Semalam saya bersama 2 pelajar praktikal Muslim Aid, Muhardi dan Ismail ke Chinese Assembly Hall untuk mesyuarat SPF anjuran pihak UNHCR. Mesyuarat SPF ini bertujuan untuk kemas kini program-program yang telah dijalankan oleh penerima-penerima geran dari kalangan NGO dan juga persatuan komuniti pelarian. Mesyuarat bersama UNHCR ini memberi pengalaman baru kepada pelajar praktikal dari UIA ini untuk mengetahui cara-cara interaksi dan menyampaikan pendapat dengan ahli mesyuarat yang lain.
Antara idea yang dicadangkan ialah untuk menganjurkan pertandingan futsal antara komuniti-komuniti pelarian. Cadangan tersebut telah mendapat sambutan yang cukup baik. Perancangannya untuk adakan pertandingan futsal ini pada 5 atau 12 Jun 2010 sempena dengan Hari Pelarian (Refugees Day) yang akan jatuh pada 20 Jun 2010. Komiti atau ahli jawatankuasa untuk mengadakan pertandingan futsal ini sudah ditetapkan dan akan merangkumi ahli dari komuniti Afghan, Sri Lanka, Somalia, Myanmar dan dari pihak Muslim Aid sendiri.
Kami di Muslim Aid mengalu-alukan kepada pembaca blog, sukarelawan dan penaja untuk bersama-sama dalam komiti pertandingan futsal ini. Perancangan akan mula "from scratch" dan idea dari anada semua amat diperlukan. Pada yang ingin menyertai komiti untuk pertandingan futsal ini, boleh hubungi saya di 03-22881996 atau email di muhammad@muslimaidasia.com
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment