapat bertukar pendapat bersama guru-guru di SMK Jelai disamping melaksanakan program exchange student dimana anak-anak pelarian ini akan berpeluang untuk menimba pengalaman belajar di sekolah formal.

bergambar bersama guru dan pelajar SMK Jelai Felda

perbincangan bersama pengetua SMK Jelai Felda, Cikgu Omar Ahmad

sesi perangkaan menggunakan community building process

brainstorm antara salah satu process CBP


Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, April 6, 2010

Sukarelawan Bersama Anak ASDAF


Kehadiran salah seorang sukarelawan yang juga penyumbang tetap Muslim Aid telah menggembirakan anak-anak ASDAF semalam. Kak Jennora yang sebelum ini aktif dengan projek kitchen garden di ASDAF telah pulang ke Tanah Air setelah bertugas di Belanda selama setahun setengah. Kak Jennora seperti biasa membawa donut untuk anak-anak ASDAF. Bermula dari semalam, Kak Jennora akan membantu anak-anak ASDAF untuk menyiapkan kerja sekolah setiap hari Isnin jam 5.30-6.30 petang. Disamping bergiat aktif dengan aktiviti sukarelawan Muslim Aid, Kak Jennora juga telah menyumbang sejumlah wang ke tabung orphan aid Muslim Aid untuk bantuan pendidikan dan kesihatan anak-anak ASDAF.

Kak Jennora bersama anak-anak ASDAF

pokok peria yang sudah mengeluarkan hasil

Bagi projek kitchen garden pula, projek ini akan mula aktif pada minggu hadapan dengan kehadiran pelajar praktikal dari UIA yang akan bertugas di pejabat Muslim Aid.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, April 4, 2010

Sekolah Rohingya di Cheras Baru

Cuti hujung minggu ini saya berkesempatan untuk melawat sebuah lagi sekolah Rohingya di Cheras Baru yang diuruskan oleh Malaysian Relief Agency (MRA). Sekolah Komuniti Rohingya ini menempatkan hampir 120 orang pelajar yang terdiri dari pada pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Keadaan sekolah ini hampir sama dengan Madrasah Hashimiah di Selayang dimana sekolah dijalankan di dalam rumah kedai. Kelas hujung minggu diadakan untuk golongan ibu tunggal dan wanita untuk mempelajari Bahasa Melayu.


ruangan untuk kanak-kanak bermain


sumbangan makanan untuk pelarian termasuk daging qurban for life

sesi kelas Bahasa Melayu

sesi taklimat sebelum kelas bermula

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, April 2, 2010

Food Aid untuk Keluarga Encik Fadil


Hari ini saya bersama Hazril (sukarelawan Muslim Aid dari Pulau Pinang) berkesempatan untuk melawat keluarga En Fadil di Flat Sri Pahang, Bangsar. Kali terakhir saya melawatnya adalah lebih 2 bulan sebelum ini. Tujuan ziarah ini adalah untuk mengetahui perkembangan terkini keluarga en Fadil terutama anaknya Firdaus (4 tahun) yang sudah dua bulan selesai pembedahan kanta matanya. Menurut En Fadil, penglihatan Firdaus kini lebih baik berbanding dahulu, cuma tidak dapat kepastian sama ada Firdaus benar-benar nampak kerana umurnya yang masih muda. Menurut En Fadil lagi, hasil pembedahan tersebut perlu tunggu apabila Firdaus berumur enam atau tujuh tahun untuk melihat keberhasilan pembedahan kanta mata Firdaus.

Kini En Fadil giat dengan bisnes barunya iaitu webhosting dan juga membuat website. En Fadil amat meminati bidang IT ini walaupun keadaannya yang OKU penglihatan. Dengan software yang dapat mengeluarkan suara, En Fadil dapat mempraktikkan apa yang telah dibelajarnya dalam dunia IT. Kepada yang ingin membeli hosting atau membuat website, boleh layari http://www.asfatechnology.com/. Dengan bisnes barunya, harapan En Fadil agar bisnes ini dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

Sebelum kami pulang, tin daging Qurban For Life (Q4L) telah diberikan untuk keluarga En Fadil. Pada yang ingin menyumbang untuk keluarga En Fadil dibawah tabung OKU Muslim Aid, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Butiran tentang En Fadil di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...