About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, April 29, 2010

Keadaan Terdesak di Rumah Titian Kaseh

Saya telah menerima panggilan dari Rumah Titian Kaseh (RTK) dan amat berharap untuk menetapkan temujanji. Alhamdulillah saya bersama Muhardi dan Ismail bekesempatan untuk menziarah RTK.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, rumah yang didiami RTK kini dalam proses untuk untuk dijual. Dan nasib penghuni RTK seperti anak-anak yatim yang kecil, ibu tunggal, warga tua dan OKU akan menjadi tidak terbela. Oleh sebab yang demikian, MakPah bersama pengurusan RTK yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal berhempas pulas untuk mendapatkan dana agar dapat membeli rumah tersebut. Nilainya yang agak tinggi (RM2.7 juta) mungkin dipengaruhi oleh lokasinya yang strategik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Sebanyak 10% daripada jumlah harga rumah sudah dibayarkan kepada tuan rumah.

Nasib anak-anak RTK ini bergantung pada anda...

produk yang dihasilkan oleh Rumah Titian Kaseh untuk menampung kos perbelanjaan harian


Sistem wakaf yang dijalankan oleh pihak RTK juga telah mendapat sambutan yang baik dari orang ramai namun masih belum mencukupi. Dengan masa yang semakin genting, MakPah dan penghuni-penghuni RTK amat memerlukan jasa baik orang ramai untuk menyumbang, tidak kira atau banyak bagi pembelian rumah tersebut. Nasib penghuni RTK terutamanya anak-anak kecil ini yang hanya berumur 1 atau 2 tahun ini amat bergantung kepada keprihatinan anda semua.

Secara peribadi, agak sukar bagi saya untuk membayangkan keadaan dan nasib anak-anak ini sekiranya mereka terpaksa keluar untuk mencari rumah baru. Tempat tinggal atau 'shelter' adalah perkara asas kepada setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Dan mereka berhak untuk mempunyai rumah, atau tempat perlindungan. Saya menyeru kepada orang ramai di luar sana, yang mempunyai sedikit rasa belas ehsan, dan sedikit wang, agar disalurkan kepada Rumah Titian Kaseh bagi pembelian rumah mereka ini. Pada yang ingin menyumbang, boleh salurkan terus ke akaun Rumah Titian Kaseh di akaun Maybanknya di 564061002172 atas nama Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur. Untuk makluman lanjut, boleh hubungi pengurusan RTK di 03-40255246 atau Puan Anita di 013-3886462, Cik Rozy di 017-6438393 atau MakPah sendiri di 019-6455769.

salah seorang penghuni RTK yang mungkin tidak mengerti apa-apa yang berlaku sekarang

Semoga dengan sumbangan kita yang kecil ini, dapat mengukir senyuman manis dari anak-anak dan warga RTK yang ada sekarang ini. Pada yang ingin melawat sendiri Rumah Titian Kaseh, boleh ke Rumah Titian Kaseh, 62A-2 Lorong Maran, Taman Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur. Setiap sumbangan dikecualikan cukai pendapatan di Bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Ruj: LHDN.01/35/42/51/179-6.6665, tarikh Kuatkuasa: 01. 12. 2009

Muhammad bin Kamarulazizi

2 comments:

2 juta lebih,agak banyak tu.Mungkin boleh difikirkan alternatif lain untuk pindah misalnya.Wang sebanyak tu kalau dibawa ke satu kawasan lain mungkin dapat dibina asrama baru dgn pelbagai kemudahan

memang ramai yang cadangkan untuk dipindahkan ke tempat lain. tapi masalahnya, shelter home kepunyaan owner Muslim hanya ada 1 sahaja di KL, dan ianya ialah Rumah Titian Kaseh. Sekiranya berlaku anak sumbang mahram di hospital di KL terutama sekali di HKL, maka anak orang Islam akan dihantar ke RTK. Sekiranya RTK dipindahkan, besar kemungkinan anak2 yang tidak berdosa ini akan ke rumah perlindungan non Muslim...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...