About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, April 16, 2010

Tafsiran Budiman Ramli Sarip dan Muslim Aid


Pertemuan semalam bersama Ramli Sarip dan krewnya telah membincangkan tentang progres persembahan Ramli Sarip iaitu Tafsiran Budiman (The Inside Wisdom) yang akan diadakan di Dewan Filharmonik Petronas. Persembahan yang tinggal tiga minggu sahaja lagi ini merupakan kerjasama rasmi yang pertama antara Ramli Sarip dan Muslim Aid. Sebahagian dari pembelian tiket yang dibeli untuk persembahan (konsert) ini akan disumbangkan kepada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Persembahan ini akan diadakan pada 10 dan 11 May 2010 dan orang ramai dijemput hadir untuk persembahan amal Ramli Sarip ini.

bergambar bersama Ramli Sarip

Pada yang ingin mendapatkan tiket, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau Gareth (012-2251179), Nurshah (013-8095640) atau Juria (013-2633938)

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...